KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Tuesday, 8 September 2015

RANTING PAS DI CANTAS, TUNAS HIDUP SUBUR ... PRESIDEN PAS.



Firman Allah SWT dalam Al-Quran:

"Dan jika mereka (lawan atau musuh kamu) cenderung kepada perdamain, maka kamu hendaklah cenderung kepadanya, dan bertawakkal kepada Allah, sesungguhnya Dia (Allah) Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan jika mereka hendak menipumu, maka cukuplah Allah (bagi memelihara mu). Dialah yang menguatkan mu dengan pertolongannya dan orang-orang yang beriman (bersama mu). Dan Dia (Allah) berkuasa menyatukan diantara hati-hati mereka. Kalau Engkau belanjakan apa yang ada dibumi semuanya nescaya Engkau tidak dapat menyatukan hati-hati mereka, tetapi Allah telah menyatukan hati-hati mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana)." (Surah Al-Anfal, ayat 61 - 63)

Al-Quran adalah petunjuk yang benar sepanjang zaman daripada Allah, dan Rasulullah adalah contoh kebijaksanaan manusia pilihan Allah. Namun Allah memandu dengan hidayah-Nya apabila membawa mesej dakwah membawa rahmat dan adil kepada seluruh manusia, sama ada dalam berjamaah atau bernegara.

Di antaranya menjadikan konsep perdamaian diutama dan didahulukan, walupun terhadap musuh paling keras dan zalim, di atas asas yang sangat kukuh berkonsepkan :

[a] Thawabit (Nas yang tidak boleh diubah dan tidak boleh berganjak daripadanya)

- iaitu perkara aqidah, dasar dan matlamat perjuangan Islam.

[b] Mutaghayyirat (menerima perubahan dan anjal atau fleksibel)

- mengikut perkembangan situasi dan realiti, bersama kebijaksanaan yang tidak putus hubungannya dengan Thawabit.

Apabila Rasulullah SAW bersama para sahabatnya RA dihalang daripada masuk ke Mekah bagi menunaikan umrah yang diizinkan kepada semua, mengikut adat dan undang-undang masyarakat arab sejak zaman berzaman, tiba-tiba dicabul secara zalim, sehingga berlaku ketegangan yang diizinkan berperang, sampai berlakunya Bai’ah kesediaan berperang dengan tekad menang atau mati syahid.

Tiba-tiba ditawarkan perdamaian Hudaibiyyah oleh musuh yang sangat zalim dan penipu besar, dengan syarat-syarat yang sangat berpihak kepada mereka, menyebabkan majoriti para sahabat RA mahu menolak keras perdamaian yang ditawarkan itu.

Tetapi Rasulullah SAW, dengan petunjuk Allah, tetap mengutamakan perdamaian, tanpa peduli kepada syarat-syarat yang tidak adil dan kemungkinan penipuan daripada musuh.

Para sahabat pula tetap akur kerana keteguhan iman mengatasi semangat yang berkobar untuk bertindak dengan kesediaan setelah berbaiah.

Natijahnya ialah kekukuhan saf perjuangan dalaman dikalangan umat Islam sendiri yang terdiri daripada Muhajirin dan Ansar yang terkumpul daripada Aus dan Khazraj dengan hidayah Allah disatukan hati mereka, menambahkan lagi orang-orang yang menerima Islam dengan hidayah Allah juga.

Peristiwa ini juga menyingkirkan kalangan munafik yang bersembunyi di sebalik badan untanya, tidak layak mendapat hidayah kerana tidak ada istiqamah, hanya menjadi duri dalam daging, beriman tanpa keyakinan kepada Allah yang menjanjikan kemenangan dengan mimpi benar kepada Rasulullah SAW.

Allah SWT berfirman menerusi Al-Quran :

"Sesungguhnya Allah membenarkan Rasul-Nya secara mimpi yang benar, bahawa kamu dapat masuk ke-Masjid Haram (Mekah) Insyallah dalam keadaan aman." (Surah Al-Fath, ayat 27)

Tiba-tiba mereka dihalang dengan kekerasan yang hampir mencetuskan peperangan. Kalangan munafik terdedah, apabila melihat dengan nyata mimpi tidak menjadi kenyataan, tanpa menyedari perkara yang tersirat dalam ilmu Allah dan Kebijaksanaannya.

Ada pun kalangan yang beriman tetap menerima kenyataan Allah dan keputusan Rasulullah SAW walaupun tidak nampak hikmah dan tujuannya di masa itu secara spontan.

Allah menegaskan bahawa mereka masuk ke Mekah dalam keadaan aman, bukannya disekat dan diganggu sehingga kenyataan mimpi Rasullah SAW ditangguh. Rasulullah SAW menerima perintah Allah supaya mendahulukan perdamaian dengan keyakinan kefahaman kepada kekuasaan Allah yang berlaku disebaliknya.

Ada pun para sahabat pula dibayangi penipuan dengan keangkuhan yang nyata dalam perjanjian Hudaibiyyah yang dimeteraikan:

[1] Tidak dibenarkan permulaannya dengan ditulis "Bismillahirrahmanirrahim" dipaksa supaya menerima pakai ayat di masa jahiliyyah "Bismika Allahumma".

[2] Mana-mana kalangan orang Madinah yang melarikan diri ke Mekah tidak boleh diminta pulang. Ada pun orang Islam Mekah yang berhijrah ke Madinah wajib dihantar semula ke Mekah.

[3] Muhammad dan pengikutnya tidak dibenarkan masuk ke Mekah mengerjakan umrah pada tahun ini. Umrah mereka ditangguhkan di tahun hadapan.

Akhirnya, nyatalah hikmah berlakunya janji Allah kedatangan mereka yang masuk Islam berlipat-ganda dan berduyun-duyun, serta perpaduan kalangan mereka yang ikhlas sahaja. Negara Islam Madinah makin teguh dan kuat, berakhir dengan peristiwa Fathul Makkah (pembebasan Kota Mekah).

Allah telah menjinakkan hati-hati manusia dengan kewujudan perpaduan dalaman umat Islam di kalangan Muhajirin dan Ansar, Aus dan Khazraj dengan Hidayah yang tidak mungkin dicapai dengan perbelanjaan harta sepenuh bumi.

Menolak sangkaan golongan munafik dan lemah iman yang menyusup ke dalam jemaah Islam. Firman Allah:

"Berilah berita galakkan kepada orang munafik, bahawa untuk mereka azab yang sangat pedih. Mereka ialah kalangan orang yang memberi wali (kawan setia dan kepercayaan) kepada orang yang kafir bukannya kepada orang-orang yang beriman. Adakah mereka mahu mendapat kekuatan yang dapat memberi kemenangan daripada orang-orang yang kafir itu? Maka sesungguhnya kemuliaan dan keperkasaan yang memberi kemenangan itu semuanya daripada Allah." (Surah An-Nisa', ayat 138 - 139)

Maka Rasulullah SAW menolak tawaran bantuan daripada bukan Islam ketika Badar dan Uhud, di mana Islam dalam keadaan sangat lemah, sebaliknya terus bertahaluf dan boleh menerima bantuan bukan Islam selepas Fathul Makkah, di masa Islam berada dalam keadaan yang sangat kuat.

Menunjukkan mesej Islam bagi menyampaikan rahmat dan adil ketika kuat terhadap pihak yang lain, tegak di atas kekuatan sendiri. Bukan meminta dan menagih atau menumpang kekuatan pihak lain bagi kemenangan Islam, atau menipu kawan di masa lemah menendang kawan di masa kuat.

PAS wajib mengikut perjalanan ini, wajib beristiqamah dan eratkan hubungan dengan Allah, tarbiyahkan diri dengan ilmu dan iktibar pengalaman, dan ikhlaskan niat kerana keredhaan Allah demi menyelamatkan rakyat dalam negara Hidayah (petunjuk) bukan Negara Jibayah (berpijak hanya di atas duit yang dicukaikan), nescaya selamat daripada agenda tipu dalam semua pengalamannya.

Ada orang yang menuduh PAS ditipu di masa menyertai kerajaan campuran (1970) dan bersama Barisan Nasional dahulu (1974-1978), sehingga ada yang keluar parti atau menubuh parti lain.

Hasilnya pengaruh Islam masuk ke dalam semua kementerian dan jabatan kerajaan, serta institusi pendidikan yang melahirkan pelapis perjuangan lebih panjang.

Parti yang ditubuhkan kerana protes mati atau bernyawa ikan di atas tanah yang kering menunggu mati, ada yang kembali semula kepada PAS, ada yang tersungkur keluar daripada medan perjuangan.

Ada orang menuduh PAS ditipu apabila bersama Parti Semangat 46. Hasilnya, menawan Kelantan sehingga kini, sehingga berjaya melaksanakan sebahagian daripada Islam dan merancang, termasuk undang-undang syariat Allah iaitulah Qisas, Hudud dan Takzir.

Parti semangat 46 sudah mati semangatnya.

Ada orang menuduh PAS ditipu lagi kerana bersama Barisan Alternatif, kemudiannya Pakatan Rakyat. Hasilnya menawan semula Terengganu, menguasai Kedah, memimpin Perak, walaupun seketika.

Hasilnya kebanjiran ahli baru daripada semua kalangan, khususnya penganut Islam yang menjadi tonggak politik negara dan yakin PAS tidak mampu diperkudakan oleh DAP dan wujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) daripada kalangan bukan Islam.

Mereka yang baru masuk PAS lebih ramai daripada yang mengata PAS ditipu dan terus memeluk DAP dengan kasih sayang tanpa batas atau menubuh parti baru yang menjadi mata rantai DAP.

Ada lagi yang menuduh PAS ditipu Umno dalam isu hudud, mereka memahami hudud itu berjaya apabila dilihat sudah ada tangan yang dipotong sekarang ini, tanpa menyedari betapa desakan melaksanakannya sudah masuk ke dalam jentera kerajaan dan ke dalam kalangan Umno sendiri.

Tidak lagi suara menghina dan mengejek seperti dahulu, kecuali kalangan yang sudah habis tempuh suaranya, laksana ubat yang sudah tamat tempohnya.

Inilah hikmah apabila istiqamah dengan Allah SWT secara ilmu yang memandu kebijaksanaan, dan mengatur strategi yang boleh berubah di atas dasar dan matlamat Islam yang haram diubah.

Kebiasaannya senario dahulu tidak berulang, hanya menjadi pengajaran untuk mengatur langkah meneruskan perjuangan.

PAS pernah ditendang keluar daripada Barisan Nasional pada 1978 apabila dirasakan mereka kuat dan PAS sangat lemah dengan kejatuhan Kelantan. Namun, kebangkitan PAS selepasnya lebih kuat dan teguh.

Kelantan di ambil semula dengan lebih kuat dan panjang umurnya. Kini PAS ditendang keluar oleh DAP yang merasa cukup kuat kerana memerintah hanya Pulau Pinang, namun sokongan kepada PAS lebih meningkat, walaupun beberapa ranting PAS kononnya berjaya dicantas, tetapi tunas yang tumbuh daripadanya lebih banyak dan lebih subur.

Jatikan diri jamaah ini ketika belum menang, kita adalah mulia bersama Islam di masa lemah dan kuat. Maka, perjuangan ini tidak layak bagi mereka yang tidak berani membuka mulut bercakap Islam, lebih tidak layak kepada yang menagih kasihan pihak lain sehingga melupai pertolongan Allah kepada hamba-hambannya yang beriman dengan ikhlas.

Perjuangan ini tidak layak bagi orang yang gopoh untuk menang sehingga tidak istiqamah di atas aqidah perjuangan, tidak berpijak lagi di atas dasarnya dan sanggup membuang tanda hala tuju perjalanan menegakkan Islam kerana merasa malu dan hina bersama Islam.

Semuanya disingkir atau tersingkir hanyut, masuk ke dalam perangkap sampah perjuangan, yang menyekat aliran perjalanan dan kemaraan perjuangan Islam yang sebenar. Firman Allah SWT :

"Allah menurunkan daripada langit itu air hujan yang mencurah, lalu mengalir ke lembah-lembah dan mengisi air mengikut kadar keluasan masing-masing. Aliran air itu juga membawa buih yang tidak berfaedah, namun di dalam air itu ada bahan berharga (logam) yang boleh dibakar menjadi perhiasan dan barangan yang mahal harganya, di samping buih itu juga. Allah menjadikan perbandingan di antara hak dan batil. Adapun buih (yang batil) itu hanyut menghilang, dan adapun yang memberi manfaat kepada manusia tetap melekat teguh di bumi. (Begitulah Allah menyatakan perbandingannya)." (Surah Ar-Ra'du, ayat 17)

Sabda Rasulullah SAW :

"Demi Allah! Sesunguhnya Allah mesti menyempurnakan urusan Islam (sehingga menang), sehingga orang musafir yang jauh, daripada Sana'a ke Hadramaut (di Yaman) tidak takut lagi (kerana keamanan daripada pelaksanaan undang-undang Islam menentang jenayah khususnya Hudud), (melainkan takut kepada Allah dan takutkan serigala menangkap ternakannya), tetapi kamu terlalu gopoh mahukan kemenangan (tanpa Istiqamah)."

74 comments:

  1. As Salam Sha.....bagus la Pagi Pagi lagi dah keluar firman Allah. Jgn kelentong tau. Berbanyakkan doa sya, itu senjata Umat islam. Betul la dah banyak kawasan jatuh ke tangan cangkul. Harap Harap terus subur. Sama Sama lah kita berjuang. Matlamat satu JE.....nak kuasa politic supaya kita boleh rancang Malaysia ke Arah yg lebih baik Cuma cara berbeza. Kirim Salam dekat Hadi. Sejuk mata tengok dia balik Dari solat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eknomi negara jahanam . Najib masih tak mahu mengaku salah?

      Kerana Malaysia yg menjadi punca krisis kewangan antarbangsa ..habis melarat ke Thailand Singapore Indonesia dan sekarang China pulak.

      Segala galanya bermula dari Malaysia.. Pabila ringgit merudum habis satu asean affrected dan jahanam... Tq 1mdobi.. Kerana mu . .

      Machai umno jadi bloger upahan nak cover kerja bodoh umno najib

      Delete
    2. Najib penghancur ekonomi negara ...

      Delete
    3. KHALID TAK SENGAJA BUKA AIB SENDIRI!!!

      Maaf kan la dia. Mungkin ini je caranya untuk dia mengakui kesilapan yang telah dilakukan. Sebab selama hari ini pun, dia mana reti nak buat pengakuan terhadap kesilapan diri dia sendiri.

      Maklum la. Orang yang anggap diri dia maksum dan tak pernah melakukan kesilapan, macam mana pulak dia nak buat tindakan seperti tu. Itu pun dia masih lagi tak buat pengakuan secara terbuka.

      Walaupun diakui bahawa sumpah Bai'ah yang didakwa selama adalah benar - benar wujud, tapi sebelum ini, puak - puak yang mewakili Parti Angguk Saja tu tak nak mengakui kewujudannya.

      Sebaliknya, mereka hanya sekadar memberikan alasan - alasan yang tak masuk akal demi untuk menafikan bahawa sumpah Bai'ah itu memang menjadi sebahagian dari lafaz ikrar yang dibuat.

      Mungkin dek kerana mereka cuba nak menipu dan mengelirukan rakyat itulah yang akhirnya membuatkan kemaluan puak - puak yang mewakili PAS tu terbuka dikhalayak ramai.

      Jika benar sumpah Bai'ah tu tidak wujud, kenapa pulak puak - puak Pengkhianat dari kalangan Geng Haprak Baru tu sekarang ni dok menggelupor tak tentu arah nak buat Majlis Kafarah?

      Hanya orang yang bersalah je yang akan ambik tindakan sedemikian kerana mereka ternyata telah melakukan Pengkhianatan terhadap kepercayaan yang diberikan oleh kepimpinan PAS.

      Maka kesimpulannya, untuk apa lagi orang macam Si Khalid Samad tu nak mendabik dada mengatakan bahawa mereka tak buat sebarang kesalahan apabila mengambil tindakan mengkhianati parti? Kalau dia tak buat salah, menda kejadahnya dia nak bayar Kafarah pulak!!!

      Delete
    4. GHB, HIJACK TETAP HIJACK!!!

      Seperti mana yang kita sedia maklum sebelum ini, Geng Haprak Baru ni semuanya terdiri daripada kalangan pemimpin - pemimpin yang GAGAL mempertahankan jawatan dalam PAS.

      Dalam erti kata lainnya, diorang ni bukan sahaja pemimpin - pemimpin yang kecewa kerana GAGAL mendapat jawatan, malah diorang juga GAGAL untuk merampas parti tersebut secara keseluruhan.

      Disebabkan keGAGALan yang mereka hadapi itulah yang membuatkan mereka membungkam dengan kekecewaan sehingga menyemai dendam kesumat terhadap parti PAS.

      Biarpun selama hari ini, nama mereka, jawatan yang mereka pegang, bahkan peluang untuk menjejakkan kaki ke Parlimen semuanya dibentang luas oleh parti tersebut. Tapi kuasa punya pasal, semua tu hanya ibarat sampah belaka.

      Semuanya kerana mereka hanya berjuang demi untuk kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri dan juga nak memenuhi kehendak Nafsu Buas 'Abang Besar' diorang dari DAPigs.

      Maka, memandangkan mereka GAGAL nak menguasai PAS membuatkan puak - puak Geng Haprak Baru ni terpaksa bertindak untuk merampas parti lain yang hanya nyawa - nyawa ikan.

      Perkara yang sama jugak pernah dilakukan oleh puak - puak PKR tu sebelum ini untuk tujuan yang sama, memperjuangkan agenda Politik Peribadi pemimpin dan bukannya nak memperjuangkan kebajikan rakyat.

      Dan tindakan Geng Haprak Baru tu pun bukan la satu tindakan baru bagi kita sebab agenda perjuangan DAPigs pun adalah untuk merampas pemerintahan Negara dari orang Melayu. Hakikatnya, diorang ni semuanya memang BARUA belaka!!!
      KUALA LUMPUR - Pengerusi Harapan Baru (HB), Mohamad Sabu hari ini mengumumkan Parti Amanah Negara (Amanah) digunakan sebagai nama rasmi wadah politik HB.

      Bekas timbalan presiden Pas yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, HB telah mengambil alih dan akan menjenamakan semula sebuah parti politik sedia ada iaitu Parti Pekerja-pekerja Malaysia sebagai Amanah, dan butirannya akan diserah kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) secepat mungkin bagi mendapatkan kelulusan.

      "Kami telah memutuskan untuk muncul melalui sebuah parti politik golongan pekerja...apa pun pindaan nama serta perlembagaan parti akan kita kemukakan kepada RoS dan kemudian akan dilancarkan pada 16 September 2015," katanya dalam sidang media di sini.

      Delete
    5. Ekonomi Malaysia dah jahanam, elok Malaysia Baru pegi berambus segera dari Malaya, bawa segala harta dan anak bini, jgn tinggal baka pun kat malaya nih.

      Malaysia Baru dgn segala hormatnya dipersilakan berambus. Malaysia dah nak bangkrup, bodoh sgt kalau masih tunggu.

      Malaysia Baru...segera berambus 3x.

      Delete
    6. Siapakah Mat Sabu

      Sila baca extract Malaysiakini

      http://www.malaysiakini.com/news/166723

      Mohamad berkata beliau menyetujui petikan dalam satu teks tersohor oleh pengasas sosialisme moden – Karl Marx – bahawa agama merupakan candu bagi rakyat.

      Saya terus ke pejabat PAS ambil borang jadi ahli pas. Jadi saya sertai PAS bukan sebab dasar Islam atau bukan Umno – atas demokrasi.

      Ringkasan
      - Setuju dengan Karl Marx
      - Berjuang bukan kerana Islam

      Copy paste link Malaysiakini sendiri baca laaaaaaaaaaaaaaaaa

      Delete
    7. ingatkan dah malu nak sokong dacing...
      rupanya masih ramai lagi yg masih setia dgn najib & pak2 menteri angguk najib...
      kahkahkah...

      tahniah omak alu2kan sangpurba dacing main kat laman ni...

      letak gambar dacing la kat page ni...

      Delete
  2. Hadi ada share dalam duit 2.6b yg masuk akaun Najib?

    Patutlah berlagak mcm boleh menang satu malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas jadi pengacau pru14

      Semata mata kerana 2.6b yg di janjikan untuk kongsi berasama..

      P.s tunas yg baru tumbuh ambik masa 10tahun tapi ayoh hadi Ping pengamal ajaran sesat boleh bikin tumbuh 7 malam...

      Delete
    2. kesian...bila iman xde...fitnah dan mencarut jadi pegangan..hina menghina nampak baik...lompat melompat jadi perkara kecik belaka

      Delete
    3. bang haru biru...boleh pinjam duit tak? dalam rm30k...insya allah saya bayar...wallahi wa billahi wa tallahi....saya janji akan bayar...boleh abang haru biru?

      Delete
    4. Siapa sangka, gambar Si Mat Sabu yang berselfie dengan Amoi Cina semasa perhimpunan BERSHIT 4 sebelum ini menjadi liabiliti terhadapnya untuk terus menjadi ketua Geng Haprak Baru (GHB).

      Perkara ini diakui sendiri oleh Ketua Pengiring Amal Relief Malaysia (Arif), Aris Awang yang turut serta mengikuti bontot Si Mat Sabu sepanjang perhimpunan BERSHIT itu diadakan.
      “Setelah insiden selfie dengan awek-awek Cina di BERSIH 4.0, Mat Sabu akan letak jawatan Presiden GHB. Husam akan memimpin GHB. Aris Awang dah susah payah dengan geng ARIF untuk jaga Mat Sabu,” ulas Norani AbgMarzuki BangiKuching.

      Aris Awang dalam kenyataan medianya semalam juga turut memohon maaf kerana GAGAL untuk melaksanakan tugas sepenuhnya dalam mengawal perangai buruk yang dipamerkan oleh Si Mat Sabu.
      “Saya selaku Ketua Pengiring kepada Hj Mohammad bin Sabu sepanjang Himpunan BERSIH 4.0 memohon berbanyak kemaafan kepada Hj Mohammad Sabu, keluarga, sanak saudara dan kenalan Islamnya kerana tidak berjaya mengawal serbuan rakyat Malaysia dalam Himpunan Bersih 4.0 dari berbagai kaum untuk mengambil gambar, berselfie, bersalaman dan menandatangan di baju, topi, ikat kepala dan seumpamanya.
      “Kejadian di luar kawalan dan kelalaian saya telah menyebab berlakukan insiden yang dirasakan kurang sopan oleh masyarakat Islam,” lapor AIDC News
      Namun bagi Norani Abg Marzuki Bangi Kuching berpendapat permohonan maaf tersebut dilihat sebagai petanda awal Mat Sabu bakal berundur sebagai ketua GHB dan mungkin bakal diganti oleh Si Husam Musa.

      Walaubagaimana pun, Si Husam tu pulak ddiakwa masig mempunyai masalah tersendiri di Kelantan yang tidak melayakkan dia untuk menjadi pemimpin kepada Geng Haprak Baru tu.

      Dengan itu, peluang terbuka untuk mana - mana pemimpin dari kumpulan IRC (Islamic Representative Council) untuk memegang jawatan Presiden, Setiausaha dan Bendahari GHB.
      “Tapi kalau kes penyelewengan kuasa (2012) dalam pembalakan haram oleh Husam lekat dalam siasatan SPRM, maka Husam akan tolak jawatan ini lebih awal atau letak jawatan Presiden GHB kemudian.
      “Siapa bakal Presiden GHB seterusnya? Sudah tentu bapa IRC Malaysia, Saari Sungib lah….maka SU GHB kekal Dr Dzulkifli Ahmad. Izham Kelana Jaya Bendahari GHB lah…,” ulasnya lagi.

      Delete
    5. Heh! Kalau dah namanya Pengecut tu, maka Pengecut jugak la namanya. Hakikat tu takkan dapat diubah oleh Si Khalid Samad tu walaupun dia bagi 1001 alasan sekali pun kepada rakyat.

      Realitinya, Si Khalid Samad dan Geng Haprak Baru yang dapat jawatan sebagai Ahli Parlimen dengan menggunakan tiket PAS tu tak ubah perangainya macam Si Ibrahim Ali sebelum ini.

      Jadi, apa gunanya Si Khalid Samad tu nak membezakan diri dia dengan Si Ibrahim Ali tu? Kenapa pulak dia nak kata suara Si Ibrahim Ali tu tak didengari sewaktu berada didalam Parlimen?

      Seandainya seorang wakil rakyat tu benar - benar nak memperjuangkan hak kepentingan rakyat, sudah pasti dia dapat melakukan apa yang telah menjadi tanggungjawab dia kepada rakyat.

      Tapi, sekiranya puak - puak Geng Haprak Baru macam Si Khalid Samad tu hanya sekadar mengutamakan soal nak menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri, memang takde la orang nak dengar.

      Mana ada orang nak peduli kalau apa yang dibangkitkan didalam Parlimen tu jika ianya hanya berkisarkan kepada diri dia semata - mata. Bahkan ianya melanggar amanah yang telah diberikan.

      Tinggal lagi, orang macam Si Khalid Samad dan Geng Haprak Baru tu hanya sekadar menjadikan ianya sebagai satu alasan untuk dia terus kekal memegang jawatan yang disandang pada ketika ini.

      Si Khalid Samad tu tau, jika dia melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen sekarang, dia dah tak dapat merasa kedudukan tu selepas ini sebab yang bagi dia jawatan tu pun dari kalangan orang PAS jugak.

      Waima kalau dia keluar dari PAS sekarang pun, dia boleh menyertai DAPigs atau pun PKR jika dia nak suara dia didengar dalam sidang Parlimen. Takkan itu pun Si Khalid Samad tu susah sangat nak buat?

      Lagi pun, apa gunanya dia dan Geng Haprak Baru tu nak menyusahkan diri dan membuang masa menubuhkan parti baru sedangkan diorang boleh menyertai PKR atau pun DAPigs pada ketika ini?

      Dalam erti kata lainnya, orang macam Si Khalid Samad tu hanya sekadar mementingkan jawatan dari nak menjaga kebajikan rakyat. Maka sebab itulah dia keluar dengan pelbagai alasan untuk menutup kemaluan diri dia sendiri!!!

      Delete
    6. Persatuan Loser Cap Cangkul Tayar Traktor

      Anda seorang Loser???????? Anda kalah pemilihan, tak naik pangkat, kena ludah, mak bapak tang mengaku anak, kalah judi dll loser style, sila hubung GHB.

      Kami NGO yg berdasarkan loser, kami Faham anda kecewa dan kami Inclusive Tak lama lagi kami akan ada Pati Cap Roket Kebawah berjenama cangkul katok tayar traktor, namanya Hamana, dalam bahasa Italy yg bermaksud LOSER.

      Apa kami lakukan tak berpandukan betul atau salah, sebab kami mengharapkan Ihsan Uncle Bukit Penang.

      SIla hubungi Mat Shampoo, Mariah Kari, Ha-Nipah dan Qolet Smart untuk butir2 selanjutnya

      Hidup Loser Boy GHB

      Gerak Harap Boy

      Delete
    7. Blogger muka paling tak malu ialah Blogger Malaysia Baru. Blog sendiri tak laku, meracau bagai org gila dlm blog org lain.

      Delete
    8. Ko ada blog ko langsung takde blog..

      Nak tanya siket.. Apa ko buat di sini? Sapa hantar ko

      Delete
    9. Buka kedai tak ada pelanggan, pegi cakap besar kedai org lain dpn pelanggan konon dia berniaga bagus. Pegi rumah orang kutuk tuan rumah. Konon idea bagus...loser. Konon cerdik sgt, bodoh nak mampus.

      Delete
    10. ingatkan dah malu nak sokong dacing...
      rupanya masih ramai lagi yg masih setia dgn najib & pak2 menteri angguk najib...
      kahkahkah...

      tahniah omak alu2kan sangpurba dacing main kat laman ni...

      letak gambar dacing la kat page ni...

      Delete
    11. Idea bagus tak bagus lain cerita

      Skrg 3 biji kapal dah jatuh. 1 heli. 2bot karam . 1mdb. 2.6b . Ringgit 4.37.

      Tak perlu idea bagus.. Fakta tuhan bagi dah cukup untuk umno Najib bungkus

      Delete
  3. Sha.....I Ada be berapa Minit lagi. Pagi Ni nak present budget 2016. Apa program pas Pagi Ni? Apa strategy nak tumbangkan BN? Kadang Kadang kesian juga dgn pas sebab dia kena banyak focus untuk perkukuh Kan parti lepas muktamar. Apa apa pun bahagikan Tugas untuk strategy lawan BN. Economi tahun depan tak berapa cantik. Market dropped 10%. Currency dropped 30%. Masalah Sha. I Harap pas dapat Bantu kita. Tentu masih Ada pakar economi dalam pas untuk Bagi idea. Ok Sha, I got to go. Good luck! Cheers

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa sha sha

      Mak nyah ka...

      Alooo. Org pas dah buang ringgit dlm.tong sampah.. Semua pakcik kelapa sawit pegang Dollar skrg

      Tak main la ringgit yg tak.laku di Saudi dan Thailand..

      Esok pakcik beli nasi lemak pakai u.s Dollar tau..

      P.s Pas mana ada pakar.. Itu yakob bekas asst gabenor pun selalu buat projection tak tepat... Pas kata buang ringgit dlm tong sampah. Pegang u.s Dollar..

      Delete
    2. patut cangkul umno...tapi krn dap yg dah nyanyuk...cangkulkan pas...ada hati lagi nk mengaku islam lbh baik sedangkan hudud dan baiah jadi mainan...berdada dgn amoi...isu kecil...murtad beer dah xnak kisah...allhu robbi

      Delete
    3. BELUM TUBUH, DIORANG DAH BEREBUT JAWATAN!!!

      Huh! Kalau dah namanya Geng Haprak Baru tu geng yang Gila Jawatan, memang tak heran la perkara seperti itu boleh berlaku. Diorang keluar PAS pun sebab diorang Gila Jawatan jugak.

      Hari ini, facebooker pro PAS, Tok Usin Ceroii Original mendedahkan perbualan whatsapp dia dengan salah seorang orang kuat GHB yang dilihat kecewa dengan krisis dalaman gerakan itu.

      Sekurang-kurang dua tokoh GHB yang dilihat mampu untuk memberikan saingan sengit kepada kepimpinan Si Mat Sabu tu selaku Pengerusi iaitu Mujahid Yusof Rawa dan Si Husam Musa

      Khabar angin mengenai krisis dalaman GHB mula bertiup sejak 15 Ogos apabila Si Mujahid tu telah dipilih sebagai Pengarah Eksekutif Nadwah Ulama Nadwah Jadidah 2015 atau Nunji’15.

      Gosip perpecahan dalaman GHB itu semakin kencang apabila Mat Sabu sendiri mengeluarkan kenyataan bersedia berundur daripada menjadi ketua kumpulan itu, jika ada calon yang sesuai.
      “Jika ahli-ahli jawatankuasa percaya bahawa terdapat seorang pemimpin yang lebih baik maka saya bersedia untuk berundur.
      “Tidak ada seorang pun yang akan kekal selama-lamanya. Apa yang kita percaya adalah kepimpinan kolektif,” kata Mat Sabu ketika dihubungi Mstar empat hari lalu.
      Sejak Geng Haprak Baru tu ditubuhkan, telah terdapat banyak persoalan yang dibangkitkan dikalangan ahli serta pemimpin terhadap kredibiliti pemimpin-pemimpinnya, terutama Mat Sabu.

      Ramai yang mengkritik dengan menyatakan bahawa Si Mat Sabu tu bukanlah seorang pemimpin yang kuat setelah GAGAL berkali - kali dalam beberapa Pilihan Raya Umum yang diadakan sebelum ini.

      Kesimpulan mudahnya, puak - puak Geng Haprak Baru ni memang terdiri dari kalangan mereka yang Gila Jawatan belaka. Sebab masing - masing hanya sekadar berjuang demi kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri je!!! Bukannya diorang buat untuk orang lain!!!

      Delete
    4. ingatkan dah malu nak sokong dacing...
      rupanya masih ramai lagi yg masih setia dgn najib & pak2 menteri angguk najib...
      kahkahkah...

      tahniah omak alu2kan sangpurba dacing main kat laman ni...

      letak gambar dacing la kat page ni...

      Delete
  4. Insyallah PRU14 tiada lagi PAS di Bangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 tahun nabi dan keluarganya di pulau di Mekah...tidak boleh berurusan apa2 dgn keluarga nabi...smpi ada yg kelaparan...ada dengar antara mereka...demi matlamat yg lebih baik...kami bersama kafirun Mekah...ada?

      jika pas tertewas di Bangi...bkn Pas yg kalah...tetapi jiwa umat Islam bangi yg kalah...adakah kamu akan memilih org yg terang2 xnak hudud di kelantan? langgar baiah senang2? adakah kamu akan percaya janji2 mereka? sedangkan baiah yg terang dan jelas bersaksikan quran pun senang2 nk ngelat? fikir2kan la

      Delete
  5. Tuang Presideng ini "delusional"atau "perasan.".Anak2 muda tak ingin nak join Parti PAS kerana PAS adalah sebuah yang paling kolot dan lebai sekali di malaysia ini. Parti ini tidak dapat menyumbang apa2 kepada masyarakat Islam .PAS hanya memecah belahkan umat2 melayu dan Islam.Malaysia bermasyarakat majmuk melayu cina india iban kadazan dan lain2 kaum lagi .PAS PATUT MENYESUAIKAN DIRI dengan keadaan ini .dah elok2 dalam pakatan raayat seorang yg berdamping dgn jin telah mendapat kuasa dan kerana dialah PAS JADI NOT RELEVANT AT ALL TO MALAYSIAN SOCIETY NOW.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persatuan Loser Cap Cangkul Tayar Traktor

      Anda seorang Loser???????? Anda kalah pemilihan, tak naik pangkat, kena ludah, mak bapak tang mengaku anak, kalah judi dll loser style, sila hubung GHB. Kami NGO yg berdasarkan loser, kami Faham anda kecewa dan kami Inclusive T

      ak lama lagi kami akan ada Pati Cap Roket Kebawah berjenama cangkul katok tayar traktor, namanya Hamana, dalam bahasa Italy yg bermaksud LOSER. Apa kami lakukan tak berpandukan betul atau salah, sebab kami mengharapkan Ihsan Uncle Bukit Penang.

      SIla hubungi Mat Shampoo, Mariah Kari, Ha-Nipah dan Qolet Smart untuk butir2 selanjutnya

      Hidup Loser

      Boy GHB
      Gerak Harap Boy

      Delete
    2. Bukti GHB Balaci Rocket

      Ahli Parlimen Parti Pekerja Sedia Undi Tolak Hudud Ikut Konsensus, Kata Mat Sabu

      ika Konsensus Pakatan Rakyat 2.0 menolak hudud, ahli Parlimen Parti Pekerja-Pekerja Malaysia bersedia untuk mengundi menolak rang undang-undang hudud di Dewan Rakyat, kata pengerusi parti itu, Mohamad Sabu.

      “Kami akan berunding dengan rakan dalam gabungan terlebih dahulu,” kata Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

      “Kalau mereka kata ‘Tidak’, maka kami tidak akan menyokongnya,” katanya di Kuching, Sarawak hari ini ketika ditanya pihak media pendirian parti itu mengenai hudud, lapor The Malaysian Insider.

      Beliau berkata, pendirian parti itu mengenai hudud akan dibuat berdasarkan proses perundingan, pendekatan demokrasi dan peruntukan yang termaktub di bawah Perlembagaan.

      “Kami akan bincangkan dengan rakan kami. Kita tak boleh paksa hudud atas rakyat sekiranya majoriti mereka, Islam dan bukan Islam, tidak bersetuju dengannya.

      “Dan kita tak boleh paksa pelaksanaannya sekiranya ia bertentangan dengan perlembagaan,” kata Mat Sabu.

      Parti Pekerja-Pekerja Malaysia yang tidak aktif sejak 37 tahun lalu kini dihidupkan kembali apabila Gerakan Harapan Baru (GHB) mengambil alih parti itu pada 31 Ogos lalu.

      Parti yang berteraskan ideologi sosialis kiri itu berkubur selepas pengerusinya, Ganga Nayar, yang gagal memenangi kerusi yang ditandinginya iaitu kawasan Parlimen Sungai Besi dan DUN Sungai Way pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-5 pada 1978.

      Delete
    3. Orang melayu ditekan Dan ditindas di Pulau Pinang.

      Malangnya puak2 Kajang Move Dan GHB tidal pedulikan nasib mereka. Mat Sabu Dan Mujahid adalah kelahiran PPinang. Demi pangkat Dan fulus, kesusahan mereka diabaikan

      Kampung Melayu Menjadi Mangsa di Pulau Pinang Kira-kira 1,000 penduduk Kampung Mutiara, Batu Ferringhi Pulau Pinang berkumpul secara aman pagi tadi sebagai langkah terakhir menyelamatkan rumah dan kampung mereka daripada dirobohkan. Mereka yang berkumpul sejak malam tadi sehingga awal pagi ini, turut menutup laluan masuk ke kampung itu menggunakan bas, kereta dan tiang konkrit bagi menghalang kemungkinan kereta jentolak masuk dan merobohkan rumah mereka Tindakan itu terpaksa diambil selepas notis pengusiran mereka dari kampung berkenaan yang diperoleh tuan tanah daripada mahkamah berakhir hari ini.

      Walau bagaimanapun, penduduk yang sudah mendiami kampung berkenaan lebih 50 tahun lalu enggan berpindah selepas tidak mendapat pembelaan sewajarnya selain tidak mempunyai hala tuju. Sementara itu, blog penang-kini menyenaraikan 26 kampung Melayu yang sudah dilenyapkan di Pulau Pinang.

      1. Kg Permatang Tok Subuh
      2. Kg Buah Pala
      3. Kg Pokok Assam,Jelutong
      4. Kg Dodol
      5. Kg Binjal
      6. Kg Batu Uban
      7. Kg Tanjung Tokong
      8. Kg Bagan Dalam
      9. Kg Permatang Tepi Laut
      10.Batu Maung
      11.Kg Pulau Jelutong
      12.Kg Lima Kongsi,Sungai Bakap
      13. Kg Teluk Kumbar
      14.Kg Dalca 15.Kg Sungai Nibong Kechil
      16.Kg Tengah Jelutong
      17.Kg Terang Balik Pulau 1
      8.Kg Genting,Balik Pulau
      19.Kg Pondok Upeh, Balik Pulau
      20.Kg Padang Benggali, Permatang Pauh
      21.Teluk Air Tawar
      22.Kg Gagah, Bagan
      23.Kg Nelayan, Teluk Kumbar
      24.Kg Selut Sg Pinang
      25.Kg Siam, Pulau Tikus.
      26.Kg Mutiara, Batu Feringghi

      Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

      Delete
    4. Kau cepat2 pantau di kg melayu sana sebab cina sekarng dah bagi babi panggang percuma pada penduduk kampung sana ,kalau kau lambta habislah jawabnya melayu sana.cepat pergi.

      Delete
    5. Anak muda yg jahil je yg x suka pas

      Delete
  6. Satu keajaiban berlaku dlm politik Malaysia, satu parti yg baru ditubuhkan mempunyai 50 pemimpin, tapi penyokong 3 org.
    Pengerusinya boleh bersuara spt bapak beruk,
    Dulu pernah kena tangkap khalwat dgm bini org.
    Tubuh parti baru bila kalah dlm pemilihan parti adal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prmbetulan

      100 pemimpin. 3 penyokong. Penyokong pulak caterer tetap untuk semua majlis. Balik2 bihon sop Pasmacha

      Delete
  7. Lgi skali aku nk ulang..jgn nk samakn parti ape pun dgn perjuangan rasulullah..wat malu jer..rasullah xambik masa smpai 50tahun nk tukar jahiliah ke syariat islam....ni dok trkebil2 nk bwak satu enakmen ke palimen...bising je lebih..abok pun tarak...mcm2 alasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gang loser.ni. Tanya orang reti ugama la. Take reti senyap shut up


      LOSER

      Delete
    2. krn enakmen...zahir mereka2 yg x sabar dab gelojoh...alhamdulillah

      Delete
    3. Sekurangnya dia dok bising org bleh faham sikit sikit.hang lg nak kutuk dia pulak.mana yg lebih tarak ni.pergi memggoreng la

      Delete
    4. Siapakah Mat Sabu Sila baca extract Malaysiakini

      http://www.malaysiakini.com/news/166723

      Mohamad berkata beliau menyetujui petikan dalam satu teks tersohor oleh pengasas sosialisme moden – Karl Marx – bahawa agama merupakan candu bagi rakyat.

      Saya terus ke pejabat PAS ambil borang jadi ahli pas. Jadi saya sertai PAS bukan sebab dasar Islam atau bukan Umno – atas demokrasi.

      Ringkasan
      - Setuju dengan Karl Marx
      - Berjuang bukan kerana Islam

      Copy paste link Malaysiakini sendiri baca laaaaaaaaaaaaaaaaa

      Delete
    5. nyaman dok bawah ketiak najib...
      kahkahkah...

      sekali-sekala curi2 tumpang payung pas...
      nasib baik pas tak perasan...
      kalau tak mau nak kena lempang...
      hahaha...

      Delete
  8. Omakkau tazkirah pagi pagi.bagus omakkau biar cerah minda berkarat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan Jadi GHB Loser, pagi2 dah tabur fitnah. Contohnya Hasnul GHB fitnah sipolan2 tak solar tanpa 4 saksi

      Delete
  9. lepas ni semua suami boleh tinggal isteri tanpa nafkah bertahun2...klu isteri bwk mahkamah mintak jatuh talak taklik...pakai jer reason yg sama...kami dipaksa oleh jurunikah supaya membaca cerai taklik...terus x jatuh talak...hahahahahaha...main2 la cerai taklik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapakah Mat Sabu

      Sila baca extract Malaysiakini

      http://www.malaysiakini.com/news/166723

      Mohamad berkata beliau menyetujui petikan dalam satu teks tersohor oleh pengasas sosialisme moden – Karl Marx – bahawa agama merupakan candu bagi rakyat.

      Saya terus ke pejabat PAS ambil borang jadi ahli pas. Jadi saya sertai PAS bukan sebab dasar Islam atau bukan Umno – atas demokrasi.

      Ringkasan
      - Setuju dengan Karl Marx
      - Berjuang bukan kerana Islam

      Copy paste link Malaysiakini sendiri baca laaaaaaaaaaaaaaaaa

      Delete
    2. 10:16

      Bodoh dulu. Kini da selama lamanya. Nak permainkan lafaz taklik. Daj isi borang murtad ke?

      Delete
  10. Bloq lain semua tak laku shok sendiri sj.semua buat muka tak malu bertempek dekat omakkau terutama tulang besi yg dah malu menyebut namanya.sham tm gorengan anda

    ReplyDelete
  11. huntong la najib & rosmah... bn takde tandingan dah
    umno + mca + mic + gerakan akan memacu semula kemenangan 2/3.

    berjaya dah bn tanam jarum dlm pas utk bersabung dgn dap...
    pas sekarang lupa dah nak serang umno. sebab terlalu sibuk nak terajang dap dan mencantas pan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan PAN, Cangkul.Tayar Traktor.Tarak baca punya orang

      Loser club

      Delete
    2. Bukan PAN burger aka Kuali

      Delete
    3. ingatkan dah malu nak sokong dacing...
      rupanya masih ramai lagi yg masih setia dgn najib & pak2 menteri angguk najib...
      kahkahkah...

      tahniah omak alu2kan sangpurba dacing main kat laman ni...

      letak gambar dacing la kat page ni...

      Delete
    4. nyaman dok bawah ketiak najib...
      kahkahkah...

      sekali-sekala curi2 tumpang payung pas...
      nasib baik pas tak perasan...
      kalau tak mau nak kena lempang...
      hahaha...

      Delete
  12. Anon 10:11..betul tu...xtau agama ..shut up..mcm kau...

    ReplyDelete
  13. Blogger tak laku bertempek di blog org lain. Tunjuk pandai konon. Blog basi hurung langau.

    ReplyDelete
  14. Agak2 banyak mana yg Najib sedekah kpd Tuang Presideng dan Mursidul General apabila Najib melawat mereka2 ini di hospital. tentu banyak kot hingga sanggup berpecah dengan Pakatan Raayat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakatan Rakyat dah mampus brooo
      Yg ada skrg Pakatan Haramjadah je.

      Delete
  15. Blogger sampah dtg menyemak kat blog org lain. Blogger ni dihantar oleh pakatan haramjadah.

    ReplyDelete
  16. Kalau hampa semua nak tau orang yg berpelajaran dan berilmu dah meluat tengok perangai Haji Hadi dan Harun Din dan barisan pemimpin PAS sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa...org berpelajaran dah meluat kat hj hadi dan harun din. Yg mula mula meluat ialah mat sabu yg berpelajaran sgt tinggi. Tinggi sampai suara pun dah serupa mcm bapak beruk.

      Delete
  17. Orang tua ini adalah pelakon yang hebat dan memang ada peluang menang Oscar.

    Hidup dengan kepura puraan dan cuba untuk menutup diri yang penuh dengan rasuah hasil dari Najib. Walaupun Hadi cuba meniru cara hidup TGNI dengan cara sederhana tapi ramai tahu semua hasil songlap atau rompakan beliau proxy yang pegang. Contoh proxy beliau ialah Din Ayam.

    Walaun tak tahu yang Hadi ini tamak dan gila glamour. Macam Najib, Hadi paling suka di kelilingi oleh para pengikut yang Yes Man.

    Lihat saja gambar beliau semasa memancing di pantai, beliau cukup gumbira di kelilingi lima (5) orang walaun yang hanya duduk memerhati beliau bersantai sambil memancing.

    Cukuplah dengan temberang yang hanya dia pandai memimpin, Rakyat Terengganu pernah bagi peluang untuk Hadi membuktikan kata kata beliau tetapi beliau gagal dengan teruknya sehingga hanya satu penggal seluruh rakyat Terengganu yang majoriti Islam dan Melayu tendang kerajaan beliau. Ini kerana Hadi dan geng geng beliau gagal mengurus ekonomi Terengganu dengan baik.

    Beliau mana asas ekonomi untuk memerintah negeri, loyal buruk bolehlah. Hadi ini mirip watak wayang lama iaitu si Labu.

    Hadi atau Labu boleh merosakkan minda orang ramai dengan ajaran yang dia sendiri cipta contohnya Amanat ajaib beliau bilamana semua orang Melayu Umno automatik kafir.

    Tapi sekarang Hadi adalah orang no.1 dalam PAS yang Jilat bontot Raja Kafir UMNO iaitu Presiden Umno, Najib (orang yang beliau sendiri kafirkan dulu).

    Inilah akibat bila berkawan dengan bapa penyamun dia sendiri jadi penyamun. Makin hari banyak kenyataan Hadi yang melencong.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gila tahap membahayakan org awam kau ni. Patut dah kena kurung ni, mcmana boleh biar berkeliaran dlm masyarakat org gila mcm ni.

      Delete
    2. Ini gila tahap batu api meroyan.

      Delete
  18. Apa punya Hadi, dia fikir dia Nabi. Senang senang saja dia keluar fatwa bahawa ahli yang keluar PAS mesti bertaubat atau di hapuskan.

    Apa ni, zaman komuniskah? Parti Komunis China pun tak tahan ahli keluar parti.

    Hadi fikir keluar PAS, bekas ahli keluar dari Islam dan harus di bunuh.

    PAS hanya parti politik. Rakyat bukan bodoh tak boleh bezakan parti politik dengan anutan agama.

    Otak Hadi sudah mereng kerana ramai ahli sudah meluat melihat cara dia membawa Parti PAS.

    Kalau Hadi nak rosak kan PAS, aku harap Allah memberi dia lanjut usia supaya seperti Tun Mahathir, Hadi dapat menyaksikan kehancuran Parti PAS yang beliau pimpin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat tak bodoh...parti cangkul yg bodoh

      Delete
    2. Anon 12:24 lagi bengong dan kurang cerdik.

      GHB itu hanya organisasi atau Parti politik sama mcm parti PAS dan Parti UMNO.

      Ianya bukan benda hidup dan tidak mempunyai otak atau akal fikiran.

      Yang kau ada otakpun tak boleh bezakan.
      Kah kah kah.. kah kah kah

      Wala'un kalau bebal memang kekal tolol. Yang tolol tu lu punya Presideng yang selalu guna untuk ahli.

      Delete
  19. Nak samakan perjuangan nabi dan para sahabat dgn pas... Bodoh sgt pas ni.
    Nabi dan para sahabat berasal daripada petani, perternak, pengembala, peniaga dan sebagainya.
    Nabi dan para sahabat adalah terbaik sepanjang zaman.
    Pas jauh dari sasaran.. Pemerintahan yang buruk sebab berasal daripada asal golongan ulamak.
    Hadith pun ade sebut keburukan ulamak.
    Tak dgr pulak hadith pasal keburukan petani, pengembala, perternak, peniaga dan lain-lain pekerjaan sewaktu dgn nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau tu sesat. Tak payah membebel mcm org gila. Masuk DAP je. Ketua kau dah ckp dia lebih rela mkn babi dgn guan eng. Haaas tunggu apa lgi. Kalu tak cukup dging babi utk kau mkn, aku nak hamtar.

      Delete
  20. Aku perhatikan kebanyakkan ayat ayat yang Hadi tulis, guna atau sebut semasa berucap, takzirah atau untuk makluman semua mempunyai kekhilafan 30% atau lebih.

    Yang herannya tak seorang pun berani membetulkan Hadi. Aku rasa dia sengaja berbuat begitu untuk justifikasikan ucapan atau tindakan beliau.

    Kalau tak percaya sila rujuk balik, adakala ayat ayat yang di guna untuk maksud yang lain.....

    Maka tak heranlah mengapa kerajaan Malaysia tidak menggunakan khidmat atau kepakaran beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kutuk hadi kutuk pas tp entah apa yg parti cangkul betul sgtpun tak tahu kalau awal awal dah nak tolak hudud sbb kawan kawan.sama aje dgn umno

      Delete
  21. Siapa yg kata parti politik ni tak sama dgn islam.parti politik adalah wadah perjuangan menegakkan islam.keutamaannya adalah menegakkan islam jln nya adalah politik.ia adalah satu bentuk akidah bagaimana kita memegang islam.islam adalah agama keseluruhannya bkn ambik yg mana kita suka atau kawan kawan kita suka mcm umno n parti cangkul.ini hanya pandangan sy sebagaimana islam mempuyai byk pendapat bijak pandai yg berbeza.sendiri buat penilaian lah.

    ReplyDelete
  22. Politik pas..

    Tikam kawan jilat lawan

    Balak n projet

    Kereta mewah

    Banglo juta2 utk anak

    ngeh3

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. Salam...
    Ustaz mana bgtau parti politik sama dgn islam nie...
    Tlg mention jab....
    Saya nie tak la faqih, Rasullullah s.a.w ada parti ka...
    Rasullullah tinggalkan 2 perkara iaitu Al Quran dan As sunnah...
    Sekiranya kita berpegang teguh padanya, kita takkan sesat...

    ReplyDelete
  25. Saya pun tak berapa ingat hadis bukhari ni..
    Amal utama dlam islam...
    1. Solat diawal waktu.
    2. Berbuat baik kepada ibubapa.
    3. Jihad fisabilillah.

    ReplyDelete