Wednesday 2 September 2015

HUKUM TAWAF MENGGUNAKAN SEGWAY / MINI-SEGWAY ... MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN




Muqaddimah

Saya telah ditanya berkenaan dengan isu tawaf menggunakan sejenis alat moden yang dikenali dengan nama mini-segway ataupun hoverboard.Justeru, dalam Irsyad al-Fatwa kami kali ini akan membincangkan isu ini secara khusus.

Segway / Mini-Segway

Segway / Mini-segway adalah alat moden beroda dua yang digerakkan menggunakan kuasa bateri. Ianya telah direka oleh Dean Kamen dan alat ini telah dikeluarkan oleh syarikat Segway Inc.

Untuk menggunakannya, penunggang perlulah pandai mengimbangkan diri dan alat ini dilengkapi dengan sensor dan juga beberapa ciri yang lain. Alat ini mampu mencecah kelajuan sehingga 20.1 km/j. Kini ianya telah diinovasikan dan terdapat dalam keadaan yang lebih kecil dan ringkas dinamakan sebagai mini-segway. Sistem pergerakannya sama cuma ianya tidak mempunyai pemacu seperti Segway yang asal.

Hukum Menggunakan Alat Tersebut

Melihat kepada nas-nas yang Nabi SAW pernah tawaf dalam keadaan menunggang di atas unta, Ibn Abbas R.Anhuma meriwayatkan:

أنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم طَافَ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ عَلَى بَعِيرٍ يَسْتَلِمُ الرُّكْنَ بِمِحْجَنٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW telah tawaf pada haji al-wada’ (haji perpisahan) di atas unta dan beristilam di rukun dengan tongkatnya”.

Riwayat Muslim (1272), Abu Daud (1877), Al-Nasa’i (173), Ibn Majah (2948)

Begitu juga dengan hadis Umm Salamah R.Anha yang berkata:

شَكَوْت إلَى رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - أَنِّي أَشْتَكِي، فَقَالَ: طُوفِي مِنْ وَرَاءِ النَّاسِ، وَأَنْتِ رَاكِبَةٌ

Maksudnya: Aku mengadu kepada Rasulullah SAW yang aku kurang sihat. Maka jawab Baginda SAW: “Tawaflah belakang orang ramai dan kamu sedang dalam menunggang.”

Riwayat al-Bukhari (1633), Muslim (1276)

Di dalam hadis Jabir R.A:

طَافَ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - عَلَى رَاحِلَتِهِ، بِالْبَيْتِ، وَبَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةِ، لِيَرَاهُ النَّاسُ، وَلِيُشْرِفَ عَلَيْهِمْ، لِيَسْأَلُوهُ، فَإِنَّ النَّاسَ غَشُوهُ
Maksudnya: Nabi SAW telah tawaf di atas tunggangan di Ka’abah, sa’i di antara Safa dan Marwah, orang ramai melihatnya dan Baginda dapat menyelia untuk mereka bertanya kepada Baginda, maka sesungguhnya orang ramai mengerumuni Baginda.

Riwayat al-Nasa’I (2975)

Berdasarkan nas-nas, jelas menunjukkan kebolehan untuk melakukan tawaf dengan menggunakan kenderaan dan tunggangan (pada waktu itu), tetapi antara sebabnya ialah:
• kerana untuk membimbing orang ramai.
• kerana untuk orang ramai dapat mengikuti dan mempelajari.
• kerana uzur atau sakit.

Justeru, hukum menggunakan alatan tersebut adalah harus.

Pendapat Ulama
Di dalam isu ini, terdapat tiga pendapat ulama’ yang utama membincangkannya:

• Pendapat pertama: Sebahagian ulama’ seperti Al-Khiraqi mengatakan bahawa hukum tawaf menggunakan kenderaan atau di bawa tanpa uzur adalah tidak memadai. Ini juga merupakan satu pendapat dalam riwayat Ahmad dan alasannya kerana Nabi SAW bersabda:

الطَّوَافُ بِالْبَيْتِ صَلَاةٌ

Maksudnya: Melakukan tawaf di Ka’bah adalah solat.

Riwayat al-Nasa’i (2922)

Oleh kerana tawaf merupakan ibadah yang berkaitan dengan ka’bah maka tidak harus dilakukannya dengan menaiki kenderaan tanpa uzur seperti solat. [Al-Mughni. Maktabah al-Kaherah, 3/358]

• Pendapat kedua: Yang masyhur adalah memadai dan dikenakan dam dan ini adalah pendapat Malik dan Abu Hanifah kecuali Abu Hanifah menambah sekiranya seseorang itu masih berada di Mekah perlu diulang tawafnya itu dan sekiranya sudah pulang, maka hendaklah membayar dam. [Al-Hawi al-Kabir. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 4/151], [Al-Majmu’. Dar al-Fikr, 8/27].

• Pendapat ketiga: hukumnya adalah memadai dan tidak dikenakan dam. Ini ialah pendapat Abu Bakar, mazhab Syaf’ie dan Ibn al-Munzir. Mereka beralasan dengan mengatakan Nabi SAW telah tawaf dalam keadaan menunggang.

Ibn al-Munzir berkata: “Tidak diterima pendapat seseorang setelah adanya perbuatan daripada Nabi SAW kerana Allah SWT telah perintahkan tawaf secara mutlak. Maka dengan cara mana sekalipun ianya memadai dan tidak harus taqyidkan yang mutlak tanpa dalil.” [Al-Mughni. Maktabah al-Kaherah, 3/358]

Tarjih

Setelah melihat ketiga-tiga pandangan di atas, kami cenderung kepada pendapat yang mengharuskannya selaras dengan mazhab Syafi’e, Ibn al-Munzir dan ramai lagi kerana nas yang sahih lagi sarih (jelas) menunjukkan kearah itu.

Walaupun begitu, beberapa kriteria perlu difahami dan diraikan:
• Tawaf secara biasa (berjalan) jauh lebih afdhal (baik) dan aula (utama) kerana ia merupakan perbuatan Nabi SAW pada kebanyakan keadaan dan juga para Sahabat.
• Raikan adab tawaf dengan sebaik mungkin.
• Penuhi syarat-syarat tawaf agar tidak terbatal.
• Jauhi dari riya’, ‘ujub dan niat bermegah ketika menggunakannya.
• Jangan sesekali melanggar orang ramai atau menyakiti mereka.

Semoga dengan pencerahan ini dapat memberikan kefahaman sebaik mungkin mengenai hukum tawaf menggunakan segway / mini-segway

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
18 Zulkaedah 1436H bersamaan 2 September 2015.

15 comments:

  1. Hukum pergi bersih tuntut keadilan dan nahi mungkar apa pulak?

    Apakah pas berdosa sebab tak pergi bersih ? Tuntut kerajaan jgn curi duit buat mungkar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hukum Papa Lebai Selfie dgn Amoy, baik landing kat bahu amacam???
      Waktu Bersih tuuuuuuu

      Delete
    2. Nak tanya ugama tanya orang yg alim dan arif pasal ugama, Dr Maza, Haron Din, Ustaz Don dll.

      Tapi GHB power, hukum ugama tanya kat orang bukan background ugama. Tanya wireman kot, Kah Kah Kah

      Kereta rosak orang GHB hantaq pi saloon kut, itu sebab jadi ini macam

      Delete
    3. Lu olang jgn cakap mcm tu kawan ............ Tuan Galu Mat Sabu punya niat baik maaa ......... Dia talak gatal atau miang punya , olang melayu cakap talak nafesu. Itu amoi pegang2 macam debu2 sahaja maaa ......... Itu Mat Sabu punya iman sangat tinggi ............. sikit atas TGHH , sbb tu dia boleh pegang2 amoi ........... dosa kecik maa ! Lagipun itu dosa boleh kasi belesih sama Tuan Galu LKS dan LGE ................ haiya ini macam pun mahu bising 2 ka ............. lagi baik kita bising2 pasal ekonomi la kawan ........... ekonomi first maa ! Nanti kita olang ............................. hidup susah mati pun susah !

      Delete
    4. Wa mau ucap selamat hali medeka . Sikalang wa ada suka sbb wa punya balua sudah medeka ......... dia olang sudah ada pati balu a ........... pati amana . wa tengok itu plesiden pati balu a .......... pati amana sudah medeka dan bebas peluk itu amoi ........... haiya ini balu butut2 Islam bukan macam tuan gulu haji hadi ......... itu tak bole , ini tak bole . Itu macam plesiden pati balu a semua bole ........... ini macam balu bole maju .......... wa punya bussines amoi pun bole maji maaa ! Tak pa Itu hali punya bersih wa kasi percuma bole peluk amai tapi next time kena bayar lo ! Lu olang bole kasi bersih lu punya plug maaa ! Kalau mau lagi power punya lu olang bole angkat pondan maaa ! gelenti lu olang punya plug kasih bersih habis maaa ! Ini macam wa butut suka ......... wa suka wa suka !

      Delete
    5. Tabung memali lesap, duit Kohilal lenyap, itu tak boleh tolong beri penjelasan ke?

      Delete
    6. Pak Pandir dengan lawak bodohnya.....

      Delete
  2. Nak tanya pasal agama jgn tanya najib spisis jawa makan taik,soalan budak sekolah rendah pun langsung xleh jawap.nampak sgt x penah solat..ngeh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum pernah aku lihat Najib jadi imam solat berjemaah. UMNO OH UMNO..

      Delete
    2. Selain jd barua, kau pun ada tugas lain iaitu intai najib sembahyang atau tidak.

      Cuba kau tanya KETUM, berapa kali dah dia pegi haji/umrah. Satu dunia dia boleh pegi beri ceramah, naik haji/umrah....???? Tak cukup duit?...

      Delete
    3. Nak tanya bab haji /umrah jgn tanya nuar berahim

      Delete
  3. Apa pulak hukumnya ponteng sidang Parlimen.

    Apa hukumnya mencaci dan menghina orang.

    Apa hukumnya khianat kepada amanah rakyat.

    Apa hukumnya curi duit rakyat.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  4. 15:00 - aku setuju dgn kau, aku pun tak pernah tgok najib jd imam, yg pernah kita tgok jd imam dan baca khutbah ialah anwar Ibrahim sahaja.

    Tapi apasal dia kat dlm jel sekarang? Kau tak pegi melawat ke? Kesian...katanya dia bersalah kerana tersilap sondol. Meliwat.

    Boleh jd imam...
    Boleh baca khutbah...
    Boleh m....tut...tut...tut....

    ReplyDelete
  5. Allahhuakbar.... Mohon jasa baik dari caci mencaci, keji mengkeji dan akhirnya menjadi fitnah. Kembalilah kpd AlQuran dan sunnah. Hentikanlah pertelagahan yang boleh membawa kepada permusuhan

    ReplyDelete
  6. Sri Pilah..elok saranan kau, tp parti mna yg sesuai? GHB atau Pas. Sila beri pencerahan sikit.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...