Saturday, 17 January 2015
EPAL GALA DAN GRANNY SMITH DARI AMERIKA SYARIKAT DI SEKAT MASUK KE MALAYSIA KERANA TERCEMAR OLEH BAKTERIA LISTERIOSIS.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat ke Malaysia kerana dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis, kata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata sekatan itu dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) selepas notis berkaitan pencemaran itu diterima kementerian dua hari lalu.
"Kita menerima notis daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika yang memaklumkan tentang insiden pencemaran itu dan difahamkan ia telah menyebabkan 3 kematian dan ramai yang sakit di Amerika dan Kanada," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata kementerian tidak mempunyai bidang kuasa untuk menarik semula epal jenis itu yang telah berada di Malaysia, kerana ia melibatkan soal pemakanan di bawah Kementerian Kesihatan.
Isu berkaitan larangan pengambilan epal terbabit telah tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu.
Malah sebuah portal media turut melaporkan penularan bakteria itu dikesan di sebuah pusat pemprosesan epal Bidart Bros dekat Bakersfield, California melibatkan epal yang disaluti karamel. – Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam ditahan berkaitan kes rasuah, malam Rabu. N...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Rupa-rupanya pemimpin penceroboh Sulu yang membunuh tidak kurang 6 anggota keselamatan negara kita di Lahad Datu Sabah adalah tetamu agun...

Isy dah bli semalam 8 biji.dah le mahal.alih2 tercemar la pulokkk
ReplyDelete