Friday 9 January 2015

HISHAMUDDIN RAIS a.k.a TUKAR TIUB DI JATUHKAN HUKUMAN DENDA RM5,000 ATAU ENAM BULAN PENJARA SETELAH DAPATI BERSALAH DI BAWAH AKTA HASUTAN 1948.

"Dia tidak sepatutnya menghasut orang ramai ke jalan raya kerana tidak gembira dengan keputusan pilihan raya umum," kata Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Bagaimana pun, Hakim bersetuju dengan peguam Hishamuddin, Syahredzan Johan bahawa hukuman penjara ke atasnya tidak memberi kepentingan awam.

"Tindakannya tidak mempengaruhi para hadirin menunjuk perasaan di jalan raya. Ucapannya juga tidak menyebabkan keganasan,"



Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman bersalah kepada Hishamuddin Rais dan denda RM5,000 atau enam bulan penjara atas tududan menghasut orang ramai ke jalan raya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam sebuah forum dua tahun lalu.

Hakim Azman Mustapha berkata pihak pendakwa berjaya membuktikan kes tersebut melampaui keraguan yang munasabah.

"Dia tidak sepatutnya menghasut orang ramai ke jalan raya kerana tidak gembira dengan keputusan pilihan raya umum," katanya.

Bagaimana pun, Azman bersetuju dengan peguam Hishamuddin, Syahredzan Johan bahawa hukuman penjara ke atasnya tidak memberi kepentingan awam.

"Tindakannya tidak mempengaruhi para hadirin menunjuk perasaan di jalan raya. Ucapannya juga tidak menyebabkan keganasan," kata hakim Azman.

Hishamuddin, 64, mengeluarkan kata-kata menghasut itu di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur Selangor di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur pada 13 Mei, 2013.

Hishamuddin dan lima lain bercakap pada forum diadakan tidak berapa lama selepas PRU13 menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) digulingkan kerana pilihan raya yang tidak adil.

Enam lagi pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk Hishamuddin, juga didapati bersalah atas kesalahan menghasut.

Mereka adalah Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, bekas pemimpin PAS Tamrin Ghafar, aktivis Anything But Umno (ABU) Haris Ibrahim, bekas Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia Safwan Anang dan aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim.

Masing-masing dibicarakan berasingan.

Chua yang juga merupakan ahli Parlimen Batu, dan Haris masih berusaha melawan dakwaan menggunakan alasan kesalahan tersebut menghalang kebebasan bersuara mereka.

Tamrin, 64, diarahkan memberikan kesnya minggu lepas dan akan bersambung pada 15 Januari.

Safwan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun pada 5 September sementara Adam Adli dijatuhkan penjara setahun dua minggu selepas itu.

Kedua-duanya memfailkan rayuan terhadap dakwaan dan hukuman mereka.

5 comments:

  1. Blogger umno ngan rosmah najib same je tiga3 taik hanjing negara

    ReplyDelete
  2. Adakah rakyat harus menjadi tunggul kayu hingga terpaksa tanggung keperitan hidup dan biarkan kerajaan haram ini melakukan pembaziran sesuka hati? Jawapanya selagi badan berkanun ini masih menjadi barua kerajaan haram ini selagi itu rakyat harus bgn melawan krn wang dari poket rakyat ini telah mereka korek utk tengolok diaorg. Terus hasutan utk pencerahan.

    ReplyDelete
  3. Teruskan hasutan untuk pencerahan?????....sah pkr ni dah gila....sedarlah yg pkr ni tiada ahlinya sebab sifat radikal pemimpinnya nenakutkan rakyat....
    Sebab tu jugaklah mahkamah menjatuhkan hukuman yg ringan pada si haprak sbb rakyat majoritinya rasional dimana hasutan dia tidak mempengaruhi para peserta...dengan rupa paras dan cara dia berucap aku tak nampak apa karisma yg dia ada....dia ni liabiliti kat pkr...jual je player sakit cam dia ni kat umno....huhuhu

    ReplyDelete
  4. Kalau pemimpin BN yg mengeluarkan kata kata hasutan tidak pula di dakwa malah AG kata mereka tidak ada niat mengeluarkan percakapan tersebut. Untong lah geng UMNO/BN boleh cakap apa saja kerana mereka tidak akan dikenakan tindakan undang undang. Kalau macam ini lah cara mendakwa pesalah ada pilih pilih saya yakin Malaysia akan jadi negara mamba carca.

    ReplyDelete
  5. Saya tidak tahu dan tidak pandai politik. Tapi mohon izin nak masukan perkara lain di sini

    https://telegram.me/joinchat/03f061fb00cc3b486753fd948f03189a

    salam
    السلام عليك ورحمةالله

    SELAMAT datang kepada ahli-ahli baru PRM yang baharu di invite ke group telegram Umrah Persendirian.
    Kini sudah ada 4 group yg sudah penuh dan mula group PRM yang ke lima

    Group ini adalah group terbaharu di antara group PRM. Terdapat 5 group kesemuanya termasuk satu group yang kurang aktif.

    PRM adalah group perbincangan khusus berkaitan UMRAH terutamanya UMRAH CARA PERSENDIRIAN, juga BOLEH di bincangkan haji selain haji menggunakan perkhidmatan LTH.

    TUAN/PUAN juga boleh melihat mesej terdahulu yg kebiasaannya akan di berikan untuk tempoh 3 hari dari tarikh penyertaan.

    Sebarang pertanyaan berkaitan umrah khasnya umrah persendirian sangatlah di alualukan. sila kemukakan ke room ini, insyaallh jika soalan itu perlukan jawapan akan ada yg cuba menjawab jika terdapat ahli terdahulu di line.

    Tiada iklan atau unsur iklan yang di benarkan kecuali yang berkaitan umrah sahaja.


    Terima kasih


    Tuan/puan yg berminat boleh menyertai group perbincangan melalui link berikut:

    https://telegram.me/joinchat/03f061fb00cc3b486753fd948f03189a

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...