KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Sunday, 11 January 2015

TUDUH AGAR KPN TIDAK TUNDUK PADA TEKANAN CYBER-TROOPER UMNO, ERIC PAULSEN DI SARAN UNTUK BERSEDIA DENGAN SEMUA FAKTA KETIKA DI HERET OLEH PIHAK POLIS NANTI.



Eric Paulsen digesa mengumpul dan menyusun semua faktanya, sebagai persediaan sebelum diheret oleh polis tidak lama lagi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty itu boleh bercakap apa sahaja yang diketahuinya, apabila dia dibawa untuk soal siasat kelak.

Menurut Khalid, Paulsen boleh bercakap apa sahaja, sewaktu memberi keterangan kepada pegawainya nanti.

“Sebagai seorang peguam, beliau sendiri perlu lebih profesional dan juga bertanggungjawab terhadap apa yang dikatakannya.

“Saya juga telah bersikap profesional dan adakah beliau tidak dapat melihatnya?” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Paulsen, bahawa Ketua Polis Negara tidak wajar menerima arahan daripada cyber-trooper dan penyokong UMNO, sedangkan beliau sepatutnya bersikap neutral, apabila berurusan dengan mereka yang jelas bermotifkan politik dan berniat jahat itu.

Jelasnya, mereka bebas berkata apa sahaja, tanpa takut akan disiasat pihak polis atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ketika diminta mengulas dakwaan pilih kasih, Khalid memberitahu, Eric boleh berkata sedemikian dalam kenyataannya nanti, jika beliau fikirkan ia boleh membantunya.

Jumaat lalu, Paulsen memuat naik status di Twitternya yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan ekstremisme melalui khutbah Jumaat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kemudiannya memberi respons dengan melabelkan kenyataan itu sebagai bersifat provokatif.

Khalid pula melalui Twitternya mengesahkan, siasatan akan dijalankan terhadap Paulsen di bawah Akta Hasutan.

5 comments:

  1. Ingatkan mata biru ke empunya nama ni. Tengok cinapiang. Eric Poh Shen kot nama IC dia.

    ReplyDelete
  2. Ini bukan isu Umno ke pas ke pkr ke tapi ibi isu sensitiviti agama. Tahniah KPN. Bertindak dgn berani dan benar

    ReplyDelete
  3. Isu agama cuba di spin jadi isu politik...
    peguam spin biasa la..

    ReplyDelete
  4. Ade perkara yg kita boleh berkompromi dgn cina dn India ni, tp kalu dh dia org ni berani nk menyentuh sentiviti agama dh lebih2 lh pulak, kene ajar sikit dia org ni, mula2 nk berpolitik, dh rasa kuat sikit mula berani yg bukan2, org Islam kene bersatu menentang puak2 celaka ni....

    ReplyDelete
  5. Tiga ekor manusia suka spin2 putar belit dan pembohong iaitu politician,businessman dan LAWYER

    ReplyDelete