KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Sunday, 18 January 2015

KECEWA DENGAN KERAJAAN SELANGOR PIMPINAN AZMIN ALI, DUA KUMPULAN PENDESAK ANTI LEBUHRAYA BERSATU PADU BERGANDING BAHU MAU MENGADAKAN HIMPUNAN AMAN BERSAMA AHAD DEPAN.



Dua kumpulan pendesak anti lebuhraya akan bergandingan bahu bersatu padu untuk mengadakan suatu rali aman Ahad ini 25hb Januari 2015 di Dataran Petaling Jaya mulai jam 10.00 pagi hingga tengah hari.

Kami Tak Nak Kidex dan Kami Tak Nak Dash menjangkakan sambutan amat menggalakan apabila dimaklumkan beberapa pesatuan penduduk, gereja dan masjid menyatakan kesedian untuk sama-sama berhimpun.

Mengikut jurucakap kumpulan ini mereka terpaksa mengambil jalan ini memandangkan rungutan dan bantahan mereka langsung tidak di ambil peduli oleh kerajaan Negeri Selangor pimpinan Azmin Ali walaupun sebelum ini sebelum menyadang jawatan MB Selangor pernah berjanji antara tugas utamanyanya ialah menyelidik dan kaji semula perjanjian Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) atau mana-mana perjanjian lebuh raya termasuk Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang bakal dibina di negeri Selangor.

Kumpulan itu berjaya mendapatkan permit polis untuk perhimpunan yang dirancang selama dua jam di Dataran Petaling Jaya itu.

Kedua-dua lebuh raya itu melalui kawasan berdekatan perumahan di tengah-tengah Petaling Jaya.

Walaupun menentang lebuh raya itu, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor masih belum mengambil tindakan muktamad untuk mengubah jajaran lebuh raya yang dimulakan oleh kerajaan pusat itu.

“Mereka (Selangor dan pusat) terus menyalahkan satu sama lain berhubung siapa yang bertanggungjawab menerima dan membatalkan projek,” kata wakil kumpulan itu Mak Khuin Weng.


6 comments:

  1. "keluar dari mulut buaya, masuk dalam mulut harimau"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usah bantah la.... KIDEX dan DASH tu kerajaan negeri dah sign dah.

      Delete
  2. Stakat jerit2 wat pe klau guling guling atas jalanraya baru bagus...guling guling di shah alam sgor. ...tahniah rakyat sgor dah pandai guling2 di selangor....

    ReplyDelete
  3. Perlantikan mb yg x restui rakyat , begini lh jd nye, ini lh juga hasil dr kebijaksanaan anwar berpolitik yg menghancur leburkn selangor ... bila dh jd lintang pukang dia pun lintang pukang cabut lari ... Punahsihat bergaji rm1 elaun balun sampai rm15 juta duit rakyat selangor, betul2 punah dikejeknnye...binawe

    ReplyDelete
  4. Tony phua..awak kt mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyamban lo, wa pangsai, sakit pulut maa..manyak hamtam babi sama calsberg lo...haiya! kacau..kahkahkah

      Delete