Pemandu teksi yang ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak lelaki lima tahun di Sungai Chua, Kajang, pada pagi Jumaat lalu, akan dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, suspek yang sudah direman selama enam hari itu, akan dibebaskan selepas tempoh remannya tamat hari ini.
“Hasil siasatan mendapati, pemandu teksi berumur 40 tahun itu tidak terlibat dalam kes ini dan beliau dibebaskan dengan bon, mengikut Seksyen 49 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya.
Seorang kanak-kanak lelaki lima tahun diculik dua lelaki di hadapan sebuah tadika di Sungai Chua, pada jam 9.26 pagi Jumaat lalu.
Kanak-kanak itu dibebaskan dan dihantar pulang oleh seorang pemandu teksi dikenali sebagai Nizam kepada keluarganya di Taman Suria, Sungai Chua, pada jam 5.47 petang hari sama, setelah wang tebusan RM300,000 dibayar bapa mangsa.
Pemandu teksi tersebut ditahan secara berasingan dengan tiga suspek lain, pada malam Jumaat lalu, termasuk seorang warga Indonesia serta seorang ahli perniagaan yang dipercayai adalah dalang di sebalik kes penculikan itu.
Polis masih menahan tiga suspek lelaki berusia 28 hingga 45 tahun itu dan mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Kajang, pada jam 9 pagi esok, mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA TAK PAYAH LAH NAK BUAT BAIK MEMBANTU SIASATAN AKIBATANYE DIRI MERANA POLIS MENSYAKI MEMBANTU SEBAGAI PENJAHAT.PENJENAYAH SEBENAR SERONOK BERGEMBIRA DGN PERBUATANYE
ReplyDeleteLps ni klw nampak org setengah mati tgh jln kena langgar lari..biarkannnnn
Deletenanti kena tudoh...ini lah kebanyakan yg berlaku di china..
Mengong.
ReplyDeleteMengong.
ReplyDeleteK'jaan / polis tolong bayar sewa teksi ke selama d reman?...naya sgt, niat nak mnolong jd bale pulak...
ReplyDeleteNaya...
ReplyDeletedriver teksi boleh menuntut ganti rugi selama beberapa hari ditahan reman
ReplyDelete