Monday 12 October 2015

(VIDEO) .... POLIS TAHAN LELAKI BAWA KEPALA ISTERI YANG DIPENGGALNYA BERSIAR-SIAR DI SEKELILING BANDAR.


Polis menahan seorang lelaki selepas dilaporkan oleh orang awam, ‘bersiar-siar’ di jalan raya sambil membawa kepala wanita yang telah dipenggal selain memegang kapak, pada Ahad.

Ramchandra Sheu Chavan, 53, ditahan pihak berkuasa tempatan selepas orang awam yang lalu-lalang di pusat bandar barat Pune terkejut dengan tindakannya dan bertindak membuat laporan kepada polis.

Wanita tersebut dilaporkan Press TV, dipenggal lehernya selepas terlibat dengan pertengkaran dengan suspek pada pagi Jumaat.

Menurut polis tempatan, suspek itu yang sering bertengkar dengan isterinya, Sonabai, membunuh isterinya selepas mengesyaki mempunyai hubungan sulit dengan menantunya sendiri.

“Lelaki itu tidak mempunyai apa-apa gangguan mental dan disiasat buat masa ini. Dia kini berada dalam jagaan polis kerana membunuh dan masih sedang disoal siasat,” kata inspektor polis, M. Chavhan.

Sementara itu, dalam sedutan video laporan berita News World India turut memaparkan suspek berjalan sambil membawa kepala isterinya yang telah dipenggal sambil diperhatikan orang awam.



4 comments:

  1. Ini perangai Dapigs la ni.potong2 kepala

    ReplyDelete
  2. Yang simen dlm tong dan c4 tu keje dap jugak..ngeh3

    ReplyDelete
  3. Spesis Imayam jugak.

    ReplyDelete
  4. Haiyiaaa...
    tabik la omakkau...
    aku tak faham bahasa hindi tamil tu dia baca berita apa pun tak tahu.... tapi omakkau boleh faham...
    omakkau... mere mohabbat heee..
    to mere naam aslii hea.. pagla kahin ka heaa.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...