Sunday 11 January 2015

BEKAS PENGERUSI SKMM DILANTIK SEBAGAI PENGERUSINYA YANG BAHARU.



Bekas pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Seri Dr Halim Shafie dilantik sebagai pengerusi baharu SKMM untuk penggal dua tahun, diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini.

Dr Halim, 65, kini merupakan pengerusi Telekom Malaysia, jawatan bukan eksekutif yang dipegangnya hampir 6 tahun selepas khidmatnya dengan SKMM sebelum ini tamat. Beliau merupakan pengerusi SKMM dari April 2006 hingga Mei 2009.

Sebelum menyertai SKMM, Dr Halim ialah ketua setiausaha Kementerian Tenaga, Air
dan Komunikasi selama 6 tahun.

"Saya dengan penuh gembira mengumumkan Datuk Seri Dr Halim Shafie bersetuju untuk berkhidmat semula," kata Ahmad Shabery.

"Tempoh khidmat beliau adalah selama 2 tahun dengan saya memberikan tugas spesifik untuk beliau laksanakan dan capai. Ini termasuk meneliti tadbir urus baik, yang selaras dengan usaha kerajaan untuk semua kementerian dan agensi," katanya. – Bernama

1 comment:

  1. SKMM ni kerja dia tapis web porno je. Ekstrimis kaum hari2 keluar kenyataan hasutan diorang malas nk sekat. Buang masa. Baik tgk blue.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...