KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Monday, 5 January 2015

EDISI MACAM-MACAM ADA....KOLEJ MENAWARKAN KURSUS BELAJAR SELFIE DAN WEFIE PALING SEMPURNA.



Sebuah kolej yang berpusat di London kini menawarkan kursus khas untuk mengambil gambar secara selfie paling sempurna.

Pengajian yang dinamakan ‘The Art of Portraiture’ ini mensasarkan untuk memberi penekanan terhadap pemahaman kritis mengenai seni mengambil gambar sendiri.

Bertempat di Kolej City Lit, para penuntut akan menjalani kuliah sebanyak empat sesi dengan yuran pengajian sebanyak £132 (RM714).

Antara intipati yang bakal diketengahkan termasuklah pengunaan ruang persekitaran, signifikasi terperinci teknik pencahayaan serta cara bagaimana untuk melahirkan idea baharu bagi menjadikan fotografi lebih relevan dengan matlamat hidup.

Kedengaran agak dramatik bukan? Mungkin mata pelajaran berkenaan amat bersesuaian buat jurugambar atau mereka yang menjadikan fotografi sebagai sumber rezeki.

Ada ura-ura yang menyatakan bahawa salah satu sesi tersebut akan ‘mengajar’ cara-cara terbaik untuk membuat duck face dan kaedah yang betul semasa menguna batang selfie atau monopod.

Mahukah anda mendaftar? Tepuk dada tanya selera...tepuk tangan tanda gembira...

4 comments:

  1. Boleh buat kolej touch d hanjing di kawasan Parlimen Panrai. VIP bakal janda Anak dua pasti terharu

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Melihat kepada scenario keadaan banjir di Kelantan yang melibatkan 9 Jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tumpat, Tanah Merah dan Kota Bharu dengan tempat terjejas teruk seperti Manek Urai, Latarek Luloh, Dabong dan banyak lagi.Rata-rata, rakyat Kelantan drp kawasan banjir ini sekarang "Menangis Tidak Berlagu", "Termenung Mereka sendiri akan Masa Depan Yang amat Kelam", akan tetapi harapa yang sekian lama diletakkan dan dibanggakan ke atas Para Pucuk Pimpanan PAS berbagai Peringkat, hanyalah seperti pegar memakan padi.

    Para Pemimpin PAS sungguh pandai bermain kata-kata, menunding jari kesana kemari, tanpa memperdulikan apa nasib mangsa banjir. Segolongan mereka yang digelar Ustaz, Ulama, Alim Agama iniyang rata-rata memiliki Sejemput Janggut di Dagu ini, menunjukkan kedangkalan tahap keImaman masing2.. Mereka yg digelar beriman ini, mula menunjukkan sikap dan tamak haloba, ego, bongkak dan sombong terlampau apabila mereka-mereka ini mengeluarkan kata-kata yang tiada satu pon yang dapat menghilangkan kegusaran, menghapus penderitaan, apatah lagi bersimpati dengan musibah banjir yang melanda.Jauh sekali mereka ingin atau mahu memohon maaf di atas kedhaifan dan kurang cekapan mentadbir urus musibah banjir, malah mereka mengemukan pelbagai alasan seolah lari drp tanggungjawab dan tiada pon sifat mahu muhasabah diri.. Ini ker Islam Pas???

    Sudah dinyatakan bahawa Kerajaan pusat jugaklah yang akan mengeluarkan danan sebanyak RM52.5 juta mungkin lebih untuk membina kembali rumah-rumah yang di hanyutkan airbah yang deras dan laju. Tetapi jumlah ini akan naik sekali ganda, mungkin berganda-ganda, apabila diwartakan semua penempatan di perairan sungai tidak selamat di diami, maka akan berdondong-dondong lagi yang akan merayu memohon bantuan perumahan drp Kerajaan.

    Masalah Utama yang menyebabkan Air Bah Laju dan Deras naik mendadak di kawasan 9 Jajahan tersebut adalah keranan kerakusan Pihak Pentadbiran Negeri Kelantan di Bawah Kerajaan PAS dalam memberikan sejumlah 4,000 hektar tanah kpd Jahanam Bga dan Ngeh Bersaudara drp DAP, yg mana secara fizikalnya boleh dilihat kekayaan mereka bertambah selepas projek balak & tanah diperolehi drp Kerajaan Pas Kelantan..

    Anak-anak Kelantan diSERU agar menuntut Pembentangan dan penjelasan drp Kerajaan Kelantan:

    1. Berapakah Hasil Kerajaan Pas perolehi daripada Hasil Penjualan Balak & Tanah di kawasan terbabit?

    2. Siapakah yang bertanggungjawab memberikan kelulusan ke atas aktiviti pembalakkan tersebut?

    3. Apakah pemberian ini mengikut prosedur dan tatacara urusan Tanah Kelantan?

    4. Kemanakah Wang Hasil Penjualan Balak dan Tanah dibelanjakan.

    5. Jika sekiranya di Selangor, MB Azmin Ali menuntut semula pembayaran balik wang sejumlah RM2.6 juta yang dikatakan dibayar dengan tidak mengikut peraturan dan prosedur tertentu...APAKAH boleh Anak-Anak Kelantan mendesak Kerajaan PAS menuntut ganti rugi drp DAP Bangsat Nga & Ngeh Bersaudara ke atas kerugian yang mereka alami akibat drp Banjir Besar melanda. Ini adalah Hak Mereka sebagai Rakyat yang tertindas dan teraniaya akibat drp Kerakusan DAP Bangsat meneroka dan membotakkan kawasan Tadahan Hujan.

    6. Rakyat Kelantan kesemuanya mestilah bangun menuntut Hak dan Kebenaran drp Kerajaan Pas Kelantan.. Kalau Hak sendiri pon tak mampu dibela, jangan harap Banjir seperti ini tidak berulang kerana Kerajaan Pas akan memberikan lebih banyak kawasan Balak demi untuk mendapatkan DANA PILIHANRAYA ke 14.

    Apakah Rakyat Kelantan "THE RED WARRIOR" ini betul-betul berani? atau hanya gah pada slogan saja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Golongan yg digelar ostaz maupun ulama ada banyak brand sekarang nii...ulama umno, ulama pas, ulama sunnah wal jaamaah, ulama shiah, ulama wahabi, ulama takfiri, ulama tradisional, ulama kontemporari, ulama konservatif, ulama bebas....ini satu petanda yg kurang sihat...kata orang bijak pandai, indeks kecelaruan qalbu komuniti muslim ada kaitan dgn indeks qalbu ulama setempat...ini ada kebenarannya jika dilihat apa yg berlaku dikalangan puak arab di teluk...dlm negara pula ini dapat dilihat berlakunya perpecahan org melayu mengikut rentak ideologi politik yg jelas bertentangan dgn tuntutan ilahi. Kecelaruan qalbu sebilangan besar masyarakat muslim adalah satu aset bagi mereka yg berkecimpong dlm dalam medan politik terutama yg mendakwa sbg parti islamik. rd5

      Delete
  3. Skill-based kursus spt ini adalah utk mereka yg berhasrat tingkatkan kompetensi diri & berkecimpung dlm bidang ini sbg sumber pendapatan. Anehnya ada terdengar dlm siaran TV Oasis Astro, seorang penceramah agamawan kata seseorg yg kalau belajar utk dapat kerja, maka takde faedah sebab bumi Allah ni luas & rezeki seseorg ditentukan Allah. Kalaulah seorang pengurus atau pengetua cakap macam ni, boleh dijangka apa yg akan berlaku...anak didik ponteng sekolah, guru pula ponteng kelas, prestasi sekolah terus menurun dari tahun ke tahun.
    Rumusan : Jika hadir dengar majlis / ceramah keagamaan, jangan telan bulat-bulat pendapat penceramah agamawan...mana yg constructive (membina) & berinspirasi bolehlah masukkan dlm otak, mana yg destructive (memusnah) & kolot, masuk kanan keluar kirikan saje....

    ReplyDelete