Monday 12 January 2015

IDENTITI KAPTEN TEMBAK JATUH MH17 DI DEDAHKAN.

Voloshin tidak banyak berbicara secara langsung berkaitan MH17, tetapi menafikan kepada pihak atasannya bahawa beliau bertanggungjawab. -Foto ihsan www.dailymail.co.uk.


KIEV, 12 Januari : Pemberontak pro-Rusia buat pertama kalinya telah mendedahkan foto juruterbang Ukraine, yang dituduh oleh Rusia sebagai individu yang bertanggung jawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17.

Jawatankuasa Siasatan Rusia, badan yang setaraf dengan FBI telah menggesa Kapten Vladislav Voloshin untuk menjalani ujian poligraf (mengesan penipuan) dan perlu melalui sesi soal siasat rasmi.

Menurut badan tersebut, terdapat banyak bukti terhadap juruterbang itu yang perlu diambil kira oleh siasatan rasmi yang diketuai kerajaan Belanda.

Penglibatan Voloshin sebagai dalang dalam peristiwa ini mula dikaitkan apabila seorang ‘saksi rahsia’ tampil dalam satu rancangan temu bual, ‘Malaysian Boeing case’.

Saksi tersebut menceritakan secara terperinci berkaitan peristiwa berkenaan, termasuk bagaimana juruterbang itu merungut berkaitan sebuah ‘pesawat’ (dikatakan sebagai MH17) yang ‘berada di tempat dan masa yang salah’.

Jawatankuasa Siasatan yang diketuai oleh Alexander Bastrykin telah menegaskan bahawa saksi itu telah lulus ujian poligraf dan kenyataannya boleh diterima pakai.

Bagaimanapun, juruterbang yang dianggarkan berusia lewat 20-an itu telah menafikan kepada pihak atasannya bahawa beliau bertanggungjawab dalam insiden berkenaan.

Sementara itu, Ukraine terus menyalahkan Rusia dan menuduh propaganda ini dicipta bagi menyalahkan juruterbang tersebut, lapor portal berita Mail Online.

Insiden berkenaan telah membunuh kesemua 298 penumpang dan anak kapal, yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

9 comments:

  1. Mne briged umno, perkasa dn pakida, x rapatkn saf ke? .....

    ReplyDelete
  2. Mne briged anwar, azizah dn izzah, x rapatkn saf ke? .....

    ReplyDelete
  3. Penembak MH17 dah dapat dikesan dengan cepat....penembak jubo srpol sampai la ni masih tak dapat dipastikan...kes dah lama abis penembak yg membuat rempuhandijubo sepol madih jadi tandatanya.....

    ReplyDelete
  4. Penembak Altantunya pula camana. Jangan main tembak je buat komen kan dah kena tembak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooii bodo kes altantuya dah lam abis...dah jatuh hukum pun bodo.....

      Delete
  5. MH17 dan MH370 adalah angkara yahudi (CIA / MOSSAD). Mereka sebenarnya sedang merancang untuk memulakan perang dunia ke-3 tetapi tidak berjaya kerana Rusia telahpun mengetahui penipuan CIA / MOSSAD.

    MH17 dan MH370 adalah satu misi yang gagal. Tetapi yang tidak akan berputus asa. Mereka akan mencuba berbagai penipuan untuk memakan peperangan dunia-3.

    Semoga Allah S.W.T melindungi kita semua dan juga bumi ini dari menjadi mangsa kekejaman yahudi.

    Ingatlah bahawa segala peperangan yang berlaku di dunia ini sebenarnya dirancang oleh yahudi laknatullah.

    ReplyDelete
  6. MH17 dan MH370 adalah angkara yahudi (CIA / MOSSAD). Mereka sebenarnya sedang merancang untuk memulakan perang dunia ke-3 tetapi tidak berjaya kerana Rusia telahpun mengetahui penipuan CIA / MOSSAD.

    MH17 dan MH370 adalah satu misi yang gagal. Tetapi puak yahudi tidak akan berputus asa. Mereka akan mencuba berbagai penipuan untuk memulakan peperangan dunia-3.

    Semoga Allah S.W.T melindungi kita semua dan juga bumi ini dari menjadi mangsa kekejaman yahudi.

    Ingatlah bahawa segala peperangan yang berlaku di dunia ini sebenarnya dirancang oleh yahudi laknatullah.

    ReplyDelete
  7. Kt sna brita kecoh bagai tntng kes ni tp kt mlaysia....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...