Tuesday 6 October 2015

JIKA TIDAK SERTAI PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS-PASIFIK (TPPA) NEGARA AKAN KERUGIAN DAN HILANG KREDIBILITI SEBAGAI NEGARA PASARAN BEBAS KATA AGUS YUSOFF.


Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang telah dirumuskan oleh 11 negara termasuk Malaysia di Atlanta, Amerika Syarikat, mampu menarik pelaburan asing ke negara ini.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff berkata, perjanjian itu juga membolehkan syarikat Malaysia menikmati akses pasaran kepada semua negara ahli sekaligus menjadikan syarikat tempatan lebih berdaya saing.

Agus menambah, sekiranya Malaysia tidak menyertai TPPA, negara akan mengalami kerugian beberapa perkara antaranya hilang kredibiliti sebagai negara pasaran bebas.

Katanya, Malaysia juga akan ketinggalan kepada Singapura dan Vietnam sebagai negara pilihan pelabur di rantau ASEAN.

Katanya, kerugian lain yang akan dialami adalah pelaburan yang sedia ada di Malaysia mungkin berpindah ke negara lain.

“Syarikat Malaysia yang berdagang di luar negara seperti Petronas, Felda, Sime Darby tidak boleh menikmati faedah TPPA.

“Jika Malaysia membuat keputusan menyertai TPPA kemudian hari, ia akan memakan kos yang tinggi, pasaran untuk barangan elektronik yang dikeluarkan oleh negara akan hilang dan hilang 50 peratus pasaran ‘glove’ (sarung tangan getah) kepada Thailand,” tulisnya di Facebook.

Beliau berkata, walaupun Malaysia telah merumuskan TPPA di Atlanta, namun tidak bermakna negara ini sah akan menyertai TPPA dan terikat dengan persetujuan itu.

Katanya, sebelum TPPA dikuatkuasakan, terdapat dua peringkat lagi yang perlu dilalui iaitu kerajaan perlu mendapatkan kelulusan Kabinet atau Parlimen.

“Sekiranya Parlimen meluluskan, maka kerajaan perlu meratifikasikannya (mengesahkan). Selepas meratifikasikannya, barulah kita terikat dengan perjanjian ini,” katanya.

Agus berkata, kebaikan dan keburukan TPPA perlu dibincangkan secara meluas dan penilaian perlu dibuat demi kepentingan negara.

20 comments:

  1. TPPA sign, PAN KUALI bubar sebab pakai logo Imayam tanpa restu

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAN kuali kena pakai logo because accident. INI menggambarkan mereka INI tak Amanah. Baiah lagi langgar lagi mau pegang janji. Nanti PAN akan keluar Menifestipu ganti menifesto

      Delete
    2. SILAP TU. KALAU NAK MAJU MACAM KELANTAN, BAGI PAS PERINTAH MALAYSIA. BAGI KAT UMNO, MISKIN MCM JOHOR. BG KAT DAP MISKIN MCM PENANG. BG KAT PKR MISKIN MCM SELANGOR. KLU NAK MAJU MCM KELANTAN BG KAT PAS SAHAJA.

      HUHUHU

      Delete
    3. 15:45...Baiah cerai bini talak 3 tu ikut agama apa? Ada ker mana2 ayat Quran, hadis, qias atau ijmak ulama yg boleh saya buat rujukan? Sepanjang aku hidup, ni pertama kali aku dengar ada baiah cerai bini talak 3.

      Delete
    4. 15:25 masa kau dlm Pas dulu kau tak bising apa pun. Masa nik aziz masih hidup dulu knp tak tanya dia. Slps nik aziz mati baru kau bising mcm monyet lapar.
      Kalau nik aziz benarkan, maknanya baiah tu tidak melanggar syariat.
      Yg langgar baiah tu yg salah. Sapa suruh, sapa paksa berbaiah.
      Bukankah nik aziz tu ulama yg mursyid.
      Ko sapa? Jual belacan?

      Delete
    5. Hahaha......malaysia tidak akan sebagai negara maju selagi pasarannya tidak terbuka pada dunia. Malaysia hanya mampu jadi negara membangun kerana terlalu bersejarah tidak berani merebut dgn negara lain sebaliknya merebut sesama sdr yg tidak akan memungkin malaysia sebagai negara maju. Nak banding dgn singapore!!! Jauh lagi malah semakin ketinggalan inilah kerana rakyat masih mundur dgn byk segi dari kemajuan dan kerajaan yg tidak pernah berubah dari dulu hingga kini sama sj tahap cerdik fahaman pemikiran kekuasaan monopoli dll.....malaysia terus ketinggalan dpt diterima dunia luar pun hanya kerana minyak kalau tidak! Tiada org pandang malaysia yg tiada productivi kalau nak banding dgn thailand....malaysia lagi nak beli beras dan lembu dari thailand sedangkan malaysia sdr boleh usahakan. Inilah malaysia....nak hidup senang berlagak kaya hanya kerana minyak tetapi mana kedudukan kekayaan malaysia??? Lainlah arab saudi yg sememangnya terlalu byk minyak entah bila baru habis walaupun mrk hanya kaya minyak.

      Delete
  2. Mariah Kari Imayam tak mau pakai sari kerr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bg bapak hang pakai la
      Mak hang pakai spender aje

      Delete
  3. OK xnak cerita ke pasal mb kltn ahmad yaakob nak jual hutan simpan bawah harga pasaran,x sia2 berUG dgn umno..ngeh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. KLU SELANGOR, PENANG, JOHOR, PAHANG NAK MAJU MCM KELANTAN, SURUH PAS MEMERINTAH. MISTI MAJU. BALAK PUN DAPAT DISELAMATKAN.

      Delete
    2. Report pd SPRM je, jgn ckp berdegar degar, tuduh itu ini, tapi penakut kote kecik, telor je besar.

      Delete
  4. BAGI PAS PERINTAH, MENCANAK2 NILAI DUIT MESIA NAIK. 1 RM = USD4.5. EKONOMI MSIA PUN LEBIH BAIK DRP JEPON. MISTI OBAMA DATANG SINI MINTAK TOLONG KAT HADI CARA MAJUKAN EKONOMI USA. PRESIDEN SINGAPORE MISTI NANGIS NAK JOIN MSIA BALIK MINTAK KAT HADI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mabuk ketum ke dia nih...

      Delete
    2. Ini kes termakan taik sendiri

      Delete
  5. Salam 1rasuah,

    degree pensiswazahan mungkin. Cuba check result spm dia. Takkan terkejut kalau hanya dapat serendah 3A! Ramai sekarang buat macam itu. Apply gomen tak dapat maka beli master jadi lecturer. Akibatnya mahasiswa 2 kali bodo! Tukang ajar tak pandai ajar di sekolah. Lecturer tak pandai ajar di ipt. Bila grad standard engineer poli cabuk. Tolak BN undi PR. Kembalikan keadilan sosial. Agar semua rakyat berfungsi dalam masyarakat ikut kepandaian masing-masing.heee

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am. ) biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.heee

    ReplyDelete
  6. TPPA akses sykt besar US telan sykt malaysia. Jangkamasa pjg, apa yang tinggal untuk rakyat negara ini. Prof belacan...ekonomi bukan bidang kau. Kau jgn ulas semua perkara..ulas yg kau mahir shj.

    ReplyDelete
  7. Habis laa....klau perjanjian ni ditandatangani maka rakyat Mlaysia akn merempat di negara sendiri....orang luar makin berkuasa dan bebas membeli hartanah dan sebagainya.....Ya Allah....selamatkanlah Malaysiaku Ya Allah......

    ReplyDelete
  8. Kes balak kelantan nk report sprm mcm mana pas dah UG dgn umno,kalau x,x payah report pun sprm dah siasat dulu..ngeh3

    ReplyDelete
  9. Prof ni dpt degree drp U mana? Cakap mcm prof kangkong saja. Kalau ada yg baik pun dlm TPPA tu sudah pun termaktub dlm WTO, tak payah nak join TPPA. Kalau baik sangat pasai apa berunding 5 tahun dlm kelambu? Ini mesti ada muslihat. Kata seorg pakar ekonomi dunia...."read the small print".

    MTEN sudah bertahun kempen supaya Msia tarik diri. Tapi degil sungguh Najib ni. Tak tau apa yg dia dpt dgn jual negara & bangsa kpd golongan koporat dunia ni.

    Kononnya masih nak bincang dlm parlimen. Adakah Najib akn akur jika parlimen tolak TPPA ni?

    Kenapa Thailand, Indonesia & Filipina awal-awal lagi dah tolak. Tapi kita masih dok sondoi tak malu. Nak jadi barua Obama kah?

    Seluruh rakyat kena bangkit menentang penjajahan baru ini yg jauh lebih bahaya dari penjajahan senjata. Bila dah sig tak boleh tarik balik sampai kiamat...Najib ada faham atau masih dok syok shopping?

    ReplyDelete
  10. PAS = PARTI BALAK SEMALAYSIA yang membawa BALA

    dimana ada PAS disitu jadi huru hara

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...