Sunday 11 January 2015

SEPASANG SUAMI ISTERI YANG BERTUGAS SEBAGAI GURU KENA CEKUP DENGAN POLIS SEBAB SEBAR BERITA PALSU MENGENAI BANJIR MELANDA NEGARA.



KOTA BHARU - Tindakan sepasang suami isteri dari Kodiang, Kedah menyebar berita palsu mendakwa ada mayat bergelimpangan di satu lokasi bah di Kuala Krai, minggu lalu, mengundang padah apabila ditahan polis, di rumah mereka, kelmarin.

Lelaki berusia 45 tahun dan isterinya berusia 43 tahun itu masing-masing berkhidmat sebagai guru ditahan di Kodiang, pada jam 12 tengah hari.

Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Kormersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan selepas menerima aduan pada jam 1.30 tengah hari, 29 Disember lalu.

Katanya, pengadu iaitu seorang anggota polis menerima mesej daripada aplikasi Watapps ke telefon bimbitnya berkait dakwaan tersebut sebelum maklumat palsu berkenaan disedari tersebar menjadi viral.

“Mesej berbunyi, “Ye Ila sekarang Kuala Krai dah nak surut air. Sukarelawan mula masuk tempat air surut. Banyak mayat bergelimpangan, mayat dalam rumah lagi yang mana tak sempat nak selamatkan diri. Baru dapat cerita terus dari kawan di jarak sana.

“....“Berita tv memang takkan bagitau. Tula keadaan sebenarnya yang terkini. Dasyat sungguh, dasyat sekali, gerun, ngeri dengar Subahanallah, Ya Allah. Ramai rupanya yang mati Ila yang kat atas rumah, atas bukit tu mati kelaparan, kesejukkan. Semua mayat tak dapat diuruskan, kesiannya dengar. Jalan tu lepas tu jumpa mayat budak terbiar. Tunggu air surut ni baru boleh tau ramai mana yang mati. Yang kena hayut air lagi berita dalam tv semua tak cakap.

“.....“Ya Allah, derita sungguh. Dah lebih dalam keadaan darurat. Bantuan dari heli dicampak macam tu jer dari atas. Orang tu duk berebut nak cari makan yang dicampak tu sibuk duk cari jumpa mayat bersepah-sepah kebanyakan mati budak lelaki sejuk dan lapar. Betul ke? Innalillahiwainnalillahirajion.

“....“Al-Fatihah untuk satu keluarga seramai 10 orang dipercayai lemas terperangkap dalam rumah di Guchil Kuala Krai, Kelantan. Mayat mangsa dijumpai pagi ini setelah air surut.... Sumber dari Astro Awani”,” katanya ketika membaca semula mesej berkenaan.


Mazlan berkata, pihaknya mendapati mesej tersebut adalah palsu dan berbaur fitnah yang disebarkan melalui aplikasi tersebut.


“Sehubungan itu, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan mengesan dua suspek yang bekerja sebagai guru di Kedah. Suspek lelaki tersebut berasal dari Bachok, manakala isterinya dari Kodiang,” katanya.

Sebelum ini, seorang juruteknik dari Kuantan, Pahang ditahan selepas dipercayai menyebarkan berita palsu berkait sekatan bantuan bertujuan melekatkan label sebuah parti yang diviralkan di dalam laman sosial facebook. Suspek terbabit dibebaskan dengan jaminan polis, bagaimanapun siasatan masih diteruskan.

Untuk rekod, di Kelantan setakat semalam, polis mengesahkan sebanyak 11 kematian akibat lemas dan dua masih hilang serta sedang giat dicari.

15 comments:

  1. Heloo Rakan2 Seperjuangan,

    Satu persoalan, TGHA ada, Azmin ada, LKS ada membantu mangsa banjir. Anwar mana ????????? Aku dah lama kata reformasi adalah perjuangan untuk rakyat tapi bagi Anwar dan keluarga dia, perjuangan adalah untuk membela nasib beliau.

    Yakinlah rakan2 Anwar adalah Mahafiraun yang bertopengkan reformasi. Penorak No 1 dan spin dr yang brutal. Yakinlah rakan2 orang yang menjatuhkan orang lain untuk menaikan bini sendiri sebagai eksekutif negeri. Ini adalah Mamat retorik no 1.

    Kalau TGHA dan LKS bercakap mahupun TSKI atau Azmin bercakap........ saya akan hormat walaupun saya tidak bersetuju. Tapi Anwar cakap, buang dalam tong sampah sajalaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat Matang Marei kaki goreng adalah idola kepada tin tin kosong macam Kelab Greenboc dan Tulang Besi Malaysiawaves.

      Setakat jadi warrior keyboard dan hanya pandai pakai baju hijau lengan putih ada cap change, pendatang nepal boleh pakai. PASMA adalah persatuan of PAS gonners yang tidak mendapat tempat dalam parti

      Delete
    2. Lupa pula kpd Anon 19:19,

      Ahli2 PAS dan PKR di akar umbi dah fed up sama itu Mat Matang Pauh Marei. Orang susah betul dia tak ambil peduli, kebajikan rakyat marhaen dia tak peduli. Yang penting kebajikan dia dan keluarga dia ditanggung beres.

      Pejuang rakyat tak akan memecat rakan untuk mengangkat bini jadi ketua eksekutif negeri selangor.

      Pejuang rakyat tak akan menyorok di Australia bila rakyat dilanda musibah.

      Kata parti lawan ini itu ini itu, padahal Anak Berahim dari Cherok Tok Kun in 2x5 juga

      Weiii brader, Ptuiii ludahan aku kepada kamu. Sudah masa Kamu, Bini kamu dan anak kamu meninggalkan PKR dan PR. Mengabis beras saja. Kamu bohong !!!!! kamu pembohong !!!! mempergunakan rakyat untuk keselesaan Clan Mahligai Segam-boot.

      Kesian TSKI, Kesian Che Gu Bard, Kesian TGHA menjadi fitnah dan tohmahan kamu

      Kesian Saifuddin Nasation hilang Jawatan. Kamu kutip barua mana jadi Sec Gen

      Yang Benar

      Jeff Ulu Yam
      Ahli Keadilan SInce 2000

      Delete
  2. Ya berani buat berani tanggung.

    ReplyDelete
  3. Sawan babi ke dua org kat atas ni?? Atau claim tak cukup bulan lepas? Maklum la..hidup atas usaha fitnah org jer kerjanya..

    ReplyDelete
  4. Pepatah baru
    lembu punya susu sapi dapat nama
    kelantan punya hutan DAP dapat balak
    DAP punya balak kekantan dapat banjir
    DAP punya balak rakyat kelantan daoat bala

    ReplyDelete
  5. Tambah sikit lg..
    Macai punya bangang, UMNO dpt malu
    Macai punya komen bodoh, mak bapak dpt malu

    ReplyDelete
  6. Owg pkr mmg bodoh. Sape rply komen ni die bodoh.

    ReplyDelete
  7. Bila macai pr nak berubah, dah kena bala pun macai pr tak berubah

    ReplyDelete
  8. Punyo lh bangang nyo macai2 umno ni...anak2 sapo lh ni ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko lagi bapak bangang...
      aku sorang je pandai...

      Delete
    2. Pandai mengabihkn boreh yo ....kahkahkah

      Delete
  9. PDRM adas masuk ke kwsn tu..kot2 betul macam mana...waktu banjir..PDRM dimane ye....

    ReplyDelete
  10. Yg duk wat janji2 semasa PRU dulu tu xdikenakan tndakan lak ? Nsib lah kita sebagai rkyat ni slalu kena tindas

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...