Tuesday 20 January 2015

KISAH MANGSA BANJIR MEMULANGKAN BARANG-BARANG YANG DI CURINYA MENJADI VIRAL DI ALAM MAYA.




Seorang mangsa banjir yang tidak dikenali telah memulangkan kembali barangan yang dicurinya semasa banjir teruk baru-baru ini kepada sebuah kedai runcit.

Beliau dipercayai telah mencuri barangan tersebut ketika banjir tempoh hari, mungkin kerana tekanan hidup dan terdesak dengan bekalan barang dan makanan yang terputus ekoran tiada jalan yang boleh dilalui untuk penghataran bantuan.

Mangsa banjir tersebut telah meninggalkan sekeping nota bersama barang-barang yang dipulangkannya kembali. Nota tersebut berbunyi, "Harap maafkan saya kerana mencuri barang ketika banjir hari itu. Saya pulangkan balik."

Bagaimanapun lokasi kedai berkenaan tidak didedahkan oleh pengirim mungkin sekadar perkongsian dan iktibar.

Memang tidak dinafikan kebanyakkan barang keperluan semasa banjir yang berlaku baru-baru ini terutamannya negeri Kelantan mangsa-mangsa banjir terputus hubungan dan keperluan asas.

Sifat tersebut harus dicontohi kerana beliau jujur dan sedar iainya haram tetapi terpaksa berbuat demikian kerana keadaan yang memaksa.

12 comments:

  1. Pencuri yg baik .... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pencuri ni masuk syurga tau..

      Delete
  2. Bukti Anwar Gila Glamour

    2 Isu yang berlainan

    Isu Pertama

    Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa anti rasuah Malaysia jika siasatan dilakukan terhadap bank bekas menteri kewangan

    Ulasan: Anwar Sibuk sebab ini isu glamer

    Isu Kedua

    Rumah Penyelia Dun Dabong yang dijadikan pusat pengumpulan bantuan banjir dan tempat menyediakan makanan untuk mangsa banjir, dinamakan Dapur Rakyat.

    Wuiiiihhh kirim salam la Anwar nak ambil berat. Lumpur, pacat dll.
    Mujur ada Azmin, Salahuddin, MB Kelantan, LKS yang menyantuni mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni sibuk macai2 cam Anon 11.31 menggunkit2 pasal bukti dan kotak yg mulanua dilaungkan si Ezam adalah rekaan Anuar semata. Bila ANuar nak membuktikannya dgn berkerjasama SPRM tunjuk bukti dah dikatakan Anuar nak glamour. Bagilah peluang dia buktikan dan baru kita tahu betul ke tidak selama ini Anuar kata dia ada simpan semua bukti2 penyelewengan pemimpin2 UMNO.

      Delete
  3. Melalak lh ko sorang2 anwar kenal ko pun x ...kahkahkah

    ReplyDelete
  4. dah dasar pencuri memang pencuri jugak..tok sah dok buat-buat baik nak bagi balik benda yang hang curi tu..dasar keturunan pencuri memang sial..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia hantar balik tu tandanya dia dah taubat la tu ngok,takyah nak keji2 lsgi ,mudah2an taubat nya makbul dan dosa nya diampuni...amin...!

      Delete
  5. Pencuri yang masih ada iman.

    ReplyDelete
  6. Betul tu anon 11.45, suku sakat BN la tu, cuma dia dah insaf, sb tu dia pulang kan balik

    ReplyDelete
  7. Omak tak nak salahkan Azmin ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. azmin dah tak buat terjahan lagi dah,dah penat,rehat dulu la...so takde lagi lah gambar dia yg mengancam yg boleh omak guna untuk buat lawak kat azmin...
      kita tunggu kut2 esok lusa tulat tubin tungging kalu2 ada ....

      Delete
  8. Baik hati orang ni. Mungkin mencuri kerana terdesak tiada makanan. Manalah kita tahu mungkin ia mendapat nasihat yang baik dari bapa dia atau dari emak dia atau dari imam dia atau dari ustaz kat kampung. Tapi kalau mintak nasihat dari JKKK dah tentu rembat terus!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...