Thursday, 15 January 2015

SAYA ADA KUASA UTUS SURAT KEPADA FBI KATA AHMAD ZAHID HAMIDI.



Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan beliau mempunyai kuasa menulis surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berhubung isu raja judi Paul Phua Wei Seng.

Pertama kali bercakap dalam isu ini, menteri dalam negeri itu berkata, menteri sebelumnya juga pernah mengeluarkan surat penjelasan seumpama itu.

"Menteri sebelum saya juga keluarkan surat penjelasan. Berdasarkan kuasa kepada menteri itulah saya menandatangani surat itu.

"Menteri dalam negeri sebelum saya juga mengeluarkan surat yang sama," katanya pada satu sidang media di bangunan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini.

Semalam, Datuk Seri Anifah Aman berkata mesyuarat jemaah menteri mendengar penjelasan Zahid berhubung surat yang dihantarnya kepada FBI.

Ditanya mengenai butiran penjelasan yang diberi Zahid, menteri luar itu berkata, soalan berkenaan wajar ditanya sendiri kepada naib presiden Umno itu sendiri.


ULASAN OMAK KAU:-


Pertama akhirnya Ahmad Zahid Hamidi akui secara terus terang dia ada menghantar surat kepada FBI.

Kalau berkuasa mengapa kabinet arahkan agar surat itu di tarik balik dari menjadi barang eksibit perbicaraan????

Apakah dengan kuasa yang ada surat itu boleh dijadikan bahan bukti membantu sipenjenayah?????

Mengapa tidak dirujuk terlebih dahulu dengan pihak PDRM sebelum mengutus surat tersebut sehinggakan PDRM dalam keadaan gelap dan tidak tahu menahu sehingga Jabatan itu turut diheret sehingga mampu mencemar nama baik pasukan????

Apabila menyatakan Menteri Dalam Negeri sebelum ini pernah mengeluarkan surat penjelasan adakah bermaksud menteri sebelum ini ada mengeluarkan surat mempertahankan penjenayah atau raja judi yang melakukan kesalahan jenayah di luar negara terutamanya Amerika Syarikat????

Jelas amat sekali penjelasan dan kenyataan yang diberikan bukan boleh mereda dan menyejukan keadaan tetapi sebaliknya menambah panaskan suasana dan membina lebih banyak persepsi buruk.


Cara yang paling baik dan terhormat ialah Ahmad Zahid Hamidi dengan berjiwa besar secara sukarela meletakkan jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.

15 comments:

  1. Memang lh ko kata ko ade kuasa tp nampak mcm ko x perasan ko tu salah guna kuasa je.... kahkahkah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Oiiiiiiii...English dia?
      Apa komen Che Det bekas Menteri Pendidikan tentang English penulis surat ini ..adakah sebab salah perancangan Menteri2 Pendidikan, orang Melayu terus kebelakang....Nak tulis surat dalam English ini pakai goggles translate .
      Yang pasti surat ini memalukan Malaysia...Mat Saleh yang ketawa berbehak baca surat...surat ini surat yang ditulis oleh Bangla yang tak fasih bahasa Melayu tapi menulis surat dalam bahasa Melayu...
      Untuk orang Malaysia....Sedarlah....yang English orang Somolia beratus kali bagus dari orang Melayu..yang sekolah mereka hanya sekolah bawah pokok...tetapi sistem pendidkan terbaik di dunia (kata2 orang Kita)...hasilnya inilah surat yang terbaik dihasilkan oleh pegawai kita ( yang pasti penulis surat ini Melayu)

      Delete
    2. Same je le dgn tukang sain surat tu ...kahkahkah

      Delete
  2. Hukum hakam org umno gitu lah ...yg haram tu halal yg halal tu lak haram...hihihi

    ReplyDelete
  3. Kalau manusia yang dah biasa dengan benda-benda HARAM, mana mungkin akan meletak jawatan. Biar pecah "perut", jangan pecah "mulut" ... SUCI ALA UMNO.

    ReplyDelete
  4. Apo nk jd msia ni selagi umno memerintah ...sabar je lh kite saksikn lh ape lak penyudahnye....pemerintahan ala Islam umno ni ...hahaha

    ReplyDelete
  5. jadi betul lah raja judi jadi penasihat keselamatan utk msia.. MH370 dah jumpa ke..

    ReplyDelete
  6. Patut la jenayah kat malaysia yg dilakukan oleh pembesar2 negara hapus bwgitu saja. Rupanya dlm senyap2 mereka2 inilah 6g melindung penjenayah.

    ReplyDelete
  7. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

    Tulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

    Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.

    Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

    TULANG BADAK (TB)
    MURTABAK WAVES
    SEKRETARIAT PASNE (PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nepotism dan kronism dalam UMNO tu lagi dasyat bro..lagipun orang tengah borak pasal perangai jahat menteri2 UMNO.. siap pertahankan penjenayah lagi.. ko nak korner plak.. lawak lawak..

      Delete
    2. Dia itu bukannya buat lawaklah, tapi bangang tahap gaban.

      Delete
  8. Mole-mole macai amno tak percaya surat tu dari Zahid komidi. Sebab nya tak tak ada nombor file. Hujah macai amno tu memang betul sebab surat dari gangster ke gangster perlu apa pakai formaliti.
    Sekondli, ayat dalam surat tu berbunyi mempersuci cina ganster tu dari kumpulan jahat. Hancuss negara.......

    ReplyDelete
  9. Melayu yg membela raja judi...inikah pemimpin umno yg patut kita undi.

    ReplyDelete
  10. Zahid dh berbelit lidah bg mcm2 alasan...x nak mengaku, rahsia besar lh, keselamatan negara lh, ade kuasa lh ... rakyat terpaksa telan semuanye kerana dr pandangan dia rakyat msia ni bodoh2 belaka...kite nk tengok sejauh mane org bijak pandai umno ni boleh pergi...silap2 lingkup msia ni....

    ReplyDelete
  11. Itu di luar negara sampai sanggup Menteri hantar surat sokongan melepaskan penjenayah. Apa lagi lah di dalam Malaysia, tak payah surat menyurat. Cukup dengan satu call saja, lepaslah penjenayah yang disokong. Itulah power besar Menteri, lebih-lebih lagi Menteri Dalam Negeri.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...