KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Saturday, 10 January 2015

KETUA WIRA PERKASA LENGGONG BUAT ADUAN POLIS DIBELASAH OLEH KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN YANG SAMA.

Ketua Pemuda UMNO Lenggong, Perak, Iruan (kiri) didakwa menumbuk Saad (kanan) sehingga cedera di muka dan terpaksa menerima tiga jahitan.


Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Bahagian Lenggong, Saad Abdul Rahman mendakwa cedera di muka dan menerima tiga jahitan, akibat ditumbuk Ketua Pemuda UMNO bahagian sama, Mohamad Iruan Zulkefli, ketika majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir diadakan di Dewan Kampung Kelantan, Lenggong, petang kelmarin.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada jam 2.25 petang Khamis, ketika Saad bersama dua rakannya, termasuk seorang daripadanya pemandu kepada Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, tiba di dewan berkenaan bagi mengiringi Shamsul yang juga Ketua UMNO Bahagian Lenggong, menghadiri majlis yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim itu.

Difahamkan, insiden itu tercetus apabila mangsa mendakwa dihampiri seorang lelaki yang dikenalinya sebagai Iruan, yang tiba-tiba menerpa ke arah beliau dan meminta PERKASA jangan menganggu urusan Pemuda UMNO.

Saad bagaimanapun menafikan tuduhan Iruan yang juga Pegawai Khas kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Namun, mangsa mendakwa tiba-tiba lehernya telah dicekak dan mukanya ditumbuk lelaki terbabit, manakala beberapa rakannya membantu dengan menolaknya ke dinding.

Dakwa mangsa lagi, kejadian itu turut disaksikan orang ramai serta ahli PERKASA dan UMNO yang berada dalam dewan itu, yang kemudiannya membantu meleraikan pergaduhan.

Saad kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Lenggong untuk mendapatkan rawatan, kerana mengalami luka di bahagian kening kiri dan terpaksa menerima tiga jahitan, sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lenggong.

Percubaan untuk menghubungi Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Idris bagi mendapatkan pengesahan dan penjelasan mengenai kejadian itu berkata, pihaknya akan berjumpa Saad, esok untuk mengetahui punca sebenar kejadian.

“Saya tidak berada di tempat kejadian, tetapi saya dimaklumkan pergaduhan ini berlaku semalam.

“Apapun, kita harap pihak polis membuat siasatan ke atas laporan polis yang telah dibuat ahli PERKASA ini (Saad),” kata Irwan.

Manakala cubaan menghubungi Iruan bagi mendapatkan penjelasan daripada pihaknya menemui jalan buntu, kerana sehingga berita ini diterbitkan, telefon bimbit beliau dimatikan.

20 comments:

  1. Gaduh jangan tak gaduh. Perkasa dan UMNO sama sama bodoh. Ini terjadi kerana masing masing nak dapat nama dihati menteri nak tunjuk power. Bangang punya manusia. Harap pihak polis jalankan siasatan charge saspek dibawah Sek.323KK mendatangkan cedera bagi penjara 2 tahun dan denda RM2,000/- macam mantan KPN Rahim Noor dulu baru mereka sedar bahawa Malaysia ini ada undang undang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepuk tangan...Melayu dengan Melayu bergaduh....siapa yang pecah-belah orang Melayu.....DAP Lenggong atau UMNO dan Perkasam?

      Delete
  2. Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Bahagian Lenggong macam proton wira juga, lembik & mudah kemik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la bang....pakai nama PERKASA .tapi lembik macam orang mati pucuk...bikin malu aja. Suruh pak heng tukar nama lainlah....PERLEMBEK ka...PENGAMPU pun sedap juga...nak tepat lagi pakai nama PERBODOH

      Delete
  3. Kan jelas situasinya. Dua kumpulan Melayu bergaduh. Angkaranya nak tunjuk pengaruh. Kurang cerdiknya Melayu, bertumbuk dihadapan majlis nak bantu Melayu.

    Harap2 jangan pulak Berahim Gedebe tumbuk KJ di parlimen, kan dua kali malu Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Braheng kataj nak tumbuk khary??? kah kah kah...
      bro tahu tak braheng ali tu manusia paling pengechut di alam maya ni.
      waktu oerhimpunan bersih dulu dia terpekik terlolong nsk mengetuai gerombolan oebgecut perjasam untuk buat oerarakan anti-bersih. Baru je nak jekuar rumah dusergah bini terus telur tersentap ke dalam tak berani keluar rumah.
      Sifat pengecut katak gempal ni sejak dari zaman beliau di ITM lagi Bola time nak buat demonstrasi dia tampil ke depan berucap berdegar-degar. Bila tembakan gas pemedih mata yang pertama dilepasksn...mskhluk bernama ibrahim ali ni la yg mula-mula sekali lari lintang pukang bersembunyi dalam longkang ......... si pengecut mengepalai gerombolan yg menggelarkan diri mereka PERKASA...PERKASAM ok la....bapak pengecut anak buah lagilah penakutm...

      Delete
  4. Ini lah kelebihan melayu,., bila keris bogel di perjuangkan,., angkat lah agama,.,, angkat lah islam,.,.jom ubah!!

    ReplyDelete
  5. Umno dan Perkasa sama je..

    Samseng dan bodoh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua2nya pon memang tak guna sebutir habuk.

      Nak tolong Melayu konon, tp yg ni la yg menjahanamkan Melayu sebenarnya.

      Delete
  6. Kalau betul itu namanya berlagak angkuh dan sombong sebab nak jilat nak ampu, menteri ada disitu berlaku sesama sekutu perkara biasa yang mereka buat pada orang pr...

    ReplyDelete
  7. Jgn lupa keramatnya azimat bodek dlm jiwa pemimpin kecil sampai atasan Melayu, mereka gigih dlm bad ini. Cium tangan, tolong pakai kasut pemimpin, cium tangan bini pemimpin, walaupun tangan itu berbau majlis...

    Jadi sesiapa cuba nak halang kerja turun temurun ini, tunggu lah penampar atau penumbuk lah datang...itu peel huduh org kita, buat malu Bangladesh je...

    ReplyDelete
  8. Aik nama gedebe PERKASA kena tumbuk sikit dh terkulai apa pak berahim x ajar ilmu mengelak ke...... Ooo baru aku teringat pak berahim ilmu langkah seribu je dia ada.... Kah Kahn kah

    ReplyDelete
  9. Masing2 nk tunjuk sape lebih samseng....nk rebut kawasan ke ape tu....kahkahkah

    ReplyDelete
  10. Ada satu group lagi PEKUDA ke namanya, pun 2x5 jugak.Group pengampu semua tu.

    ReplyDelete
  11. Senarai Group (NGO) bangang yg pro UMNO/BN
    PERKASA @ PERKASAM
    PAKIDA @ PEKUDA@PUKIDA
    Lain hangpa fikir lah sendiri. Aku tahu dua shj NGO pro UMNO/BN rope gampang

    ReplyDelete
  12. Org umno belasah org perkasa nnti pas ni org pakida lak belasah org umno ...cukup cantik dia punye round ...kahkahkah

    ReplyDelete
  13. org melayu klu dlm umno tu la dia ...semua nk jdi samseng yg atas jg sma mcm tu la kedudukakn nya....pijak org dh menaikkan nma dia org semua....dh muntah dgn perangai dia org nie....elok mampus dia org tu....senang" nk belasah org.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodo punya worang itu mcm la ....

      Delete
  14. Kata umno parti paling islam dan mengajar nilai2 murni dlm islam tapi apa dah jadi dgn peristiwa ni... Islam tak ajaq mcm ni.. Ini la yg terjadi bila agama dijadikan landasan utk berpolitik dgn cara munafik!

    ReplyDelete
  15. Mmg btul kata Tun Mahthir 'mlayu mudah lupa'..baru ada jwtn sikit dh lupa asal usul. Megah nk tnjuk kuasa, nk jd samseng..bodoh punya mnusia, otak tak dak. Kalau jd menteri hancur bangsa MELAYU...

    ReplyDelete