Thursday, 15 January 2015

AKHIRNYA WAJAH TERBARU PENJENAYAH YANG PALING DI KEHENDAKI KOPERAL SIRUL AZHAR DI DEDAHKAN KEPADA UMUM???


Inilah dikatakan wajah terkini Koperal Sirul Azhar Umar bekas anggota Unit Tindakan Khas yang didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan kerana membunuh Altantuya Shaariibuu dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati bersama rakan sejenayah Cif Inspektor Azilah.

Beliau diberitakan kini berada di Australia dan notis merah serta waran tangkap sudah pun dikeluarkan.

Polis mengesahkan suspek kes bunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibu, Koperal Sirul Azhar telah ke Australia, Oktober lalu, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohammad Salleh pada Rabu.

Pada Selasa,  mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ekoran kegagalan Sirul menghadiri sesi penghakiman keputusan rayuan terhadap pertuduhan kes membunuh Altantuya yang dihadapinya.

Mahkamah Persekutuan pada Selasa memutuskan Sirul Azhar, 42 dan Cif Inspektor Azilah Hadri dikenakan hukuman mati kerana membunuh Altantuya selepas lima panel hakim memutuskan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin berkata, kali terakhir dia berhubung dengan anak guamnya itu kira-kira seminggu selepas selesai pendengaran kes pada Jun lalu.

7 comments:

  1. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

    Tulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

    Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.

    Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

    TULANG BADAK (TB)
    MURTABAK WAVES
    SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)

    ReplyDelete
  2. Hensem juga orangnya ye

    ReplyDelete
  3. Ko tu Tulang Babi!!!!

    ReplyDelete
  4. Kalau rasa sia sia berambus la...buat parti baru bubuh nama parti tulang BABI...

    ReplyDelete
  5. Anwar telah dijauhi oleh kawan..dimusuhi oleh lawan...tinggal talian hayat dari dap je...talian tu pun makin lama makin mereput...
    Anwar dah jatuh tersepuk hasil tindak tanduk selekeh dia jugakkk...tak perlu salahkan sultan...tak perlu salahkan pas...salahkan keangkuhan dia sendiri...
    Yang masih dok setia membuta tuli tu pun tinggal beberapa ekor je...bila berpolitik dengan menipu & membelit rakyat maka begini la kesudahannya...

    Dbt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah marah DAP, PAS dan PKR....hingga Mohammad Kutty siap sindir2....salahkan isterinya boros...walaupun si isteri dah low profile sikit sekarang....tapi nasi dah jadi bubur....karier politiknya dah sampai waktu senja...
      Mungkinkah KM Kedah yang sekarang akan menjadi PM selepas ini? Kami orang Kedah sokong 110%, sekarang Kedah aman dan sejahtera dibawah kepimpinanan dia..Tidak seperti Negeri Lain seperti Pahang, Terengganu,Perlis, Perak dan N9...Kedah terus maju, aman dan berkembang maju..

      Delete
  6. AKHIRNYA WAJAH TERBARU PENJENAYAH YANG PALING DI KEHENDAKI KOPERAL SIRUL AZHAR DI DEDAHKAN KEPADA UMUM???

    silap tajok d atas tu Nisya
    BUKAN penjenayah.. sebenarnya mereka tu HANYALAH 2 EKOR KAMBENGHITAM SAHAJA

    Cer tanya mereka ...adakah mereka pernah berurusan dengan Tuya sebelum itu
    Apa pulak tujuan kedatangan Tuya dari Mongolia ka Melaya
    Di mana orang sebenar yang punca Tuya datang ke Malaya berada sekarang ini
    Apa pulak hubungan orang yang dicari oleh Tuya dengan tertudoh 2 org nih
    Selepas kematian Tuya.. siapa yang mendapat faedah dan siapa pula yang rugi BESAR????

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...