Tuesday, 13 January 2015

KOPERAL SIRUL GHAIB DIPERCAYAI MELARIKAN DIRI DIRI KE LUAR NEGARA?????


Koperal Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan hari ini kerana membunuh Altantuya Shaariibuu telah menghilang diri dipercayai melarikan diri dan bersembunyi ke luar negara.

Beliau bersama sama dengan Cif Inpektor Azilah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Panel Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara.

Mahkamah Persekutuan telah mengeluarkan waran tangkap keatas Koperal Sirul menjadikan beliau orang yang paling dikehendaki sekarang ini.

Kini sudah tiba masanya pihak berwajib terutamanya PDRM mendedahkan identiti sebenar Koperal Sirul bagi tujuan memohon bantuan orang ramai mengesan dan jejak sehingga tertangkap penjenayah yang paling dikehendaki sekarang ini.

Selama ini rakyat dan orang ramai masih tertanya-tanya bagaimanakah raut wajah penjenayah ini kerana beliau sentiasa menutup wajahnya apabila hadir perbicaraan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Cukuplah untuk melindungi wajah penjenayah ini.

13 comments:

  1. Dalam masa rakyat melalui masalah besar yakni banjir besar dan banyak lagi isu2 lain, Anwar yakni ketua pembangkang dan de facto menghilangkan diri, Dimasa Salahuddin Ayob, Azmin dan ramai lagi memperjuangkan nasib rakyat, Anwar Missing in Action

    KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

    Yang benar
    Oh MaMa Ulu Yam
    Mak Ngah Jeff Ulu Yam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar hilang mood sbb tunggu keputusan mahkamah lh bro....mungkin ke sungai buloh mungkin bebas ....bagi lh relaks sikit bro....

      Delete
    2. Umno masih wujud kerana orang hulu sepeti jeff ini lah.,
      Tinggal di hulu masih baik jika pemikiran tidak hulu bodoh bendul

      Delete
  2. pelik aku, apa yg jeff ulu yam ni tak dpt? baik topik apalah tuu je komen dia anuar anuar anuar pasal apa yg sakit sgt hati tu dgn anuar kalau nak dibandingkan dah byk jasa anuar tu dari jeff ulu yam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org hulu..biasa la. Duduk jauh dlm hutan mana tau apa-apa. Cuba bagi gudang garam sekotak, sahih sanggup jilat bontot punya..

      Delete
    2. Sian ya jeff ulu ni x celik2 mata lagi...klu bkn Anwar yg bising2 manakan rakyat Malaysia mndapat brim.

      Delete
  3. Pembunuh yang sebenar walaupun terlepas di mahkamah dunia tetapi pasti dia akan mendapat hukuman di mahkamah Allah S.W.T.

    ReplyDelete
  4. Simpati dgn sirul dia membunuh ikut arahan...biarlah dia hilang dari serah leher ke tali gantung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Confirm bukan org Ulu14 January 2015 at 02:13

      Tah2 dah jd Pak Lurah kat seberang. Duit hasil kerja kotor dah byk la katakan..

      Delete
  5. Sirul kau cerita la apa sebenarnya yg berlaku..aku sudi mendengarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak cerita pun rakyat Malaysia dah tau...

      Delete
  6. Tutup muka supaya org tak kenal.. Kalau wajah buka org kpg dan rakyat malaysia kenal. mahkahmah jatuhkan hukuman gantung... Tp yg digantung org lain...

    ReplyDelete
  7. Polis biasanya bunuh penjenayah...Adakah Altuya itu penjenayah?...Apa motif utk bunuh Altuya?...Mahkamah Allah juga yg Maha Adil...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...