KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Thursday, 15 January 2015

MULAI HARI INI KADAR BAYARAN UNTUK MEMBUAT DAN MEMPERBAHARUI PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA) UNTUK TEMPUH LIMA TAHUN DI KURANGKAN KEPADA RM200 DARIPADA RM300.



Berkuatkuasa hari ini, kadar bayaran untuk membuat atau memperbaharui pasport Malaysia antarabangsa (PMA) untuk tempoh lima tahun bagi warganegara Malaysia dikurangkan kepada RM200 daripada RM300.

Bayaran PMA untuk warga emas, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, jemaah haji dan pelajar di bawah umur 21 tahun diturunkan kepada RM100 berbanding kadar asal RM150, manakala Orang Kelainan Upaya (OKU) pula tidak dikenakan sebarang bayaran untuk perkhidmatan berkenaan.

Notis arahan terbaharu itu diumumkan oleh Jabatan Imigresen dan beberapa media tempatan melaporkan salinannya turut ditampal di semua pejabat Imigresen, hari ini.

Sehubungan dengan pengurangan kadar bayaran untuk tempoh lima tahun itu juga, PMA untuk tempoh dua tahun tidak lagi ditawarkan kepada umum
.

3 comments:

  1. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

    Tulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

    Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.

    Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

    TULANG BADAK (TB)
    MURTABAK WAVES
    SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)

    ReplyDelete
  2. RAFIZI AKAN BANTAH PROJEK KERAJAAN UMNO-BN INI

    INI PROJEK MENGKAYAKAN KRONI

    INI SEMUA SALAH UMNO

    ReplyDelete
  3. Kenapa hapuskab pma utk 2 tahun....tak untung ker...sbb byr cuma 100, ada org pergi keluar negara sekali jer dlm masa panjang....kenapa tak turunkan kepada rm50 utk 2 thun....pikir lah piiii.....

    ReplyDelete