Monday 19 January 2015

PASUKAN PENDAKWAAN AKUI ADA KESILAPAN DALAM PERTUDUHAN KEATAS KHIR TOYO .. LAIN MACAM PUNYA PENGAKUAN.



Pasukan pendakwaan mengakui terdapat kesilapan dalam pertuduhan rasuah terhadap bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo.

Timbalan pendakwa raya (DPP) Mohd Masri Daud berkata pihak pendakwaan hanya menyedari perkara itu apabila masuk ke peringkat rayuan.

“Bagaimanapun, ia tidak bermaksud pasukan pembelaan ditipu atau berlakunya kesilapan mahkamah (miscarriage of justice),” kata Masri kepada Mahkamah Persekutuan sebentar tadi.

Katanya, Khir juga pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor semasa menjadi menteri besar.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini membangkitkan bahawa anak guamnya dituduh menyalah guna kedudukan sebagai menteri besar untuk mendapatkan tanah dan harta tanah bawah harga pasaran.

Bagaimanapun, tambah peguam, perbicaraan itu merujuk kedudukan Khir sebagai pengerusi PKNS.

Shafee berkata, pihak pendakwaan tidak meminda pertuduhan sepanjang perbicaraan dan menuduhnya sebagai seorang bekas menteri besar dan mewujudkan kesan prejudis terhadap Khir untuk mendapatkan perbicaraan adil.

Ia juga didakwa menafikan hak anak guamnya untuk memanggil saksi tambahan untuk tujuan pembelaan.

“Atas perkara ini saya, anak guam saya patut dibebaskan daripada pertuduhan,” kata Shafee.

Khir sebelum ini disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam dan dijatuhkan  hukuman 12 bulan penjara.

Mahkamah Rayuan mengekal sabitan dan hukuman itu.

Rayuan Khir hari ini didengar di Mahkamah Persekutuan di hadapan lima panel hakim diketuai oleh Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin.

12 comments:

  1. Bukti Anwar Gila Glamour

    2 Isu yang berlainan

    Isu Pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa anti rasuah Malaysia jika siasatan dilakukan terhadap bank bekas menteri kewangan Ulasan: Anwar Sibuk sebab ini isu glamer

    Isu Kedua Rumah Penyelia Dun Dabong yang dijadikan pusat pengumpulan bantuan banjir dan tempat menyediakan makanan untuk mangsa banjir, dinamakan Dapur Rakyat. Wuiiiihhh kirim salam la Anwar nak ambil berat. Lumpur, pacat dll. Mujur ada Azmin, Salahuddin, MB Kelantan, LKS yang menyantuni mereka.

    Balik Cherok Tok Kun la. Tak tau balik aku hantaq hang naik lori ikan



    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

      Delete
  2. Macam macam lah.....silap itu silap ini...nak bagi malaon umngok terlepas...

    ReplyDelete
  3. Anon 14:32 ko lagi tak guna orang cerita lain ko jawab lain macam orang pekak..tak pun ko ni bangang...

    ReplyDelete
  4. Tidak bersalah akhirnya.

    ReplyDelete
  5. Ade2 je le ..tup2 dibebaskan ...dh boleh baca dh...

    ReplyDelete
  6. auta yg mmg telah dijangka...

    ReplyDelete
  7. tu tandanya nak bebaskan dia la tu...nanti tgk kalo tak percaya, aku berani pertaruhkan nyawa kalo Khir Toyol lepas ni bebas dari tuduhan kesalahan dia...
    nampak tak permainan dia...

    ReplyDelete
  8. "Dengan ini mahkamah mendapati Khir Toyo tidak bersalah dan dibebaskan"...Senang je nak main-mainkan rakyat Malaysia nih..............

    ReplyDelete
  9. Makamah silap pendakwaraya silap Akim silap....ish ish ish bodo bodo dia org ni ye...

    ReplyDelete
  10. Satu lagi persembahan lawak dari wayang tinggi produksi....kah kah kah kah kah berjumpa lah di mahkamah allah rabbul jalil nanti....tapi puak2 ni 'kebal' bukan reti takut pun menyesal jauh sekali

    ReplyDelete
  11. yang paling menyayat hati tu,dah sabit salah pun boleh lepas lagi...skrip lama jugak....jerung jerung....kau selamat lagi no'...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...