KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Saturday, 10 January 2015

GARA-GARA TUDUH PERKASA EKSTREMIS, IBRAHIM ALI MAU SAMAN TIGA INDIVIDU.



Gara-gara menuduh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) ekstremis, tiga lagi individu akan menerima surat tuntutan daripada badan bukan kerajaan (NGO) itu, sebelum dipertimbangkan tindakan saman.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, mereka ialah jurucakap kumpulan 25 tokoh Melayu profesional (G25) Datuk Noor Farida Ariffin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup dan Tan Sri Robert Phang dari Pertubuhan NGO Cina.

“Saya sudah minta peguam saya keluar tiga notis. Bila notis ini keluar, saya nak tengok jawapan mereka, apa peguam mereka jawab. Dari situ saya akan putuskan untuk failkan ke mahkamah seterusnya.

“Ketiga-tiga ini, dalam kenyataan mereka dilapor akhbar menuduh Perkasa ekstremis. Apa asas mereka menuduh Perkasa ekstremis? Mengapa mereka tak tuduh NGO lain bukan Melayu dan bukan Islam yang selantang Perkasa? Kenapa tak sebut?

“Saya mahu mereka ke mahkamah buktikan Perkasa ekstremis. Apa buktinya sehingga Perkasa lekat label itu?” katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Ibrahim berkata, Perkasa sering menjadi tumpuan untuk dipersalahkan banyak pihak sedangkan banyak NGO mahupun individu lain yang terbukti didapati bersalah oleh pihak berkuasa.

Kata bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu, media juga sering meletakkan kesalahan kepadanya sehingga masyarakat melabelkannya dengan pelbagai gelaran.

“Kenapa tak disebut Bersih ekstremis? (Mereka) Tunjuk perasaan, baling kereta polis. Kenapa (naib presiden PKR) Tian Chua tidak dituduh ekstremis? (Beliau) Gigit polis, disabit di mahkamah pun ada.

“Orang nak cari kesalahan, saya jadi mangsa. Contohnya MCA kalah pilihan raya, (dikatakan) Perkasa punya pasal.

“Media pula kalau tulis, Ibrahim Ali katak, ekstremis. Tak boleh ke tulis Ibrahim jaguh Melayu, pemimpin negara? Tak boleh tulis macam tu? Tulis benda negatif, jadi benda macam ni. Aniaya pada saya,” katanya.

Beliau berkata ahli akademik dari Perancis, Sophie Lemiere yang sebelum ini mendakwa Perkasa tidak layak mendapat liputan media, tidak faham peranan yang dimainkan NGO itu.

Beliau mendakwa, segala kritikan yang dilemparkan kepadanya adalah kerana rasa cemburu Lemiere terhadapnya disebabkan kecemerlangannya dalam memimpin Perkasa.

“Bodoh dia ni. Orang siar berita saya macam-macam tu, tunjuk saya ni penting. Standard dunia. Dia terkejut kerana saya bukan sesiapa, bukan menteri, tetapi saya jadi fokus kepada banyak pihak.

“Saya simpulkan, semuanya kerana cemburu. Disebabkan enam tahun saya pimpin Perkasa, semua kerja saya buat hebat-hebat, saya wujudkan kecemburuan besar. Saya ialah orang yang disalah faham,” katanya.

Kelmarin,  Lemiere mendakwa, Perkasa menjadi perhatian media kerana pertubuhan itu “laku,” dan menyamakannya dengan parti politik fasis di Perancis, National Front, yang membantu akhbar melariskan jualannya.

"Bagi Ibrahim, bukan sebab dia lucu atau kata-katanya betul atau salah tetapi kerana beliau banyak bercakap,” katanya pada satu forum bertajuk Misplaced Democracy: State, Illegality and Political Violence di Petaling Jaya.

"Cara media pula hari ini, mahu mencari sudut berita yang glamor dan seksi, walaupun saya tidak merujuk Ibrahim seorang yang glamor dan seksi," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

11 comments:

  1. Bini Pak Berahim marah tak bagi dia keluar rumah! Kah! Kah! Kah!

    ReplyDelete
  2. Kegemilangan ketuanan melayu kini diancam oleh banyak pihak terutama pihak yang kafir dan makan babi! Kuasa ketuanan melayu sedang dipertahankan bermatian oleh Pak Berahim yang harus meminta kebenaran bini untuk keluar rumah! Kah! Kah! Kah! Kah!

    ReplyDelete
  3. Perkasa ni mmg celaka harbi.Perkasa yg banyak merosakan nama umno dgn perkara2 bodoh dan berselindung di sebalik umno.perkasa babi ni suka menimbulkan kekacauan dan umno disalahkan.kami pemuda umno tidak memerlukan perkasa celaka ini.jangan cuba2 unt berbaik dgn umno tetapi pada masa yg sama nak pow pemimpin umno.mmg celakalah ahli perkasa.kami pemuda umno akan meludah muka presiden katak perkasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno dh rosak lama dh jgn lah salahkn Ibrahim katak pulak....kahkahkah

      Delete
  4. Umno ibarat hanjing kurap
    Perkasa plak ibarat taik hanjing
    Sekian t.ksh

    ReplyDelete
  5. Apa bezanya anjing, Perkasa dan UMNO? Anjing kurap tepi jalan jauh lebih mulia dari dua pelesit nie! Itulah bezanya! Ptuih! Jangan nak berdrama bencikan Perkasa walhal kamulah yang jadi sponsornya!

    ReplyDelete
  6. Kesian lak aku tengok Ibrahim ni dh mcm org x tentu hala otaknye ...

    ReplyDelete
  7. braheng ali cakap berdegardegar membela ketuanan melayu...hakikatnya dah brrpuluh tahun tedarah dari ihsan vincent tan.di luar terjerit terlolong nak sembelih china.....di dalam kamar bersekongkol dengan cukong china menipu melayu

    ReplyDelete
  8. Perkasa ini NGO cari makan. Dekat PRU 13 berkokok mengaum lepas PRU terberak tercirit lah tak ada orang layan Perkasa. Skrg ini puak UMNO dan clash dengan puak PERKASA silap sikit kena belasah. Allah maha kaya dan maha mengentahui niat PERKASA sebenarnya skrg terima pangku lah dari Allah. Itu pun tak faham. PAKIDA pun sama lah NGO/Pertubuhan cari makan tak lama lagi Allah juga akan tunjuk kepada rakyat Malaysia siapa sebenarnya PAKIDA insya'allah. Tunggu dan lihat. Allah sedang melihat apa yg mereka lakukan.

    ReplyDelete
  9. Hahaha......
    Hancur sudah ketuanan melayu disebabkan melayu sdrr, usah salahkan babi atau kafir atau bangsa lain kalau melayu itu sdr sudah babi kafir tak sedar diri. Bijak berkata2 tak bererti berakal mulia hanya busuk di hati mengaburkan diri. Apa guna laung melayu sana sini kalau melayu sdr berpecah berpuak2 berkata intan belian langsung tak berasap hanya penuh dgn habuk je....byk.
    Malulah melayu dari terus mengata babi dan kafir sebab melayu sdr sudah di babikan mengafirkan melayu itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cina dgn cina tak bergaduh ke? Cina lagi teruk dgn kongsi gelapnya jgn ceritalah. Kerana makan babi hati pun busuk mcm babi jugak. Itulah hakikatnya, tapi masih ada cina yg baik, tak dinafikan. Oleh itu jgn cakap ikut sedap mulut je. Tak semua melayu baik dan tak semua cina jahat.

      Delete