Wednesday 14 January 2015

SUATU CADANGAN YANG CUKUP HEBAT!!! ... KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN MAU BINA KONDOMINIUM DAN APARTMEN DI KUALA LUMPUR TANPA ADA KAWASAN MELETAK KENDERAAN.



Bergeliga sungguh otak Kun Nan Ku Mansor ni .. boleh dibuat batu cincin .. masa akan datang semua pembeli kondominium dan apartmen di Kuala Lumpur syarat utamanya pembeli mesti tidak memiliki kenderaan.

Pergh!!! Sungguh tidak disangka sampai begini sekali pintar bijak luar biasanya Ku Nan Ku Mansor ni.


Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang pembinaan kondominium dan apartmen di Kuala Lumpur pada masa depan yang tidak dilengkapi kawasan meletak kenderaan.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, bagaimanapun konsep perumahan tersebut akan dilengkapi dengan jaringan sistem pengangkutan awam.

“Saya banyak berbincang dengan datuk bandar termasuk pada masa depan kita benarkan pembinaan apartmen dan kondominium di bandar dan minta tidak dibina tempat letak kereta langsung.

“Mereka hanya bina tempat untuk guna komuter dan pengangkutan awam seperti dilakukan di Melbourne.

“Ini yang sedang kita lihat. Sila beritahu kami apa yang patut dilakukan untuk menjadikan Kuala Lumpur bandar yang lebih baik,” katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan Sumbangan Misi Bantuan Banjir di Putrajaya hari ini.

Tengku Adnan juga diminta mengulas mengenai cadangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mahu memperkenalkan "tuk tuk" - sebuah pengangkutan awam Thailand sebagai anternatif pengangkutan awam yang lebih murah.

Katanya, SPAD masih belum membincangkan cadangan itu bersama kementeriannya namun tuk tuk tidak dilihat bersesuaian untuk digunakan di Kuala Lumpur.

“Mereka belum berbincang dengan kami lagi. Kita kalau boleh mahu laluan bas adalah lebih baik atau tramp di Kuala Lumpur.

“Kita mahu keadaan yang lebih bersesuaian di kotaraya yang maju,” katanya kepada pemberita.

SPAD semalam berkata tuk tuk atau kenderaan roda tiga yang popular digunakan di Thailand itu mampu menawarkan harga lebih murah berbanding teksi.

“Kalau dapat, saya mahu melihat ia dilaksanakan secepat mungkin. Lebih baik jika ia tuk tuk elektrik yang mesra alam dan lebih murah untuk dikendalikan jangka masa panjang,” kata Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar seperti dilaporkan The Sun.

14 comments:

  1. Ni menteri pus pus, ngai bingai ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saranan dari Menteri UMNO....kita ikut...Cuma jangan beli Proton...baru proton bankrap, kurang sikit kereta kat Malaysia.....
      Kalau dia pandai, lebih baik lebih dia haramkan dan lupus kereta buruk...Kadang driving di KL , rasa macam drive di Cuba...80% kereta di jalanraya di Malaysia semua proton cabuk ..dah patut buang dalam laut buat tukun udang grago buat belacan...

      Delete
  2. Sy mencadangkan moving escalator jalan kaki dalam bandaraya sahaja menghubungkan satu tempat ke satu tempat tumpuan orang ramai sahaja. Ini lebih memudahkan lagi org ramai membuat aktiviti harian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa "Jet Pack" sekali..................

      Delete
  3. prosedur ct scan dan mri tidak sukar dan tiada kesakitan.... saya dah jalani hampir 15 kali ( ct scan, bone scan, mri, ct-angio ), pembedahan pada 2004 dan 25 sesi radioterapi pada 2005 bagi rawatan brain tumor saya...alhamdulillah....ALLAH permudahkan urusan.....jgn takut utk menjalani pemeriksaan dan rawatan... ianya berbaloi berbanding menanggung kesakitatan dan risiko.....

    ReplyDelete
  4. Osah banggo eih den dapek montori bgeligo cma niie....
    Tak sesio den undi mamat ni ari tu.

    ReplyDelete
  5. Buat...jangan cakap je...jadikan projek rumah 1M sebagai projek perintis....

    ReplyDelete
  6. Kita "tuk tuk" kepala ku nan "and the geng" sebab dah lama berkarat...SIOL..........

    ReplyDelete
  7. Kadok naik junjung!!

    ReplyDelete
  8. molek ler tuh...untuk pati n jual kat warga asing asing.....paling penting ada kasino n pub kat apartmen tu keh keh keh

    ReplyDelete
  9. Dia tak duduk di apartmen boleh la cakap....phuiiiii otak letak di tapak kaki....cap ayam

    ReplyDelete
  10. Buat jambatan gantung lagi praktikal.pui!!!

    ReplyDelete
  11. Hanya satu perkataan untuk Ku Nan........BANGANG...!

    ReplyDelete
  12. "Sila beritahu kami apa yang patut dilakukan untuk menjadikan Kuala Lumpur bandar yang lebih baik,”

    Senang je.. Menteri mengaku Tengku ni letak jawatan. KL akan lebih baik tanpa dia.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...