Wednesday 14 January 2015

RAKAMAN CCTV DUA REMAJA MELARIKAN TELEVISYEN LCD TERSEBAR LIGAT DI LAMAN SOSIAL.

Rakaman CCTV menunjukkan dua remaja melarikan televisyen LCD yang dikatakan berlaku di Taman Delima, Sungai Petani.


SUNGAI PETANI
– Tindakan dua remaja melarikan sebuah televisyen LCD yang didakwa berlaku di Taman Delima, dekat sini menjadi viral di laman sosial sejak di muat naik, petang semalam.


Baru sahaja dua jam dimuat naik di ruangan sosial Sukan Star TV, pelayarnya sudah mencecah sehingga 62,161 orang seluruh negara selain dikongsi oleh 660 pengguna media sosial.


Video dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 0:05 minit itu menunjukkan dua remaja didakwa sedang melarikan televisyen terbabit dengan memanjat melalui pagar sebuah rumah.


Kejadian juga menunjukkan ia berlaku siang hari sekali gus membuktikan kegiatan jenayah yang didakwa berlaku secara terang-terangan tanpa disedari orang awam.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, siasatan akan dijalankan berhubung kejadian.


Beliau turut menasihati orang ramai supaya menjaga keselamatan diri dan harta benda termasuk ketika berada di kediaman sendiri.


“Kita juga mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat jenayah sila tampil beri kerjasama dalam membantu siasatan.


“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada balai polis berhampiran atau talian Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di nombor 04-4212222,” katanya.

8 comments:

  1. Apo nk jd msia ni ......

    ReplyDelete
  2. Sikit masa nnt x mstahil orang kn rogol kat bus stop di siang hr...selagi kebanjiran warga asing x terkawal dan kepeihatinan masyarakat making kurang kerana masing2 sibuk mncari nafkah dek belanja hidup yg tinggi kerana tidak perihatin kerajaan terhadap kenaikan harga barang...tak gitu..

    ReplyDelete
  3. msia negara kambing bebas mkn rumput dimana mana saja

    ReplyDelete
  4. Malaysia taik hanjing

    ReplyDelete
  5. PINDAH KE ALAM BARZAH JE AR BRO.

    ReplyDelete
  6. Mesia negara haramjadah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haram jadah tu keturunan yoep. Keturunan mak bapak kamu. Sama mcm ketum.

      Delete
  7. Hahaha.... .
    Golongan malas kerja tetapi suka mencuri merompak menyamun dan mrk golongan muda kebanyakkannya. Rakyat jiran tetangga walaupun tahu atau nampak kejadian hanya buat dek je....maka penjenayah semakin berani lakukan jenayah waktu siang sebab ramai yg berkerja tak ada di rumah. Nak basmi jenayah jiran tetangga mesti bersatu membantu dan pihak berkuasa tak boleh pandang ringan masalah jenayah malah sering lakukan ronda serata tempat setiap masa. Curian kecilan ini boleh jadi kecurian besar2 an bila jenayah semakin tertagih dan inginkan lebih byk wang.
    Pencuri ada satu jenayah besar pada masa depan kalau tak di tanggani dgn segera dan malaysia bukan lagi negara aman yg di wawakan oleh pihak yg berkenaan.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...