Saturday 12 September 2015

PKR BERTEGAS DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH MENJEMPUT PAS MENYERTAI PAKATAN 2.0 HANYA SEMATA-MATA MAU MENGEKALKAN UNDI MELAYU/ISLAM.



Sama ada kita suka ataupun tidak setuju maupun menolak betapa sikap keterbukaan PKR kebelakangan ini terhadap penyertaan PAS dalam Pakatan 2.0 adalah sebahagian daripada strategi mereka untuk mengekalkan undi Melayu.

Pakatan 2.0 mungkin mempunyai perjanjian dengan PAS pada pilihan raya umum akan datang, untuk mengelakkan pertandingan 3 penjuru yang akan memberi manfaat kepada pesaing utama Barisan Nasional/UMNO.

Gabungan kepentingan politik dan realisme politik memacu parti berbilang kaum PKR untuk menawarkan PAS kerusi dalam pakatan yang akan ditubuhkan tidak lama lagi, walaupun mendapat bantahan kuat DAP dan beberapa pemimpin kumpulan serpihan PAS yang membentuk Parti Pekerja Malaysia @ Parti Cangkul

Dengan mengandaikan PAS tidak bekerjasama dengan UMNO pada pilihan raya akan datang, pembangkang perlu mengelakkan pertandingan 3 penjuru. Kehadiran PAS dalam gabungan itu juga masuk akal kepada PKR kerana ia memerlukan sokongan Melayu bagi mengekalkan kuasa politik.

PAS masih memegang sejumlah besar undi Melayu, dianggarkan kira-kira 30%, sekali gus menjelaskan mengapa PKR masih memerlukan parti Islam itu.

Parti serpihan baharu PAS, Parti Cangkul jika dilihat pada sambutan diberikan kepada setiap ceramah maupun program,  tidak mungkin berjaya membawa ramai pengundi luar bandar kepada pembangkang dalam keadaan semasa yang berlaku sekarang.

PKR secara amalan dan tradisinya memainkan peranan sebagai "gam" atau pentau kuat kepada Pakatan Rakyat, kini dilihat sudah tidak berfungsi lagi dengan membawa bersama-sama pihak berbeza dari segi ideologi untuk duduk bersama.

PAS adalah sebuah parti Islam yang memperjuangkan pelaksanaan hudud, di mana majoriti golongan sekular Cina DAP menolak undang-undang itu dan ini menyumbang kepada pembubaran pakatan awal tahun ini.

Apa yang dilakukan PKR ini adalah untuk mengelakkan pertindihan kerusi (pada pilihan raya umum) dan memastikan semua parti pembangkang terus menyokong matlamat untuk membebaskan Ketua Umum KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun atas tuduhan liwat.

PKR sentiasa menegaskan tuduhan dikenakan terhadap Anwar adalah rekaan semata-mata dan berusaha keras memastikan pembebasan beliau yang PKR takrifkan sebagai tahanan politik. Kerana itulah PKR bersungguh-sungguh sangat mau parti-parti pembvangkan yang kuat dan berpengaruh bersatu dalam satu gagasan dan gabungan.

Gabungan baharu itu tidak akan menjadi seperti Pakatan Rakyat. Sebaliknya, ia akan menjadi seperti perkongsian longgar parti pembangkang yang dikongsi sebelum pilihan raya umum 2008 di mana mereka muncul bersama-sama semata-mata untuk tujuan meraih undi maksimum daripada pengundi berbanding BN.  Ini boleh dikatakan sebagai satu pakatan pilihan raya… adalah sukar untuk memikirkan yang mereka akan mempunyai manifesto bersama.

Ini mungkin memberi manfaat kepada parti tunjang BN, UMNO, yang mungkin mendapat lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

Pesaing utama UMNO/BN bagi undi Melayu ialah PAS dan PKR. Dengan kegagalan Pakatan Rakyat, ia kini meletakkan mereka pada kedudukan yang lebih baik sedikit daripada PAS, yang digunakan untuk mendapat sokongan bukan Melayu tetapi kini tidak boleh bergantung kepada undi Cina. Oleh itu, UMNO boleh mendapat manfaat daripada pepecahan pakatan.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengakui ini merupakan satu "keadaan janggal", tetapi memberi amaran walaupun terdapat permusuhan terhadap PAS, tidak boleh dinafikan parti Islam itu mengawal sejumlah sokongan orang Melayu.

"Mana-mana pakatan pembangkang yang realistik tidak boleh hanya meminggirkan PAS," katanya.

Tetapi ahli Parlimen Pandan itu bersetuju orang ramai mahu melihat pembangkang yang bersatu padu, dan perbezaan pendapat dalam pakatan sebelum ini ke atas beberapa isu yang melanda parti di dalamnya menyebabkan ia tidak berfungsi lagi.

"Kita perlu seimbang antara menjadi sebuah pakatan pembangkang yang padu dan memastikan pertembungan satu lawan satu terhadap BN pada pilihan raya umum akan datang. Kita tidak mahu segala-galanya diserahkan kepada BN dengan mudah," katanya.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengatakan gabungan pakatan baharu akan mengambil pendekatan inklusif and menyatukan parti pembangkang merupakan proses yang berterusan.

"Jadi ini menjelaskan kedudukan PKR, sedangkan kita menyedari dengan jelas perbezaan dasar dengan PAS, kita tidak harus menganggap mereka musuh. Kita perlu melibatkan diri mereka untuk mencari penyelesaian pragmatik kepada pertembungan satu lawan satu."

Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti itu mengambil pendekatan yang inklusif untuk menubuhkan sebuah gabungan baharu dan ia satu proses yang berterusan bagi menjadikan semua parti pembangkang bersatu.

Tanpa PAS harapan Pakatan 2.0 tawan Putrajaya amatlah tipis dan hampir mustahil.

7 comments:

  1. Yang penting PM kita takde kote jumpa ahli UMNO sendiri kahakahkah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulai esok harga gas masak seberat 12kg dan 14 kg akan naik sepertimana surat perkeliling Stokis Gas Petronas Perak kepada semua agen-agen jualannya . Harga untuk satu tong 12Kg ialah RM25.00 dan 14Kg ialah RM29.00. Alasan yang diberikan ialah demi menyelaraskan gaji minimun RM900 untuk setiap pekerja swasta yang telah diumumkan oleh kerajaan UMNO/BN baru-baru ini sambil menyumbang pendapatan negara dalam memastikan sosial ekonomi negara bertambah baik. Terima Kasih dan rakyat benar-benar bersyukur...

      Delete
    2. MEKAH 11 Sept. - Sekurang-kurangnya 65 jemaah terbunuh, manakala 154 cedera apabila sebuah kren tumbang dan menimpa bumbung Masjidilharam sebelum meng... 11 hours ago

      Delete
  2. Sha.....betul ke cerita Ni. Ni mesti kelentong Ni. Tak tau lagi la Sha. Kalau Ikut rekod biasanya Hadi tak datang. Jgn Tanya kenapa nanti dia marah sebab dia bukan budak sekolah. Ok Sha.....I nak bawa wife dan anak keluar jalan2 hujung minggu. Minggu depan outstation overseas.
    Kalau senpat I komen Dari overseas.
    Mohon jgn ketawa Sha, nanti terkentut pula

    ReplyDelete
  3. Bertahan ok omakkau mesti ada jalan penyelesaian.hidup islam hidup keadilan.

    ReplyDelete
  4. Pkr berusaha nk tendang parti derma tp hadi pil kuda nk sambung nyawa umno,ulama akhir zaman kerjanya menjilat parti rasuah..ngeh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jilat parti menipu dlm cec utk kekal kuasa / jawatan setiausaha tak pe..hehehe

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...