Saturday 12 September 2015

BERITA GEMBIRA UNTUK WAKIL RAKYAT YANG BERHAJAT BERSTATUS YB KATAK .... IBRAHIM ALI BERSEDIA UNTUK JADI KONSULTAN KEPADA SESIAPA YANG INGIN LOMPAT PARTI.



Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali bersedia untuk menjadi perunding kepada sesiapa yang ingin melompat parti.

Tawaran itu dibuat kerana beliau mempunyai pengalaman kerana pernah melakukan benda yang sama.

Katanya keputusan lompat parti bukannya sesuka hati sebaliknya ia mungkin dilakukan secara sukarela atau juga menjadi mangsa keadaan.

Jelas Ibrahim lagi adalah tidak adil tindakan sesetengah pihak melabel mana-mana ahli politik yang lompat parti sebagaimana yang berlaku ke atasnya sehingga dipanggil ‘katak’.

“Lompatan mereka adalah lompat galah, ertinya sukarela. Dulu ada dalam kalangan mereka yang mempersenda, mengejek dan menghina saya sebagai katak,” katanya lagi.

Wal hal ramai lagi ahli politik yang berbuat demikian dari dahulu sehingga sekarang, ia sentiasa berlaku.

“Di Semenanjung Malaysia, ramai juga tokoh-tokoh politik yang hebat bertukar atau melompak parti sejak Merdeka. Arwah Datuk Asri Muda, bekas Presiden PAS menubuhkan Hamim tetapi akhirnya masuk UMNO. Begitu juga dengan Kasim Ahmad dari Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PRSM) melompat ke UMNO dan terbaru, Aziz Bahri dari PKR masuk DAP,” jelas Ibrahim.

Kata beliau lagi, jika disenaraikan, pasti ramai yang boleh dinamakan termasuk, Datuk Saifuddin Nasution yang kini bersama PKR.

“Tapi yang anehnya, apabila disebut katak, ia dirujuk dengan nama saya, Ibrahim Ali. Hanya saya sahaja yang menjadi fokus dan sebutan khususnya dalam kalangan media portal lagi,” tulisnya di Whatsapp.

Apa yang mencuit hati katanya, orang yang dulu memanggil dan mengutuknya sebagai katak turut lompat parti.

Kepada yang berkenaan, Ibrahim meminta supaya jangan menghina orang lain.
“Sekarang, siapa bapa katak? Meludah jatuh ke muka sendiri. Malu sungguh.

Oleh itu saya nasihatkan supaya jangan menuduh dan menghina orang lain,” sindirnya.

11 comments:

  1. Ha ha cerita lucu pulak omakkau.

    ReplyDelete
  2. cucu tok dolah ceroi12 September 2015 at 18:42

    omak kau pun agak2 klu tengok akhir ni ada ciri2 mcm juga........

    ReplyDelete
  3. Omak kau kena mintak nasihat ibrahim.
    Dia banyak pengalaman.

    ReplyDelete
  4. Sha makan apa petang ni.
    Abang lapar la.
    Jom keluar makan mlm ni
    Abang belanja.

    ReplyDelete
  5. Salam 1rasuah,

    Old town white coffee ialah satu franchise anak Malaysia yang berjaya. Ia telah.menyumbang kepada ekonomi negara dalam bentuk cukai dan mengurangkan pengangguran.

    Nak harapkan melayu, mereka hanya banyak di ipt tapi bila grad menjadi beban kepada negara kerana mereka menjadi pencari kerja bukan penjana kerja.

    Masalah timbul apabila ada yang tidak sedar diri memilih kerja yang bukan dalam tahap kepandaiannya akibatnya produk jadi seperti labu yang dibaiki tikus.heee

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh amah dan kuli am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya , biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi munim kedai apek itu perkerja nepel boleh ajak merusuh sekali, he,hehe

      Delete
  6. Dah la kau lompat katak, rupa kau pun mirip2 katak....itu pun kau tak perasan ke....hahaha kau ingat kau hensem ke berahim ooiii

    ReplyDelete
  7. hahaha......omak kau bila lagi lompat katak!!!! lepas ni taklah ibrahim kesunyian sdr je katak ,ada juga yg temankan.

    ReplyDelete
  8. Pak im lain , Lompat katak lompat. Dia org ni tubuh kumpulan lain . tapi melawan pemerantah. OK ker.

    ReplyDelete
  9. Pak im lain , Lompat katak lompat. Dia org ni tubuh kumpulan lain . tapi melawan pemerantah. OK ker.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...