Thursday, 15 January 2015

AKHIRNYA WAJAH CIF INSPEKTOR AZILAH HADRI DAN KOPERAL SIRUL AZHAR UMAR DIDEDAHKAN KEPADA UMUM.


Gambar Cif Inspektor Azilah Hadri, 38 tahun dan Koperal Sirul Azhar Umar 43 tahun, diperolehi hari ini dengan ehsan Ibu Pekabat Polis Bukit Aman.

Sirul dan Azilah sebelum ini berjaya mengelak wajah mereka dirakam oleh lensa kamera sepanjang tempoh perbicaraan dan rayuan, sejak hampir sedekad lalu.

Kedua-duanya menutup wajah masing-masing dengan rapi ketika dibawa masuk dan keluar daripada bilik mahkamah.

Selepas hampir sedekad lamanya, wajah dua orang bekas pegawai polis yang disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, didedahkan kepada umum.

Hari ini memperolehi salinan gambar mereka ihsan daripada ibu pejabat polis Bukit Aman.

Sejak awal perbicaraan itu sehingga ke rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan, wajah bekas Cif Insp Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar menjadi misteri.

Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) menutup muka dengan rapi setiap kali masuk dan keluar dari bilik mahkamah.

Mahkamah Persekutuan pada hari Selasa lalu mengekalkan rayuan pihak pendakwaan dan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan membebaskan mereka selepas membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Pagi Selasa lalu, Azilah, 38, muncul di mahkamah dengan wajah yang bertutup seperti biasa, namun kelibat Sirul tidak kelihatan.

Difahamkan, Sirul, 43, di Australia dan pihak polis kini menjejakinya selepas mahkamah tinggi mengeluarkan waran tangkap.

Menurut laporan, Sirul berada di luar negara sejah dua bulan lalu dan tidak mampu membayar kos untuk pulang ke tanah air.

Sirul semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam mencetus kontroversi apabila mendakwa dipersalahkan demi “melindungi rancangan mereka”.

13 comments:

  1. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

    Tulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai. Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.

    Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

    TULANG BADAK (TB)
    MURTABAK WAVES
    SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)

    ReplyDelete
  2. ROSMAH MANSOR JKK15 January 2015 at 18:03

    Kau terlebih makan pil kuda ke... bodoh piang punya orang... kah kah kah

    ReplyDelete
  3. Dia berjuang mengharap balasan....umur 18 tahun dah aktif dalam politik....kelulusan takat spm aje kot....tu bila tak dapat jawatan dalam parti dia jadi gila...

    ReplyDelete
  4. Penyokong peliwat tegar macam pkr buta hati,hati dia mati

    ReplyDelete
  5. Cite liwat, cite anwar, cite nurul, cite wan azizah ke org dh x ikut lg, dh basi, ko org aku heran lah x muak2 ke syok sendiri, melalak lalak x tentu pasal cite yg same hari2 ...carry on lh melalak lh ko org ....hak kebebasan nk melalak kan....kahkahkah

    ReplyDelete
  6. Penyokong tegar Umno dr dok sibuk cite liwat yg dah basi tu, cer tlg pikir cmna nk tlg korang punya pemimpin pertahankn pnjenayah paul lagi bagus...1Malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha! pujuk sirul balik msia ke, kesian azilah tu sorang2 je mati ...kahkahkah

      Delete
  7. Ikut printah org jahat.. beginilah kesudahannya...

    ReplyDelete
  8. Dh akhir zaman agaknye, pembunuh, penjenayah, raja judi, vvip betina buat maksiat semuanye dpt pembelaan dn perlindungan ....ish ish ish ...

    ReplyDelete
  9. Di dunia ini, Pembunuh yang sebenar mungkin boleh selamat tetapi di Mahkamah Allah nanti pasti si pembunuh itu akan menerima hukuman yang sewajarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku yakin balasannye di dunia ni gak....tunnngguuuuu...

      Delete
  10. Inilah contoh ketaatan yang melampau terhadap manusia lain. Sendiri tangung laa.

    ReplyDelete
  11. Nikah Thai Sah Di M'sia
    http://nikahselatanthailand.blogspot.com/
    Harga Promosi Tahun Baru 2015
    Hubungi En Mad 016 9405933

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...