Wednesday 28 January 2015

TERIMALAH KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN SECARA RASIONAL KATA PDRM



KUALA LUMPUR:
Polis meminta penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari Azlan, tidak mencetuskan kekecohan pada hari keputusan rayuan terakhir Ketua Pembangkang tersebut terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya itu pada 10 Feb ini.

Kedua-dua penyokong yang ingin membuat perhimpunan, disaran membuat permohonan mengikut peruntukan yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim bagaimanapun berkata, polis tetap bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada hari berkenaan.

“Mengenai perhimpunan ini, telah ada cubaan untuk menggerakkannya melalui laman sosial dan untuk itu kekuatan anggota bergantung kepada hasil risikan sama ada perhimpunan berskala besar atau kecil.

“Saya harap perkara ini (perhimpunan) tidak akan berlaku dan saya mohon penyokong Anwar mahupun Mohd Saiful Bukhari Azlan dapat terima sebarang keputusan mahkamah secara rasional,” katanya, lapor Bernama.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Feb untuk keputusan rayuan terakhir Ketua Pembangkang itu terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, enam tahun lepas.

9 comments:

  1. Saya yakin bahawa keputusan akan memihak kepada si munafik yang bernama Saiful Bukhari.
    Ini adalah kerana kesemuanya telah dirancang oleh si fasik yang sedang memerintah negara.

    ReplyDelete
  2. aku kata polis sepatutnya buat kenyataan begini; hakim2 mesti lahbuat keputusan secara rasional.... ahaks....

    ReplyDelete
  3. rocky the great brown unused dick says: boley belah laa politik melayu; bodos macam bulu jubo; baek wa ulang dengar Azemi Saat! sokong Azemi Saat yeaahh vokalis lelaki terbaek Malaysia yang gerenti tak ade skandal..

    ReplyDelete
  4. Hahaha....
    Keputusan semestinya memihak pada anwar tidak bersalah dgn hujah2 yg msk akal kalaulah hakim berat sebelah malah di paksa buat keputusan maka anwar bersalah walaupun tak salah. Undang2 negara adil tetapi kuasa di salah guna maka tiada adilnya undang2 buatan manusia itu sdr. Kalaulah anwar di penjarakan maka rakyat tak akan percayakan undang2 negara dan kalaulah anwar di bebaskan dari tuduhan maka terbukti ada pihak salah guna kuasa utk jatuhkan anwar. Jadi keputusan nanti sgt tidak memihak pada pihak tertentu kecuali terpaksa dan hakim kena berfikir dgn teliti secara adil atau tak adil. Anwar pasti di lepaskan atau kemarahan tercetus tiada kebaikkannya buat negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 sipenjubor ni menerima hukuman setimpal.
      Amin !

      Delete
    2. Anon 12.11
      tak pe nnti hakim jatuh hukum pakai baju jenama brioni....apa nak jadi jadilah.....terdesak sungguh kenyataan dia nih......jawapan balas yg mudah....apa nak jadi....jadi lah tinggal dio di sg buloh...

      Delete
  5. Oleh kerana kita ini manusia dan berfikir sebagai seorang manusia maka sebarang keputusan yg juga dibuat oleh manusia kita tidak tahu yg mana benar dan yg mana salah. Untuk itu kita serahkan kepada penghakiman sebenar iaitu Allah Subhanawataalla yg maha memgentahui. YA ALLAH ENGKAU JATUHI LAH HUKUMAN KE ATAS DSAI SEKIRANYA BELIAU TELAH MELAKUKAN PERBUATAN TERKUTUK INI. ANDAI KATA BELIAU TIDAK MELAKUKAN NYA ENGKAU SELAMATKAN BELIAU DARI MENERIMA HUKUMAN INI DAN ENGKAU LAKNATI DAN TURUNKAN BALA' KEPADA MEREKA YANG MENCIPTA KESALAHAN INI. AMIN YA RABAL A'LAMIN. Manusia merancang Allah juga merancang tapi yakin lah bahawa perancangan Allah lebih sumpurna.

    ReplyDelete
  6. LAWAN TETAP LAWAN...hanya mereka2 yg bodoh sahaja mempercayai fitnah bodoh ni..REFORMASI..NEGARA INI PERLUKAN PERUBAHAN SELAMATKAN MALAYSIA..!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...