KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Saturday, 10 January 2015

EKOR PESAWAT AIR ASIA QZ8501 BERJAYA DI ANGKAT KE PERMUKAAN TANPA KOTAK HITAM.




Ekor pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa diangkat ke permukaan menggunakan belon terapung hari ini, tetapi tanpa kotak hitam yang penting bersamanya, kata pihak berkuasa Indonesia.

Pesawat Airbus 320-200 itu, yang membawa 162 penumpang dan anak kapal, terhempas selepas mengalami cuaca ribut pada 28 Disember dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura, mengorbankan semua di atas kapal.

Ekor pesawat itu, di mana tersimpannya kotak hitam perakam data, ditemui di dasar laut 30m di bawah permukaan dan akhirnya diangkat ke kapal hari ini menggunakan belon terapung gergasi dan kren.

"Kami mengangkat ekor pesawat itu ke dalam kapal. Ia berwarna merah dan putih dengan sebahagian besar logo AirAsia boleh dilihat padanya," kata jurucakap Tentera Laut Manahan Simorangkir kepada AFP.

Di atas kapal KRI Banda Aceh itu, salah satu kapal Tentera Laut Indonesia yang terlibat dalam usaha pencarian, pelayar bersorak sebaik ekor pesawat itu muncul di permukaan, kata seorang jurugambar AFP yang turut berada di atas kapal.

Ekor itu ialah bahagian terbesar dari bangkai pesawat itu yang ditemui sehingga kini dan boleh memberi petunjuk mengapa ia terhempas.

Bagaimanapun, kotak hitam yang penting untuk menjelaskan keadaan nahas yang terjadi kerana ia seharusnya mengandungi kata-kata akhir juruterbang serta pelbagai data penerbangan, mungkin tertanggal daripada ekor itu, kata SB Supriyadi, pengarah Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas).

Ping dari kotak itu dikesan semalam, meningkatkan harapan mendapatkannya semula dengan segera.

Namun, keadaan bertukar mengecewakan apabila pihak berkuasa menyedari ping itu bukan datang dari ekor pesawat tetapi dari sumber lain dan kotak hitam itu kelihatannya berada jauh terbenam di dasar laut.

"Malam tadi, penyelam kami membuka pintu ekor kabin itu, menggeledahnya tetapi tidak menjumpai apa-apa," Supriyadi memberitahu AFP pada pagi Jumaat.

"Tetapi bot di atas mengesan bunyi ping yang lemah, dipercayai dari kotak hitam yang kedudukannya kira-kira 1 batu (1.6km) di tenggara ekor itu... dan diliputi lumpur."

Supriyadi berkata, penyelam dari sebuah unit elit Marin itu, kembali hari ini ke kawasan di mana dipercayai punca terbitnya bunyi ping itu.

"Mereka sedang mencari dalam radius 500m dari mana ping itu dipancarkan. Cabarannya ialah bunyi ini sangat lemah. Jika kapal lalu, bunyi akan tenggelam. Oleh itu, kita benar-benar memerlukan air yang tenang," katanya.

"Setakat ini, penyelam kami masih tidak dapat menentukan koordinat kotak hitam itu."

Selepas ekor itu ditemui, Supriyadi berkata pihak berkuasa kekal yakin peti hitam itu masih berada di bawah air.

Sementara itu, usaha mencari yang juga melibatkan kapal tentera laut asing diteruskan bagi menjejaki bahagian lain dari bangkai pesawat itu, dan juga jasad penumpang.

Setakat ini, hanya 48 mayat ditemui, menurut pihak berkuasa Indonesia. Semuanya warga Indonesia kecuali tujuh, iaitu tiga warga Korea Selatan, seorang Singapura, seorang Malaysia, seorang British dan seorang Perancis.

3 comments:

  1. UPAYAPADU plantation! Akibat daripada sikap tamak haloba, kroni balak dan ingin mengumpul kekayaan... akhirnya rakyat kelantan yg mendapat bala...


    Keza

    ReplyDelete
  2. Bersabarlah wahai rakyat kelantan... kerajaan negeri yg kroni dan hanys mementingkan harta dunia akan mendapat balasan Allah


    Keza

    ReplyDelete
  3. Maafkan saya sebab masa hantar dua komen di atas itu, saya baru lepas hidu gam bersama perkasa dan jkkk.


    Keza

    ReplyDelete