Thursday, 3 September 2015

KHALID SAMAD CAKAP DIA TIDAK BERSALAH LANGGAR BAI'AH TETAPI DALAM MASA YANG SAMA AKAN BAYAR KIFARAH ESOK



Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud serta beberapa rakan lain akan membayar kifarah atau tebus dosa kerana melanggar baiah atau sumpah dengan memberi fakir miskin makan berikutan tindakan mereka menyertai parti baru.

Menurut Khalid, majlis itu akan diadakan pada malam esok mulai 8.00 malam di Dewan Merbau Seksyen 17 Shah Alam dengan memberi makanan kepada golongan miskin.

Pelik juga pendapat Khalid Samad ini .... cakap tidak melakukan kesalahan langgar bai'ah tetapi nak tebus dosa dengan beri fakir miskin makan pula ... apakah dengan memberi fakir miskin makan maka segala dosa langgar janji bai'ah kira sudah ditebus??????

Apakah kupasan dan pandangan hukum itu tertakluk kepada segi kepentingan dan keuntungan bukannya atas sikap dan dasar kebenaran?????



SEPULUH fakta yang masyarakat perlu tahu tentang apa itu bai'ah yang dilafazkan oleh ahli dan wakil rakyat Pas. Pengertian mengenai bai'ah ini dikongsikan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, DATUK DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI NIK SALLEH kepada Sinar Online dalam satu wawancara khas.


1. Definisi bai'ah Pas ?

Menyentuh topik yang dinamakan bai’ah di dalam Pas sama sebagaimana bai’ah yang dirujuk dalam Fiqh al-Islami , di dalam sirah Nabi Muhammad SAW, Rasulullah mengadakan bai’ah antaranya Bai’ahtul Nisa, Bai’atul Ridwan, Bai’atul Aqabah dan banyak lagi bai’ah-bai’ah yang lain, yang dilaksanakan oleh Rasululllah dengan tujuan supaya umat Islam ini terikat dengan dasar-dasar yang diperjuangkan oleh Islam, dan umat Islam ini terikat dengan peraturan yang ditetapkan oleh Rasulullah, walaupun peraturan itu kadangkala sangat mencabar seperti perkara yang membabitkan peperangan antara Islam dengan musuh Islam jadi bai'ah ini dibuat supaya ia mengikat para sahabat ini, maka Rasulullah memperkenalkan satu sistem yang dinamakan bai’ah.

Jadi kita sebagai parti Islam kita ambil semangat daripada sirah ini, untuk kita laksanakan didalam parti kita kerana parti kita Pas ini sangat berpengalaman dari segi pelbagai isu... masalah dan macam-macam perkara jadi kita ambil faedah bai’ah ini untuk diperkenalkan dalam Pas supaya pimpinan dalam parti kita tahan menghadapi ujian sama ada ujian berbentuk dalaman mahupun berbentuk luaran.

Jadi sebab itu bai’ah yang kita perkenalkan ini adalah salah satu daripada sunnah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.


2. Jenis bai'ah dalam Pas ?

Dalam konteks Pas,  bai’ah ini ada dua yang pertama bai’ah kepada ahli umum apabila mereka ini mengisi borang Pas.

Jadi walaupun kita tidak namakan ia sebagai bai’ah tetapi bila mereka mengisi borang Pas ini mereka  mengakui dengan nama ALLAH, mereka mengakui bahawa masuk di dalam Pas ini untuk dia menegakkan syariat Islam.

Walaupun berhadapan dengan pelbagai isu sama ada isu dalaman atau luaran, supaya ahli (boleh) tahan, kita (Pas) ikat mereka dengan bai’ah.

Ada pun peringkat kepimpinan terutama sekali pemimpin yang dipilih menjadi calon di dalam Pas kerana di dalam konteks negara kita ini banyak aspek yang akan mencabar calon-calon ini seperti isu membeli calon,  isu lompat parti, isu khianat parti, jadi kita dalam Pas hendak supaya parti Pas ini berbeza dengan parti-parti yang lain, maka kita ambil inpitati daripada sunnah ini kemudian kita laksanakan di dalam parti kita.

Kita buat bai’ah untuk mengikat calon kita biar mereka lebih istiqamah dengan perjuangan Islam kerana memang perjuangan Islam ini satu perjuangan yang banyak menghadapi ujian tetapi bila kita ikat mereka dengan bai’ah Insya-ALLAH calon ada ketahanan dan sebelum bertindak, mereka akan ingat apa janji dengan parti, janji dengan bai’ah yang dilafazkan sebelum daripada masuk bertanding dalam pilihan raya.

Untuk ahli, kita tidak namakan sebagai bai’ah secara umumnya, kita tidak rasmikan namanya sebagai bai’ah tetapi bila mereka isi borang Pas itu maka mereka memahami janji dengan Pas untuk patuh kepada segala peraturan parti dan kita kaitkan perkara ini dengan nama ALLAH, Nabi maka bila satu perjanjian dikaitkan dengan ALLAH dan Rasulnya maka perjanjian ini namakan sebagai bai’ah manusia dengan ALLAH adapun bai’ah membabitkan calon-calon yang bertanding ini perlu saya perjelaskan bahawa, bai’ah ini kita bagi pilihan kepada orang yang hendak bertanding atas tiket Pas, kalau calon merasakan bahawa mereka hendak bertanding atas tiket Pas kita mengatakan dalam Pas ada bai’ah, jadi kalau dia hendak bertanding dan dia tengok bai’ah itu, dia restu dengan bai’ah itu, dia kena patuh dengan bai’ah dan kalau dia tidak hendak dengan bai’ah ini, jangan bertanding atas tiket Pas, bolehlah bertanding atas tiket mana-mana sahaja.


3. Jika langgar bai'ah ?

Jadi sebab itu isu melanggar bai’ah ini adalah isu yang besar kerana bai’ah ini adalah pilihan daripada individu itu sendiri, bukan parti yang paksa... dia bebas kalau dia hendak bertanding sahaja, kalau dia tidak mahu bertanding tidak mengapa, kalau dia hendak guna parti lain tidak mengapa, tapi apabila hendak bertanding atas tiket Pas dia kena faham bahawa dalam Pas ini ada bai’ah ada janji setia untuk mengikat mereka ini dengan perjuangan Islam supaya mereka tidak tergopoh-gapah, istiqamah dengan perjuangan Islam, jadi bila dia berbai’ah dengan Pas dia kena akur bai’ah ini janji dia dengan ALLAH yang paling besar.

Calon  ini  menyebut sumpah dengan nama ALLAH, nama Nabi dan malaikat, sekiranya dia khianati apa yang diamanahkan ini dia akan dilaknat oleh ALLAH, malaikat, sekalian  makhluk yang boleh melaknat.


4. Garis panduan lafaz bai'ah ?

Di dalam Pas, Majlis Syura Ulama memutuskan bahawa lafaz yang dilafazkan di dalam bai’ah itu satu lafaz.  Cuma kita dapati beberapa negeri ada yang menambah lafaz, jadi Majlis Syura Ulama kita tidak menghalang apa yang hendak ditambah itu  kerana di dalam bai’ah ini kita tengok bai’ah yang dilakukan oleh Rasullullah pun ada berbeza misalnya Bai'atul Nisa berbeza dengan Bai'atul Aqabah.

Jadi bila kita meletakkan satu lafaz maka lafaz itu digunapakai oleh semua wakil-wakil rakyat hampir semua negerilah kecuali saya difahamkan di Kelantan dia menambah sedikit dalam bai’ah dan kita dalam Majlis Syura tidak menghalang tetapi lafaz yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama adalah lafaz yang jelas antara intipatinya janji supaya tidak mengkhianati parti, tidak mengkhianati amanah yang diamanahkan oleh calon Pas.


5. Bila bermulanya bai’ah ?

Waktu Pas mula-mula ditubuhkan dulu tidak ada bai’ah sebab dulu ujian tidak besar dan orang bertanding dalam pilihan raya dalam Pas ini dulu orang tak bercakap akan menang sekiranya bertanding sahaja, cuma tidak mahu Umno menang percuma.

Saya masih ingat ketika saya masih kecil,  orang kampung cari duit untuk beri kepada calon Pas semata-mata tidak mahu memberi Umno ini menang percuma.

Jadi zaman dulu tidak timbul masalah hendak beli calon, hendak hasut,  tidak timbul masalah  jadi zaman itu.. tiada bai’ah tetapi apabila ALLAH bagi kekuatan kepada perjuangan Pas kita melangkah selangkah demi selangkah sekarang ini bila sebut sahaja kita bertanding dalam pilihan raya maka orang boleh sebut kemungkinan besar Pas akan menang.

Apabila menampakkan semakin hari (Pas) semakin kuat , maka sudah tentulah andaian yang kita takut, berlaku dalam kepimpinan dalam Pas ini... lompat parti ke… walaupun Alhamdulillah kita parti yang paling bersih berbanding dengan parti-parti lain berkenan dengan lompat parti ini tetapi macam mana pun kita perlu berwaspada sebab itulah kita meletakkan bai'ah dalam Pas.


6. Ada calon yang pernah tolak untuk berbai'ah ?

Sepanjang pengalaman saya tidak ada  calon yang dicadangkan menolak bai’ah…. dan tidak ada seorang calon yang menolak untuk berbai’ah dalam Pas.

Sebab kalau dia (calon)  tolak….. dia kena tengok dulu kalau hendak bertanding atas tiket Pas, ini dia kena berbai'ah kalau setuju sila, kalau tidak setuju dia jangan bertanding… semua calon bertanding semua berbai'ah, bila hendak bertanding dia kena setuju, kalau buat sesuatu yang bercanggah dengan Pas dia dikira mengkhianatilah.


7. Wujud bai'ah talak tiga ?
Bai'ah talak tiga ini Masjlis Syura tidak menghalang,  cuma lafaz dikeluarkan Majlis Syura tidak ada kandungan itu. Tetapi kita tidak menghalang mana-mana negeri mungkin semangat untuk menjaga kuasa pemerintahan yang ada di Kelantan mungkin dia tekankan, Tok guru (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) jika dia saksikan dia adalah Mursyidul Am, orang paling besar dalam Majlis Syura Ulama, jadi kalau dia restu isi kandungan tersebut, maka hak negeri dan hak Mursyidul Am kerana umumnya lafaz bai’ah ini dia tidak ada nas qat'i.. sebab itu Rasulullah pun berbeza .. Baiah'tul Ridwan lain, Aqabah lain, bai’ah lain lain ikut keadaan, ikut suasana.

Cuma yang saya sebut Majlis Syura Ulama tidak ada talak tiga ini, cuma kalau ditambah di peringkat negeri itu adalah hak yang tidak dihalang oleh Majlis Syura Ulama.

Maksudnya mungkin tidak ada taklik talak tiga, setakat ini saya ingat tidak ada di negeri lain cuma rasa di Kelantan sahajalah.


8. Komen bila Mufti Perlis dan Pulau Pinang katakan bai'ah talak tiga Pas tidak sah (tidak jatuh taklik)

Bila dia sebut taklik ini tidak sah, dia punya ayat itu sangat jelas.. mana dia tahu hati orang, mufti ini bila dia tahu hati orang, ayat itu sudah tidak betul.

Saya nasihat agar mufti bercakap dengan ilmu dan orang yang layak untuk bercakap dalam isu perjuangan Islam adalah orang yang duduk dalam saf perjuangan Islam, jadi kalau orang yang dalam perjuangan Islam tidak terlibat, tidak faham jadi tidak payah bercakap dalam isu ini, kalau dia tidak sempurna dia tak payah cakap berdiam lebih baik.


9. Bagaimana hendak elak jatuhnya talak tiga ini ?

Saya sarankan agar isteri calon-calon tersebut memainkan peranan agar menasihati suami dia, beri nasihat supaya jangan buat tindakan-tindakan yang orang panggil tidak beretika,  tidak ada moral dalam konteks perjuangan ini.

Hatta orang bukan Islam yang berjuang pun mereka tidak berganjak daripada parti mereka walaupun komunis, mereka ada integriti, orang Jepun tidak berganjak, kalau kita dakwa kita pejuang Islam, tiba-tiba hendak berganjak. Oleh itu isteri mereka orang yang paling rapat dengan suami, nasihat suami, pujuk dia supaya dia tidak bertindak sebagai mana yang dia hendak bertindak.

Nasihat yang paling sesuai kerana akibat sangat buruk, kalau orang yang langgar bai’ah ini akibat sangat  buruk kita bimbang dalam rumah tangga tiada keberkatan, anak-anak tiada keberkatan jadi menyusahkan dia sendiri. Kalau dia berbai'ah dia memang jatuh talak kerana kuasa cerai itu ikut pada suami, jadi isteri jangan diam, pergi rujuk mahkamah syariah, paling praktikal cakap dari hati ke hati, beritahu suami agar berfikir panjang supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini, kalau berlaku memang jatuh talak.


10. Nasihat kepada rakan-rakan yang seolah-olah hendak langgar bai'ah dan tubuh parti baharu.
Jangan sesekali sesiapa melanggar bai’ah dengan ALLAH, mengkhianati jemaah, dalam sejarah perjuangan,  minta maaf saya tidak mahu sebut nama sesiapa… tetapi dalam Pas orang yang langgar bai’ah yang cuba keluar parti semua sekali, saudara boleh tengok macam mana kedudukan mereka dunia ini.

Dia tidak dihormati dan kadang-kadang kita lihat individu  itu berhadapan dengan kesusahan yang banyak…. kerana apa?

Kerana apabila kita langgar perjanjian  ini dengan umum semua makhluk  yang boleh melaknat akan laknatnya termasuk ALLAH, malaikat lebih daripada itu di hari akhirat …

Satu benda yang sangat besar, jadi sebab itu dalam kesempatan ini saya hendak nasihat kepada kawan-kawan semua yang cuba hendak tubuh parti baharu, saya ingatkan perjuangan Islam ini tidak akan tergugat… kerana perjuangan Islam ini dijaga oleh ALLAH sebab itu dalam sejarah parti politik mereka yang tidak perjuangkan Islam ini mereka akan hanyut habis begitu sahaja.

Atas nama kawan, saya sangat simpati kadang-kadang saya rasa kasihan walaupun  kadang-kadang mereka lebih umur daripada saya, saya hendak nasihat kepada mereka agar kembali ke pangkal jalan. Kalau ALLAH boleh ampunkan dosa Saidina Umar Al-Khattab,  kita dalam Pas boleh maafkan kesalahan dan kesilapan dan balik ke pangkal jalan.. kami pun tidak untung apa.

Cuma kita kasihan mereka yang bertindak di luar batasan agama tidak akan selamat, di dunia ini dihina oleh orang masyarakat, kita mati jawab di hadapan ALLAH satu benda yang sangat besar.

Saya mengharapkan supaya semua kawan balik semua ke jalan Islam, kalau mereka hendak keluar tubuh parti cubalah mereka jawab, yang pertama parti yang ditubuh mereka itu, mereka berpegang pada ayat mana, surah mana kerana perjuangan Islam ini hanya satu.



27 comments:

  1. Berjela - jela OK keluarkan fakta sebagai menyokong tindakan PAS yang menjual agama itu.

    Semua orang tahu dan UMNO dah bagi tahu lama dah lebih 50 tahun bahawa PAS menjual agama untuk politik sempit mereka.

    Ada ke patut wanita dijadikan tokan taruhan.

    Negara Islam Turki yang begitu maju pon tak ada macam ni.

    Dan pemimpin Negara Islam Turki tak curi balak.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cara utk betulkan kembali zakar bengkok disamping memanjangkannya.

      1-Urutan
      Tujuan urutan zakar lebih kepada membesarkan tisu-tisu kecil corpora nervosa tadi,
      maka tisu-tisu itu dapat menerima darah dlm kuantiti yg lebih banyak, dan zakar akan menjadi besar apabila tegang.Dari segi memulihkan kembali tisu-tisu yang rosak akibat
      melancap,tidak berapa nampak sangat hasilnya, kerana saya memang mengamalkan urutan sebelum ini.Hasil lebih kepada kebesaran, kepanjangan tidak nampak perubahan.
      Leceh nak buat.

      2-Pam vakum
      Merbahaya kerana jika salah penggunaan akan menyebabkan tisu-tisu kecil corpora
      nervosa dan urat-urat saraf halus di dalam zakar rosak dan pecah.

      3-Penis Extender
      Ini adalah cara yang paling selamat, kerana ia meregangkan zakar ke tahap maksimum
      dan menggalakkan percambahan sel-sel yang baru.Sebenarnya teknologi ini telah lama digunakan oleh suku kaum tertentu, kalau di Malaysia kita boleh lihat suku kaum di Sabah yang menggantungkan benda berat utk memanjangkan telinga mereka.

      Sama juga konsep yang digunakan oleh penis extender ini, iaitu apabila zakar
      diregangkan secara maksimum, tisu-tisu yang rosak tadi akan bercambah kembali dan
      tisu-tisu pengembang yang sedia ada akan bercambah secara sama rata dan akan
      menyumbangkan kepada kepanjangan dan membetulkan zakar yang bengkok.Disamping menambahkan sedikit kebesaran zakar ditempat yang bengkok tadi, kerana semasa
      bengkok, bahagian itu lebih langsing dari bahagian zakar yang lain kerana tisu-tisu
      pengembang di bahagian itu rosak dan tak berfungsi.Maka setelah regangan tisu-tisu
      pun bercambah dan tisu-tisu pengembang mengembang secara sama rata dan mengembalikan kelurusan zakar.

      Delete
  2. Omak kau sokong golongan wanita dipertaruhkan atas kepentingan politik. Baik jadi pelacur terus. Sebab apa? Terdesak. Emergency. Kalau dah kena talak 3, emergency la tu. Menteri UMNO kata jadi pelacur takpa kalau emergency... omak kau dah emergency blom???

    ReplyDelete
    Replies
    1. LOSER Detected

      Delete
    2. Bodoh GHB ni, drp pengerusi smpai ke ahli jd barua.

      Delete
    3. AMARAN :

      Thread ini hanya sesuai utk forumner 18 tahun ke atas. Pastikan anda melihat topik ini dari sudut kesihatan.



      Kenapa zakar bengkok ke kiri/kanan dan 3 cara panjangkan zakar

      Sebab yang utama adalah disebabkan kekerapan melancap(masturbate),sewaktu
      melancap apabila hendak mencapai orgasm selalunya pihak lelaki akan menguatkan
      genggaman pada zakar terutamanya dipangkal zakar.

      Jika anda melancap menggunakan tangan kanan, sewaktu anda hendak mencapai
      orgasm selalunya jari-jari anda akan melakukan genggaman yg kuat di bahagian kiri zakar(Corpora Cavernosa) dan ini akan menyebabkan tisu pengembang(Corpora Cavernosa )
      bahagian kiri akan rosak dan menjadi parut dan tidak mampu mengembang.

      Bila kerapkali anda lakukan melancap dgn cara begini maka zakar anda akan bengkok ke kiri.Maka jika anda menggunakan tangan kiri utk melancap, zakar anda akan bengkok ke kanan.Cuba tanya kawan-kawan yg kidal, mesti zakar mereka bengkok ke kanan.

      Delete
  3. Undi pakai chai x langgar bai'ah ke?ooo lupa presiden pil kuda dah dijamin masuk syurga..ngeh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. LOSER detected

      Take lama lagi elaun kamu finish la. Penang dah maki Tokan kaki selfie amoy

      Delete
    2. LOSER tu ape......nama bapak ko ke?

      Delete
  4. Bila ko dah berbaiah dengan setan memanglah rasa pelik bro atau ko nak mintak syafaat dari lge dan lks itu ko punya pasal sebab pas tak rugi apa apapun lagipun orang malas layan mat three four geng haru biru yang sanggup cium bontot dap keh keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Loser lagi. Adoii 2/bulan lagi habis la party Tupperware korang kena gantung kah kah kah

      Delete
  5. Sham tm n the geng bg komen mcm bagus bagus.mcm belajor ugama tinggi sgt mengalohkan ustad ustad.ingat la jgn diikutkan sgt pemikiran sendiri yg entah dipengaruhi oleh apa tu cuba perhatikan dgn mata keimanan juga.

    ReplyDelete
  6. baca la btull..paham kan...
    dia dah bg nas dalil ayat quran..hadis sahih...dia buat apa yg disuruh oeleh islam bukan PAS...

    tak paham ke...

    ReplyDelete
  7. Lepas ni kena buat baiah tambahan.

    1. Tak boleh ponteng sidang parlimen.
    2. Tak boleh ponteng mesyuarat.
    3 Tak boleh curi balak.
    4. Tak boleh beli kereta mewah sedangkan penyokong diminta beri derma tin milo.
    5. Tak boleh hina orang.
    6. Tak boleh herdik tetamu yang datang ke rumah.

    Aku pon tak tau contoh mana yg PAS ambil dalam perjuangan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BELUM TUBUH, DIORANG DAH BEREBUT JAWATAN!!!

      Huh! Kalau dah namanya Geng Haprak Baru tu geng yang Gila Jawatan, memang tak heran la perkara seperti itu boleh berlaku. Diorang keluar PAS pun sebab diorang Gila Jawatan jugak.

      Hari ini, facebooker pro PAS, Tok Usin Ceroii Original mendedahkan perbualan whatsapp dia dengan salah seorang orang kuat GHB yang dilihat kecewa dengan krisis dalaman gerakan itu.

      Sekurang-kurang dua tokoh GHB yang dilihat mampu untuk memberikan saingan sengit kepada kepimpinan Si Mat Sabu tu selaku Pengerusi iaitu Mujahid Yusof Rawa dan Si Husam Musa

      Khabar angin mengenai krisis dalaman GHB mula bertiup sejak 15 Ogos apabila Si Mujahid tu telah dipilih sebagai Pengarah Eksekutif Nadwah Ulama Nadwah Jadidah 2015 atau Nunji’15.

      Gosip perpecahan dalaman GHB itu semakin kencang apabila Mat Sabu sendiri mengeluarkan kenyataan bersedia berundur daripada menjadi ketua kumpulan itu, jika ada calon yang sesuai.
      “Jika ahli-ahli jawatankuasa percaya bahawa terdapat seorang pemimpin yang lebih baik maka saya bersedia untuk berundur.
      “Tidak ada seorang pun yang akan kekal selama-lamanya. Apa yang kita percaya adalah kepimpinan kolektif,” kata Mat Sabu ketika dihubungi Mstar empat hari lalu.
      Sejak Geng Haprak Baru tu ditubuhkan, telah terdapat banyak persoalan yang dibangkitkan dikalangan ahli serta pemimpin terhadap kredibiliti pemimpin-pemimpinnya, terutama Mat Sabu.

      Ramai yang mengkritik dengan menyatakan bahawa Si Mat Sabu tu bukanlah seorang pemimpin yang kuat setelah GAGAL berkali - kali dalam beberapa Pilihan Raya Umum yang diadakan sebelum ini.

      Kesimpulan mudahnya, puak - puak Geng Haprak Baru ni memang terdiri dari kalangan mereka yang Gila Jawatan belaka. Sebab masing - masing hanya sekadar berjuang demi kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri je!!! Bukannya diorang buat untuk orang lain!!!

      Delete
  8. boleh tak bila bab agama ni kita cuba jadi cerdik sket...kot ye pun tak suka org tu walaupun org tu dah bg hujah yg sahih...jgnla nk jadi abu jahal versi wanita plak wahai omak kau...

    kalau tak puas hati jugak bahas la balik guna hujah dalil berdasarkan ql quran hadis dan sunah....

    pegi la tanya geng mad yaacob n amar..mintak dalil ayat al quran dan sumber..

    pada aku fakta lawan fakta...bukan emosi mcm abu jahal!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sgt.
      tp apakan daya kebencian itu melebihi kebenaran

      Delete
  9. Surah al maidah ayat 89

    Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kaffarat (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, yaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barangsiapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari.Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ke org saja2 buat/langgar sumpah...
      klw ada makanya tentu org tu keturunan sumpah2 yg awal2 lagi perlu dihumban...

      Delete
  10. Ada hujah nas lg di bloq ustad greenbok mcm baik punya.parti kuali nampak ada ustaz bagus.nama pulak buat tersangkut tak lama agaknya dpt la nama anak tu kan omakkau jgn lupa buat promosi.nanti ada org kata dengki pula.umno tunggu 9sept amanah kuali tunggu 16 sept.selamat berjuang semua.semoga mendapat keberkatan.geng parti kuali kata pas tak betul.geng pas kata parti kuali tak betul.sekarang dua dua tu dah jd mcm tak betul.padahal dua dua tu mungkin betul.omak kau kita biar betul ye.

    ReplyDelete
  11. Parti Amanah Negara (PAN) @ Parti Kuali. Pemimpin 40 org. Pengikut 3 org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn mengejek depa.depa ada ustad ustad bagus cam ustad unknown tu.nanti depa kata kita dengki.biar gasak depa la nak jd kuali ke kuli ke cangkul ke kangkung ke.depa tu org pandai pandai lg.pandangan mereka tak mungkin silap.teruskan dgn perjuangan tuan tuan.

      Delete
  12. hahaha....

    kau tulis panjang berdepa-depa ni Omak mana cukup....

    tulis lagi panjanglah. mana tahu dengan tulisan merapu yang kau copy paste ni dia ayam boleh upgrade elaun kau...sahak gagap pun dah tak pedulikan kau lagi..

    tulis lagi panjang ya Omak...kalu boleh sambung lebuh lebuhraya plus tu sampai bangkok....tak pun sampai mongolia....hahahaha

    ReplyDelete
  13. I Love U Khalid.

    Sya sokong pada mu

    Jeff Ulu Bernam
    Keadilan Reform
    Tak Respect Boy Loser GHB

    ReplyDelete
  14. Saya seru zahir batin semua yang cadang nak keluar PAS tu batalkan saja niat tu. Kalau tanya mereka sama ada UMNO tu jalannya betul atau bengkok. Pasti puak yg nak keluar PAS kata salah sebab lawan nak lawan mereka. Dalam keadaan tak betul pun Muhyiddin Yassin tak tergamak keluar UMNO.

    Percayalah mereka yang mufarakah daripada PAS bila terkenang baiah dan taklik talak 3 pasti nengeremang segala bulu-bulu yang ada.

    Betul dan tepat sayang kita kpd jemaah islam sewajarnya mengatasi sayang kepada bini sebab kita nak buat kerja Lillahita'ala. Tak taulah masa baiah hari tu hanya berpura-pura hati lain mulut cakap lain. Kalau begitu ceritanya kalian adalah MUNAFIK sejak berbaiah.

    Wallahu'aklam

    ReplyDelete
  15. omakkau dah jadi lalang... sama mcm zahid hamidi
    omakkau dah jadi lalang... sama mcm zahid hamidi
    omakkau dah jadi lalang... sama mcm zahid hamidi
    omakkau dah jadi lalang... sama mcm zahid hamidi
    omakkau dah jadi lalang... sama mcm zahid hamidi
    omakkau dah jadi lalang... sama mcm zahid hamidi
    omakkau dah jadi lalang... sama mcm zahid hamidi

    omakkau kencing... sama mcm najib...
    omakkau kencing... sama mcm najib...
    omakkau kencing... sama mcm najib...
    omakkau kencing... sama mcm najib...
    omakkau kencing... sama mcm najib...
    omakkau kencing... sama mcm najib...
    omakkau kencing... sama mcm najib...

    ReplyDelete
  16. omakkau dah jadi lalang sama mcm zahid
    omakkau dah jadi lalang sama mcm zahid
    omakkau dah jadi lalang sama mcm zahid
    omakkau dah jadi lalang sama mcm zahid
    omakkau dah jadi lalang sama mcm zahid
    omakkau dah jadi lalang sama mcm zahid
    omakkau dah jadi lalang sama mcm zahid

    omakkau kencing... sama mcm najib...
    omakkau kencing... sama mcm najib...
    omakkau kencing... sama mcm najib...
    omakkau kencing... sama mcm najib...
    omakkau kencing... sama mcm najib...
    omakkau kencing... sama mcm najib...
    omakkau kencing... sama mcm najib...

    page omak ni letak gambar dacing je la...
    page omak ni letak gambar dacing je la...
    page omak ni letak gambar dacing je la...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...