Thursday 5 February 2015

ANWAR TAWAKAL SEBARANG KEMUNGKINAN MENJELANG KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN.



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam jelajah menjelang keputusan perbicaraan akhir Liwat II memberitahu penyokongnya beliau bertawakal dan berserah dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Anwar yang kini berdepan kemungkinan dipenjarakan dan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bertemu dengan penyokongnya di seluruh negara.

"Yang bakal saya hadapi 10 Februari nanti ini, kita bertawakal sajalah dan berserah kepada Allah dalam apa jua keadaan," kata Anwar di hadapan kira-kira 100 orang ramai yang hadir mendengar tazkirah Maghrib disampaikannya di Masjid Abu Bakar Ali Bashah, di Bukit Beruntung, Selangor malam tadi.

Anwar dalam tazkirahnya selepas solat Maghrib menceritakan mengenai kisah tauladan para nabi dan peranan yang perlu dimainkan pemerintah dalam menjaga serta memelihara kebajikan rakyat.

Beliau memberikan contoh dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor yang mengambil peduli tentang masalah dan hal ehwal rakyat.

"Di Selangor, saya selaku penasihat ekonomi sentiasa menasihatkan menteri besar baharu (Mohamed Azmin Ali) supaya mengambil peduli tentang perihal rakyat," katanya.

Mahkamah Persekutuan pada 26 Januari lalu mengumumkan, keputusan rayuan terakhir Anwar akan dibuat pada 10 Februari ini.

Keputusan panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria itu dijangka dibuat pada jam 9 pagi.

Arifin yang mengetuai panel 5 hakim mula mendengar kes itu pada 28 Oktober dan berakhir pada 7 November lalu.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 yang membebaskan Anwar dari dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Panel 3 hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Balia Yusof Wahi menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara ke atas Anwar dan membenarkan ikat jamin sehingga keputusan di Mahkamah Rayuan.

Anwar didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kondominium di Desa Damansara, Bukit Damansara antara jam 3.10 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan seorang penjamin.

Pihak pendakwa yang diketuai Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga memfailkan rayuan balas bagi memohon hukuman yang lebih berat sehingga penjara 20 tahun dikenakan.

Kedudukan Anwar sebagai wakil rakyat bakal terjejas jika dipenjarakan lebih setahun atau denda lebih RM2,000.

28 comments:

  1. Jangan lupa yang brader INI dizalimi tapi pada masa yg sama berlaku zalim pads TSKI Dan Che By Bard. Dizalim Dan Menzalimi.

    Itu sebab Ahli bawahan.memboikot orang kurang berjenis macam ni

    Jeff Ulu Yam
    Reformasi Warrior

    ReplyDelete
  2. mmg dasar muka tak malu ! lepas kutuk dan maki hamun pas depa dok pujuk rayu pulak dah.......mmg mcm melepaskan anjing tersepit........yg pastinya anjing2 depa ni masih lg menyalak dan mengigit tghh. pi tgk blog abuya albuaya alhusyeen, greenboar, yong budaya kuning, tulang bab!, x da telur mabuk tapai & bodoh tahap cipan dan Lubang Bebulu........... dlm masa sama tikam blkg kawan melalui Pasma dan terkini GIK ................mmg macai tak boleh buat kawan dasar munafik !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog greenboc ni kalau nak komen hentam PKR dan daPIGS memang tak lepas. Yang nak caci maki PAS dibiarkan sebebas2nye. Ni le perangai orang PKR. Bye bye PKR semoga cepat2 ke lubang kubur/gaung/longkang.

      Delete
  3. Sebaik2nya Anwar pencen politik dan pakai masa dihujung senja umut dia dgn keluar tabligh. Azmin kan ada untuk menggalas tugas. Wahai Anuar, bila kita meninggal nanti batu Nisan tak tulis jawatanlah.

    Sedikit ceramah Dari Saya

    Tulis Ikhlas

    Lebai Jeff. Ulu Yam

    ReplyDelete
  4. MASANYA DE FACTO PKR ISYTIHAR MASUK UMNO!!!!!

    Kebelakangan ini Anwar bin Ibrahim dengan beraninya turun naik dengan rakyat hakim negara

    Sebelum ini pecah berita ada berita banjir besar di Pantai Timur dimana ramai mangsa hilang tempat tinggal

    Sikit habuk pun Nik Abduh tak sebut benda ni.

    Begitu juga geng2 keluarga dia mcm bini dia dan anka dia, sia2 saja jadi ahli parlimen dan Aduan

    Makanya kalau ikut mazhab De Facto , Keadilan adalah untuk diri dia dan bukan untuk rakyat.

    Tapi kalau rakyat kena musibah, hatta dekat Permatang Pauh ada orang hari2 makan sardine, memang dia tak peduli.

    Ni lah contoh perangai manusia menipu kata Rakyat Hakim Negara

    Nasihat Tulang Badak pada Anwar bin Ibrahim:

    Cepat2 lah masuk UMNO

    Berenti lah menyamar jadi Reformist.

    Tulang Badak
    Murtabak Waves

    ReplyDelete
  5. Belum jatuh hukum dah hina mahkamah......nnpk
    terdesak ...cemas....fikiran meracau racau....kejap keji....kutuk....bila dah kutuk hina...berserah pd tuhan...sedap bontot dia nk buat apa2 pun...lakonan penipu dan pembohong mme jelas dah tak laku...rakyat muak diperbodoh kan....cuma yg suka dibodoh kan shj suka diliwat fikiran oleh bang non.....laysk dapat award pelakon serba boleh sepanjang zaman....

    ReplyDelete
  6. DIA BOLEH JADI IMAM, BOLEH BERKHUTBAH JUMAAT, BOLEH BERKHUTBAH PADA KRISTIAN

    PENDEK KATA SERBA BOLEH ANWAR NI

    TAK SEMUA ORANG LU BOLEH TIPU BRO

    KAH KAH KAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Anwar ni serba boleh. Dengan jantan jambu boleh, dengan bini orang boleh, dengan China Doll boleh, dengan driver boleh, dengan adik angkat boleh, dengan.......sambunglah sendiri ye.

      Delete
  7. Jangan tipu Allah SWT. Semua kena ingat ! Apa Anwar hadapi qada' dan kadar beliau.

    Dalam masa di beri kadar, beliau telah di beri segala kemungkinan mengubah haluan nasib dengan hidayah yang di berikan. Cuma, jika masih tidak sedar malah bertambah parah, ada kah layak kita memohon kepada Allah ? Siapa lagi yang mesti kita "cai" kan ?

    Kita yang merdeka, guna dan jaga sebaik-baik nya. Bukan di caturkan lagi masuk perangkap maut.

    ReplyDelete
  8. Astaghfirullah. Apa jenis jemaah yang membenarkan seorang peliwat menyampaikan tazkirah di masjid mereka?

    ReplyDelete
  9. ....detik2 terakhir perjuangan sebelum.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berjuang untuk diri sendiri. Bukan untuk rakyat

      Delete
    2. Sebab berjuang utk rakyatlah jadi mcm ni. Mula2 utk rakyat pastu kena tendang pastu utk diri sendiri tu kena kutuk dah diri sendiri pun tak lepas mcm mana pulak utk rakyat hanya sokongan drpd rakyat saja yg boleh membantu rakyat ini juga mengajar rakyat supaya jgn mudah putus asa Msia boleh.

      Delete
  10. Siapa anak haram Ibu Hayati ni?? Cibuk2 promo ekor lg ni..haram jadah...Kau ker tu Jeff Ulu Yam??

    ReplyDelete
  11. Anon 10.22..Kau Pasti ker dia meliwat??Kau ni tempah ticket ke neraka kl dia tu x buat dan teraniaya. Kl ko x Pasti,baik diam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau yg patut ke neraka jahanam kerana perangai sama je ngan peliwat munafik kaki kelentong.

      Delete
    2. Sebab saya pastilah, saya berani komen. Semua bukti dah terserlah dan dibentangkan di mahkamah. Hanya orang yang buta hati dan bongok macam kamu sahaja yang tak dapat menerima kebenaran dan masih mempercayai Si Ketum tu. Keputusan kes Liwat 1 pun dah membuktikan bahawa perbuatan liwat itu telah berlaku. Si Ketum dibebaskan hanya kerana aspek teknikal dan bukan kerana dia tak meliwat.Jangan lupa, kamu pun boleh tempah tiket ke neraka kerana menyanjungi dan menyokong perjuangan seorang peliwat tegar.

      Delete
    3. Tak usah cuba pusing fakta liwat:-

      http://theunspinners.blogspot.com/2015/02/tak-usah-cuba-pusing-fakta-liwat.html

      Delete
    4. Hanya org yg buta hati dan bongok mcm 17.21 saja yg percaya kes liwat2 ni ini politiklah kalau dah kenyang dan selesa duduk kat atas boleh buat apa aku suka ingat senang2 nak bagi balik jadi kalau melawan ini bahananya tapi kalau cium tangan anguk2 ha naiklah pangkat hanya org yg ada maruah saja yg tahan fikir2kanlah msia boleh

      Delete
    5. Anon 12:52
      Tak tahu malu nak kata orang bongok bila diri awak sendiri tu yang sebenarnya bongok. Kita komen berdasarkan fakta sementara awak komen ikut emosi dan ketaksuban terhadap Al Juburi. Sila baca apa yang ditulis oleh Zulkifli Noordin. Kalau masih tak dapat menerima kebenaran, teruskanlah dengan kebongokan awak :-

      D-DAY 10.02 - KEBENARAN ITU HAK!

      http://zul4kulim.blogspot.com/2015/02/d-day-1002-kebenaran-itu-hak.html

      Delete
  12. IBU hayati dengan Jeff ulu Yam sama species anak haramjadah. sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  13. Dengar kuliah bodoh anwar itu dengan menyamakan kalimah allah dengan tuhan kafir Dan membela kes liwat nya itu biasa dia cakap di kulia

    ReplyDelete
  14. Dengar kuliah bodoh anwar itu dengan menyamakan kalimah allah dengan tuhan kafir Dan membela kes liwat nya itu biasa dia cakap di kulia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Palastine kalimah Allah juga digunakan oleh org kristian tapi di Msia tak boleh sbb undang2 tak membenarkan sbb org melayu islam mudah keliru tapi dlm pd tu ramai juga yg terpesong

      Delete
  15. peliwat tua kutuk taik hanjing gila.

    ReplyDelete
  16. lalu "bertawakalnya" anwar dlm menghadapi pertuduhan liwat pada kali ini..tiada beza pada tawakalnya dia dlm pertuduhan liwat kali pertama .. hampir semua jln untuk melepaskan dirinya telah dicuba...dari teori "konpirasi" .."difitnah".."dizalimi"..diainaya"..terkini "rakyat telah menjadi hakim untuk dirinya" ..malangnya dia masih punya "kekuatan" untuk berpaling dari bersandar pada Dzat Allah swt dengan tidak melafazkan sumpah...tetapi setiap yg bermula pasti akan berakhir ..aneh sungguh sifat "tawakal" yg diperbuat olehnya .. anwar berjaya membuktikan sifat "berani" tidak semestinya bersatu pada "kebenaran"..dan sifat "berbolak balik" tidak semestinya pasti bersama "kebathilan"..walaupun maruah diri menjadi pertaruhan..hatta iktiqad sebagai seorang islam menjadi mainan..bagaimana seorang yg menjaja dirinya "dikonspirasi" oleh seluruh sistem yg dikuasai UMNO..melalui pertuduhan liwat..hatta si penuduh membawakan sandaran yg paling kukuh dengan melafaz pengakuannya dengan bersandarkan Qudrat dan Iradhat Allah swt.. anwar masih "gagah" menepis dengan teori "konspirasi".. apa yg ada didalam dadanya ? maruahnya di "fitnah" .. iktiqadnya sebagai seorang muslim diperolokkan.. tanyakan kepada para sipentaasub anwar cukupkah dia membela dirinya dengan slogan "konspirasi"? sedikitpun tiada menjadi masalah selagi tiada membabitkan iktiqadnya sebagai muslim..tetapi tatkala "si penkonspirasi itu" sampai ketahap "mempermainkan" lafaz sumpah {jika merujuk pada pembelaan anwar) ..apakah anwar "diharamkan" dari membalas lafaz yg sama ? .. apakah tatkala seorang yg difitnah..dizalimi..dikonspirasi ..tatkala ia melafaz sesuatu dengan membawakan Dzat Allah swt Tuhan Semesta Alam sebagai sandarannya ..ia akan menjadi ikutan dan mainan ?..nauzubillah ...

    ReplyDelete
  17. anwar bertawakal setelah ia ..menyorok di kedutaan turki..menafikan mengenali si penuduh..memberikan layanan istimewa kepada sipengadu..menafikan tuduhan dengan segala macam teori dan dan fitnah..menangguhkan kes melebihi 50 kali (rekod malaysia)..melantik rakyat sebagai hakim ..dibela 13 peguam majoritinya non muslim (80 %) membuat road show sehingga keluar negara ..akhirnya si tertuduh berkata "saya yakin akan dilepaskan berdasarkan hujjah para peguam bela" yg memberi maksud tidak penting sama ada liwat secara paksa berlaku atau tidak dia juga sempat menambah " saya akan bebas jika makamah bersifat telus" yg memberi makna andai disabit hukum membuktikan dakwaannya dia "dikonspirasi" .. dan akhir sekali dia menambah "saya bertawakal" .. inilah versi tawakal seorang yg bernama anwar bin ibrahim

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...