Thursday, 15 January 2015

PAPAGOMO DI PERINTAH MAHKAMAH RAYUAN BAYAR GANTI RUGI KEPADA SEORANG PEGUAM KERANA MENYIARKAN BEBERAPA ARTIKEL YANG BERBAUR FITNAH.




Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan blogger papagomo a.k.a Wan Muhammad Azri b Wan Deris, membayar ganti rugi kepada seorang peguam bersabit dengan penyiaran artikel-artikel yang berbaur fitnah.

Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim mendapati ketiga-tiga artikel yang dimuatkan dalam laman web www.papagomo.blogspot.com merupakan fitnah terhadap Datuk Sukri Mohamed.

Mahkamah membenarkan rayuan Sukri untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, 31.

Hakim Abdul Aziz, yang mempengerusikan panel itu memerintahkan kes dikembalikan ke Mahkamah Tinggi di Kota Baharu di Kelantan untuk taksiran ganti rugi.

Dalam keputusannya, Hakim Abdul Aziz berkata Mahkamah Tinggi gagal mempertimbangkan keterangan saksi-saksi yang mengenal pasti Wan Muhammad Azri sebagai blogger papagomo.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi hanya mempertimbangkan seorang saksi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang memberi keterangan pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi SKMM tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai pemilik papagomo.blogspot.com.

Hakim Abdul Aziz berkata mahkamah (Mahkamah Rayuan) mendapati keterangan tiga orang saksi sudah cukup untuk mengenal pasti Wan Muhammad Azri sebagai blogger papagomo.

Beliau juga memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar kos RM20,000 kepada Sukri bagi prosiding mahkamah di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Sukri, 51, yang juga anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan dan bekas anggota Majlis Perajaan Negeri Kelantan menyaman Wan Muhammad Azri kerana menerbitkan ketiga-tiga artikel dalam laman web papagomo.blogsport.com pada 2011 yang didakwa memfitnahnya.

Wan Muhammad Azri, dalam pernyataan bela diri yang dipinda, menafikan yang dia adalah blogger Papagomo dan pemilik blog itu. Dia juga mendakwa penerbitan artikel itu bersifat mempertahankan justifikasi, ulasan yang adil dan berupa perlindungan bersyarat.

Sukri diwakili oleh peguam Hisham Fauzi sementara Wan Muhammad Azri mewakili dirinya sendiri.

34 comments:

  1. Papagomo ngan umno same je ske fitnah dua2 taik hanjing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fitnajh dia tak kemana hanya untuk Melayu yang jadi Lebai Malang...kampung dah tergadia, masa rasa di menang
      Mentalitu ex prebet cabuk dan Lulusan SPM Gred 3 ...cukup otak dia ker dia nak untuk blog yang ilmiah...Blog dia hanya sesuai untuk orang yang fail darjah 6, mat rempit, kerani, dan tukang sapu sampah DBKL..Lebih ilmiah baca newspaper Charlie Habdo ...Je sues Charlie

      Delete
  2. Tk de sape nk sponsor blogger umno ni ke? terkapai kapai sorang2...kesian lh pulak...

    ReplyDelete
  3. padam muka...dasar blogger taik..hidup dengan fitnah tak habis2... mentang2lah umno sponsor...suka-suka hati fitnah orang...biar dia mamposss..

    ReplyDelete
  4. Sekarang ni kalu hulur borang ahli pas pun dia amik gak tu...dh terdesak ..hehehe

    ReplyDelete
  5. Papagomo wira yang tak didendang....melawan aljuboori wajib kerana perosak akidah dan iman......pluralisma mesti dihapuskan....papagomo awesome....apa ade hal 20k....ahaksss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr mane le dpt duit itu ...ahaksss...kahkahkah

      Delete
    2. Apa ada hak 20k tu.....klu gaji 1 hrnggit pun klaim.elaun 15 juta yg tu kira lagi gampang....ahaksss....

      Delete
    3. Tu ko tanye le tski dia yg bayo...yg papagomo ko ni sape lak bayo...ahaksss...

      Delete
    4. Utusan kan ada tabung untuk bayo saman ...

      Delete
    5. Papa gomo awesome....papagomo tak perlu duit orang lain...papagomo mme ada duit 20k tak pwrlu jilat jubo yahudi soros atau zionis mcm Brothe Anwar Bin Ibrahim...apa ade hal....

      Delete
  6. Buat fitnah banyak2 sekarang ni bayar lh saman banyak2...x de duit dlm masyuuk...berehat ...hehehe

    ReplyDelete
  7. membela pada UMNO bukan bersifat dipihak yg "benar" secara mutlak..maka tertanggunglah pada bahu sendiri atas apa yg telah dikerjakan..demikianlah juga kepada para pentaasub PAS dan sekutunya...kisah sipapagomo bukti jelas sistem makamah masih mampu berfungsi mengikut kuasa yg ada padanya walaupun tidak bersifat sempurna...tidak malukan kamu wahai manusia yg sombong lagi jahil..pada adu domba dan fitnah yg kamu sampaikan akan perihal betapa sistem makamah di negara ini sangat zalim dan merupakan "alat" kepada sipemerintah ?..sangat jelik dan kufur tingkahlaku kamu pada apa yg ditimpakan kepada anwar yg kamu dakwakan sebagai "konspirasi" ..bukankah anwar juga tertanggung pada segala akibat atau manfaat pada apa yg dikerjakannya..andai jika kamu tergolongan pada golongan yg jujur dan berilmu ..pastilah kamu mampu "melihat" betapa anwar itu berada dlm keadaan "menafikan" tuduhan yg ditanggungnya hanya pada "kekuatan lisannya"..

    ReplyDelete
  8. Anwar tidak "mempercayai" adanya keadilan untuknya melalui sistem makamah..bersandarkan sepenuhnya adu domba adanya"konspirasi" ..malangnya dia sangat "takut" untuk bersandar pada sifat Allahswt Yg Maha Adil..dengan melafazkan sumpah bahawa dia tidak melakukan perbuatan liwat terhadap sipenuduh secara khusus..apakah "konspirasi" yg ditimpakan pada dirinya lebih hebat dari Kuasa Allahswt ?..lalu anwar mencari "keadilan" untuknya dijalanan ...dicari juga pada Ngo2 dlm dan luar negara..berkiblatkan juga dia dlm usahanya membela diri pada negara2 yg diperintah oleh non muslim..lalu pada golongan yg berakal dan berilmu cukuplah "jalan" yg dipilih anwar jelas menunjukkan ia adalah "jalan" yg pastinya akan dilalui oleh golongan "bersalah" secara fitrahnya...apakah jika anwar kekal pada sabitan hukuman 5tahun...kamu wahai pentaasub anwar masih lagi bersedia untuk dikumpulkan dijalanan dlm jumlah yg besar dan melakukan kerosakan seperti dimasa lalu..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keputusan mahkamah tinggi dh nk kuar dh x yah lh ko nk merapu panjang2 ...kalu ye dia liwat die kene le ape nak diherankn ...

      Delete
    2. Apa yg aku tulis dan tanya adalah kepada para pentaasub anwar ..dan secara khusus pada kes liwatnya ..sedikitpun aku tidak mencampuri pada kisah hidup anwar dlm urusan yg lain..aku banyak melayari blog2 yg dengan sombong dan megah menyatakan anwar "difitnah" bersandarkan adu domba adanya "konspirasi" yg dijalin oleh UMNO ..sipenuduh..polis..doktor..dan akhirnya akan ditamatkan oleh makamah..dan bukan sedikit yg menjadi amat taasub sehingga merendahkan kemuliaan kejadiannya sebagai manusia yg merdeka dan berakal..

      Delete
    3. Biar pentadsub anwar yg jwb....kahkahkah

      Delete
  9. PAS kini sedang enak "menikmati" atas segala yg ia telah kerjakan ..mulanya khabar tentang kesongsangan naluri anwar bermula dari akhir tahun 80an..dan kepimpinan PAS umpama mendapat durian runtuh atas khabar yg dibawa oleh ummi hafilda..dilindungi dan dipercayai akan khabar itu adalah benar ..lalu gelar "aljuburi" dikalungkan khas untuk anwar yg ketika itu sedang mendaki puncak kuasa dalam kerajaan..dan isu ini dijadikan satu lagi asas pada adu domba dan fitnah..pada PRU 1995 ..Tun menyimpan pelaku liwat dlm kerajaannya..dlm usaha PAS merebut kuasa ..Maha Suci Allahswt...jatuhnya anwar tidak bersama kerajaan yg dianggotainya walaupun anwar merupakan org no 2 paling berkuasa pada waktu..dan terlihatlah betapa jijiknya kepimpinan PAS yg mengambil kesempatan dengan bukan sahaja melindungi anwar malah memperhambakan ilmu dan maruah mereka (PAS) dengan masih mengangkatnya sebagai ketua mereka...natijahnya puak yg berjual beli pada Qalam Allahswt itu turut diperhambakan oleh non muslim yg bersifat kafir harbi melalui "tahaluf siasyi" yg diciptakan mereka ..maka dengan sifat Allahswt Yg Maha Berkuasa ..hinalah seluruh kepimpinan PAS dan para pentaasubnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape le agongnye manusia anwar ni yg ko ye2 nk cite ni...naik meluat lh pulak...kahkahkah

      Delete
    2. Walaupun pas hina d mata kamu...hina lagu pemimpin korang yg mempertahankan raja judi...merompak wang rakyat beli cincin bini dan bnyak lagi la x leh nak cite.

      Delete
    3. "Agungnya" anwar bukan pada aku tetapi kepada para pentaasubnya..bukankah ada yg telah sanggup dikumpulkan dijalanan lalu melakukan kerosakan ...ada juga yg sanggup berjual beli pada ilmu dan maruah yg dimiliki kerana anwar (PAS)..dan paling hebat NGO2 dlm dan luar negara mengambil kesempatan atas ketaasuban bangsa melayu kepada anwar untuk menghakis hak yg berhak pada tanah bertuah ini ..tak lupa juga pada bangsa yg tidak kenal diuntung (DAP)..yg menghulur sokongan kerana imbalan kuasa yg lebih hebat untuk memuaskan sifat "kebesaran dan jaminan survival bangsanya"..kamu mungkin " meluat" ..tetapi bukan aku...tanah ini adalah haq dan amanah Allahswt kepada bangsa melayu..dan ditakdirkanNya aku lahir sebagai melayu..jika "menyintai" bangsa sendiri ditakrifkan sebagai assobiah..maka kamu tertipu pada kebodohan dirimu sendiri ..

      Delete
    4. Kita ade tuhan kn ...yg nk gundah gelana lak pasal hina menghina lh, konsperasi lh, fitnah lh, ni kn semua keje manusia ...kita yakin ade syurga neraka ...relaks bro, yg x nk tu biarkn je le, dh dia perasan dia manusia hebat nk buat camne...yg pengikut lak tadsub x tentu pasal ....

      Delete
    5. 22:24 ko amik tanah msia ni sepungkis ko gi lh main jauh2, tu hak ko, org lain pun nk kira hak dia jugak ...kahkahkah

      Delete
  10. Peliwat tuya paling bagos kata macai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tidak "diberatkan" untuk memuliakan sipemerintah sehingga menghinakan kejadianku sebagai manusia (bersifat taasub)..tiada pernah aku mengajak supaya kamu menerima sifat mungkar sipemerintah sebagai syarat setelah dikhabarkan pada kejelikan yg diperbuat oleh PAS dan sekutunya..dan bukan juga niatku supaya kamu "menurut" pada sipemerintah ibarat org yg tidak berakal sebagaimana kamu menurut pada PAS...dan apa yg aku tulis adalah tertanggung sepenuhnya pada diriku sendiri..atas niat supaya bangsaku kekal dilindungi Allahswt...dan membuang sifat taasub dan kufur pada nikmatNya..dlm perihal sokongan kepada pemimpin..itu sahaja..UMNO dan PAS tidak perlu "berpatah arang berkerat rotan"... kembalilah kepada dua " tiang" yg paling kukuh yakni susur galur bangsa yg sama dan akidah yg satu (islam)..hinanya PAS padaku bukan bersifat mutlak ..hanya pada jln yg dipilihnya dlm urusan politik..dan mulianya UMNO padaku juga bukan bersifat sempurna..hanya pada keadaannya sebagai pemerintah pada waktu ini masih lagi dipandu oleh syariat dlm hampir seluruh urusan pentadbirannya..mana yg buruk dan mungkar bukanlah alasan untuk kamu mencela dan mendoakan azab Allahswt...kerana itu adalah sifat syaitan..dan akan membawa sipelakunya kepada sifat taasub dan kufur pada nikmat Allahswt

      Delete
  11. anon 21:15..21:34..22:24..org yg sama..engkau ni demam ker..merapu2 tak tentu pasal..bawa2 lah brtenang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni nk kene panadol 10 biji sekali telan baru tenang kut ...nape ko bro, nape boleh jd mcm ni ...kesiannye

      Delete
  12. Macai tau copy paste je otak sama taraf dgn lembu kondo je..

    ReplyDelete
  13. Cuba bandingkan watak mejar haji zaidi dengan watak papagomo. Seorang pegawai yang cemerlang dan pilot pesawat pejuang telah menyatakan kebenaran dilayan oleh kerajaan terhadapnya berbanding dengan mangkok sekor ni yang suka menyatakan pembohongan dan tak ada kerjaya hebat di layan oleh kerajaan , namun siapa yang mendapat kemuliaan dari Allah

    ReplyDelete
  14. Terimakasih infonya. semoga bermanfaat buat kita semua. salam sehat!! Informasinya sangat menarik sekali, selamat hari natal & tahun baru 2015..! haha

    ReplyDelete
  15. Kerjaya sebagai pemfitnah 'selamatlah' kau dunia akhirat!

    ReplyDelete
  16. Satu aku tak paham dengan orang Malaysia ni. Blog citer lain yang diulasnya kelaut. Tak paham topic ke apa???? Ni sah2 SPM fail, soalan tanya lain kau jawab lain. Patutla fail SPM jadi macai

    ReplyDelete
  17. hahaha...buat fitnah pandai tapi penakut hendak mengaku papagomok itu adalah dia.Kalau takut sah lah dah bersalah.Kalau berani lawanlah sampai menang.Mungkin papagomok ni tak da pembela yang hebat seperti pembela sexpol.Peguam pun tak mahu tolong dia sebab peguam dah tahu siapa dia sebenarnya...
    siapalah duk bela dia ni agaknya,buat rugi dan dosa bertimbun.

    ReplyDelete
  18. Dajjal belaan najib..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...