KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Friday, 9 January 2015

KUIL DI BINA DI PRESINT 20 ADALAH SEBAGAI GANTI KUIL-KUIL YANG DIROBOHKAN SEMASA PEMBINAAN PUTRAJAYA KATA KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN



Semalam pihak Wira PERKASA iaitu sayap kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa(PERKASA) telah mendesak pihak Menteri Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Putrajaya tampil menjelaskan isu pembinaan kuil di kawasan Presint 20.

Wira PERKASA telah menentang pembinaan kuil tersebut kerana beranggapan kawasan tersebut adalah majoriti didiami oleh orang melayu beragama Islam.

Untuk mengelak keadaan menjadi lebih teruk,Kementerian Wiayah Persekutuan melalui Bahagian Komunikasi Korporat telah mengeluarkan satu kenyataan media untuk menjawab dan menerangkan perkara ini.

Pembinaan Kuil Penganut Dewi Sri Maha Mariamman Devasthanam yang berkeluasan 1833.89 meter persegi yang dicadangkan di Presint 20, sebenarnya merupakan kuil penggantian kepada 15 buah kuil yang telah dirobohkan sebelum ini bagi memberi laluan kepada pembinaan Putrajaya.

Jadi kalau diikutkan dari penjelasan Kementerian Wilayah Persekutuan cadangan pembinaan sebuah kuil Hindu di Presint 20,Putrajaya tidak wajar dijadikan isu.

Sebelum wujudnya Putrajaya kawasan tersebut sebenarnya adalah ladang yang mempunyai banyak kuil dari kuil yang bersaiz kecil hinggalah kuil yang bersaiz besar.

Antara kuil hindu yang telah dirobohkan dahulu adalah Kuil Sri Maha Mariaman di Ladang Sidgelley Presint 14, Kuil Bukit Prang di Jalan B15, Ladang Prang Besar 2, Kuil Sri Durga Kaliaman Presint 20 serta kuil-kuil lain di Presint 7, 16, 15, 14, 13 dan Presint 11.

Selain itu dakwanaan yang menyatakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) gagal  membuat keputusan perancangan perbandaran dan banyak kuil dibina di seluruh negara kerana amat mudah mendapat kelulusan. Perkara ini juga adalah tidak tepat memandangkan kuil di Presint 20 tersebut sudah pun terkandung dalam Pelan Induk Putrajaya tahun 1997 lagi.

Selari dengan Perlembagaan Negara yang menjamin kebebasan amalan beragama, maka Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan turut merizabkan lot-lot tanah bagi tujuan pembinaan rumah-rumah ibadat termasuk kuil di Presint 20 yang baru sekarang mencetuskan kontroversi.

Selain itu, pembinaan Kuil Penganut Dewi Sri Maha Mariamman Devasthanamkuil ini juga sama sekali tidak menggunakan peruntukan kerajaan sama ada dari Kementerian Wilayah Persekutuan mahupun Perbadanan Putrajaya.

Tidak lama dulu bekas Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu memberitahu kuil yang hendak dibina di Presint 20 adalah yang paling unik di negara ini.

Kuil yang menelan belanja RM12 juta itu menggabungkan ciri dari utara dan selatan India serta mampu menampung sehingga 10,000 orang ketika perayaan.

Menurut Samy Vellu ia dapat memenuhi keperluan penganut Hindu di Putrajaya, Cyberjaya dan kawasan sekitarnya yang terus meningkat.

Pendapat admin sendiri Isu ini merupakan isu sensitif yang sepatutnya tidak dibincangkan di khalyak ramai kerana pasti akan ada pihak yang tidak berpuas hati kerana perkara ini menyentuh sensetiviti agama. Hal-hal yang berkaitan dengan sensetiviti beragama sepatutnya tidak disentuh demi menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita.

16 comments:

  1. Hai Melayu!

    rumahmu semua dibina indonesia,

    ekonomi pula dikuasai cina,

    golongan profesional semuanya india,

    warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,

    warga bangla pula menjadi JaGa,

    orang Nepal yang menabur baja,

    orang pakistan usung karpet jaja merata,

    lalu melayu ada apa?

    Sedutan dari sajak A. Samad Said
    ...
    KEDEPAN pernah menyentuh akan isu ini,

    Salam 1rasuah,

    Masuk pasaraya tengok warga asing cuci lantai,
    Makan kat pudu tgk warga asing sapu sampah,
    Masuk klia tgk warga asing susun troli & cuci tandas,
    Masuk car wash tgk warga asing cuci kereta,
    Pasar malam kaw kilang @ pembinaan penuh warga asing beli barang,
    Pergi nilai 3 beli kain dah mcm Pakistan kecil.
    Tegok bersama mu baru nampak rakyat kita,
    Kerja untuk rakyat diberi kepada warga asing. Apa sudah jadi?

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.

    ReplyDelete
  2. Kat Permatang Pauh pun banyak. Tapi takde isu la, sebab depa mau beribadat.

    Wehhhh Anwar, lu senyap okey. Tak der sapa nak layan hang merapu atas stage lagi dah. Sudah masa kau, bini kau dan anak kau berambus dari PKR.

    PKR celaru sebab manusia jenis otak kurang merelit macam ni la

    Bye Bye

    Jeff Ulu Yam
    Reformist Ulu Yam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih bosar dari masjid bosi kat seksyen 7 putrojayo.
      Memang mantap la umno nih....
      gerejo kek sori potaling bosar, kuil kek putrojayo pon bosar jugak!
      Pehh...hebat umno nih....

      Delete
    2. Berapa kerat sangat la orang India beragama Hindu yang duduk kat Putrajaya tu? Cari la tempat yang ramai orang India beragama Hindud tinggal....

      Delete
  3. Orang melayu kerja dengan kerajaan...guru polis askar imegresen tabung haji mara risda felda..lkim..kerja kuli tu bagi je kat warga asing...salah ke?...

    Bukan itu tanda melayu bekerja ka?. Salah melayu ke kalau cuci sampah cuci tandas tu warga asing yg buat..kenapa kaum cina dan india tak salah pulak klu depa tak buat keja cuci mencuci tu..

    Engineer pun ramai bilangan melayunya...pilot...doktor..lawyer pun ramai....ketua2 jabatan kerajaan melayu jugak...TNB..PNB..MRCB....pun melayu bos & pekerjanya...cuma kat ladang babi je melayu takde....

    Rakyat kita sikit..pekerjaan pulak banyak. .biar le warga asing tu buat kerja buruh...

    Otak bila dah busuk maka semua benda nampak buruk...

    Dinbt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dinbt....elok la ko tak payah sekolahkan anak ko. Besar besok bole kerja cuci sampah cuci tandas. Tak salah pun kalu anak ko kerja cuci sampah cuci tandas kan. Amin

      Delete
    2. Apa punya doa ni mat pkr??..Kau ingat kau hisamudin rais ke dok nak hasut aku agar tak hantar anak ke sekolah!!!...
      Aku cuba nak sampaikan kebenaran dr sudut pandangan aku...
      Yang kau melatah tak tentu pasal ni nape?.....ermm...takut pada kebenaran ye...lu nih menyedihkan le bro..

      dinbt

      Delete
  4. Hahaha....
    Bukan cina merompak bukan bangla mengambil alih bukan bangsa lain menjatuhkan kedudukkan melayu.
    Melayu kamu malas!
    Melayu kamu mahu wang jatuh dari langit!
    Melayu kamu suka jadi bos berasap!
    Melayu kamu suka melaung tak sudah!
    Melayu kamu suka berlagak!
    Melayu kamu suka berseronok senang lenang menunggu bulan jatuh ke bumi.
    Dan byk lagi tak berasap.
    Maka renung dgn perkataan melayu selami dalam2 apa melayu boleh buat?????
    Masalah bukan pada bangsa lain tetapi lebih pada melayu itu sdr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu haprak nak goyang telor tggu org bank in duit siap buka blog lgi minta org bank in duit dlm akaun dia... usaha x nak

      Delete
  5. Melayu haprak adalah melayu yg tak sedar dik untung..
    yg dok cemburu dengan melayu ni cina dap...pkr menangguk le di air yg keruh dengan vote cina dap dengan dok memperlekeh bangsa sendiri...tu baru betul punya haprak

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg vote cina mca ngan india mic tak haprak ker?

      Delete
    2. Yang vote cina Gerakan kira haprak tak?

      Delete
  6. Kalu keling sekor dua ja duduk situ cina tongkang pun sekor dua mmg la elok buat tempat lain biaq pi la sebelum nie ada beratus kuil kat situ....ubah n perbaiki la undang2 ....camtu juga kalu cina pelahab babi n keling ja kat sesuatu tempat apa jadah bina masjid besaq besau.....akai ada guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. AKu pun pelik la dengan pemimpin melayu sekarang. Tak kira parti apa pun, semua tak pakai otak.
      1. kuil besar nak buat kat petempatan yg majoriti melayu. Tak bole ker buat kat petempatan yang majoriti beragama HIndu?
      2. ladang babi nak buat kat petempatan yg majoriti melayu. Tak bole ker buat kat petempatan yang majoroti makan babi?

      Nak kata bangang kang marah pulak...

      Delete
  7. Kami ahli Perkasa tidak bersetuju dgn pembinaan kuil di Putrajaya. Kami amat rasis kerana kami jaga kaum Melayu. Kami la Hero Melayu Nusantara. Diharap MIC jgn lebey2 ha

    ReplyDelete
  8. Saya bimbang orang melayu hilang kesabaran Putrajaya akan musnah melalui tangan emas PRU akan datang...

    ReplyDelete