KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Thursday, 15 January 2015

TUJUH DARIPADA TIGA BELAS CABANG KEADILAN PULAU PINANG MAUKAN BELIAU GANTI DATUK MANSOR OTHMAN SEBAGAI PENGERUSI KEADILAN PULAU PINANG BUKAN KEMAHUANNYA KATA YUSMADI



PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, beliau menyerahkan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk membuat keputusan berkaitan bakal pengganti Datuk Mansor Othman.

Beliau menyatakan demikian sebagai menjawab gesaan tujuh daripada 13 cabang PKR Pulau Pinang yang mahukan Pengerusi negeri diserahkan kepada Yusmadi.

”Ada cadangan oleh tujuh daripada 13 cabang PKR Pulau Pinang yang mahukan saya sebagai ketua. Ini bukan permintaan saya. Apabila saya diberitahu, saya katakan, ini penilaian mereka,” katanya.

Sebelum ini ada portal melaporkan berlaku pemberontakan di kalangan cabang PKR Pulau Pinang yang menarik balik sokongan terhadap Mansor dan mahukan Yusmadi sebagai pengganti.

Menurut Yusmadi, para pemimpin cabang mahukan beliau disebabkan mereka berpandangan bahawa dirinya banyak berkhidmat untuk kepentingan rakyat dan melabelkannya sebagai ”pemimpin masa depan.”

Bagaimanapun bekas Ahli Parlimen Balik Pulau selama sepenggal itu menjelaskan, tidak ada perbezaan antara dirinya dengan orang lain dalam menjalankan tugas dan hanya memberikan perkhidmatan kepada rakyat, khususunya di Pulau Pinang.

”Saya menyerahkan kepada Presiden PKR. Saya tidak bersungguh menjadi menjadi ketua. Malah ketika saya ditawarkan bertanding di Balik Pulau, saya mendapatkan restu ibu saya dulu.

”Apabila dia memberikan restu, saya bertanding dan menang. Semasa saya diminta tidak bertanding dan digantikan di kawasan Parlimen itu, saya tidak menentang,” ujarnya yang juga seorang peguam.

Yusmadi menang kerusi Parlimen Balik Pulau pada PRU 2008 tetapi digantikan dengan Muhammad Bakhtiar Wan Chik pada PRU-13 tetapi kalah kepada Datuk Hilmi Yahya dengan 1,536 undi.

4 comments:

  1. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

    Tulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

    Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.

    Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

    TULANG BADAK (TB)
    MURTABAK WAVES
    SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)

    ReplyDelete
  2. Bagi saya yang perlu dganti adalah

    1. Anwar bin Ibrahim
    2. Wan Azizah
    3. Nurul Izzah binti Anwar

    Mereka-mereka diatas perlu diganti segera kerana akar umbi sudah hilang kepercayaan kepada mereka

    Yang Benar

    Jeff Ulu Yam
    Member Since 2000

    ReplyDelete
  3. Kah kah kah....pkr masa pemilihan gaduh smpi dara2....undi dlm bilik hotel..rasuah undi...pengundi hantu lgi...dah abis pemilihan pun gado2 lagi....ako boloh tolong kasi settel ini semua ....jom kita tolong tengok ramai diorang gado2.....jom ahakssss

    ReplyDelete
  4. Aku dulu selalu gak lepak dengan si Yusmadi masa duduk hostel YPM dulu he he. Nostalgia siuuut. Lama tak jumpa mamat ni. I hope you are doing ok brother.

    ReplyDelete