Monday, 19 October 2015

BARU ISU SEKECIL TAPAK PASAR MALAM PEMIMPIN DAP DAN PKR BERTELAGAH



Walaupun bersama-sama mentadbir Selangor, DAP dan PKR bercakaran sesama sendiri berhubung tapak pasar malam di negeri terkaya itu menyaksikan 2 ahli Parlimen daripada kedua-dua parti berbalas kenyataan secara terbuka.

Semuanya bermula apabila Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua melawat ke tapak bazar Deepavali baru di Sungai Way pada 15 Oktober lalu dan tidak disambut baik beberapa pemimpin setempat PKR.

Pua dalam kenyataannya malam tadi mendakwa Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah daripada PKR silap fakta apabila menggesanya menyerahkan hal ehwal penempatan semula tapak bazar itu kepada datuk bandar dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Pua yang juga setiausaha publisiti DAP berkata MBPJ pada 27 Mac, 2015 meluluskan sebulat suara pemindahan tapak bazar dari Jalan SS9A/13 ke Jalan SS9A/12 dan dakwaan Sivarasa berhubung 2 tapak itu akan beroperasi sekali gus sementara mengkaji kesesuaian tapak baru adalah tidak benar.

"Selepas melakukan semakan fakta, saya kini boleh betulkan Sivarasa yang ceritanya sebelum ini adalah cebisan imaginasi semata-mata, atau imaginasi sesiapa saja yang menjual cerita itu kepadanya.

"Ahli majlis sebulat suara meluluskan tapak baru itu pada 27 Mac, 2015 pada mesyuarat penuh ahli majlis.

"Tiada sebarang mesyuarat ahli majlis atau pegawai selepas itu bagi menukar keputusan ini.

"Datuk bandar sendiri berkata beliau percaya tapak bazar baharu akan menerima respons lebih baik," kata Pua dalam kenyataannya malam tadi.

DAP dan PKR baru-baru ini diumumkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama-sama dalam Pakatan Harapan di peringkat nasional tanpa melibatkan PAS yang digantikan dengan Parti Amanah Negara (Amanah).

Pua berkata, Sivarasa kini menconteng arang ke mukanya sendiri apabila mengambil jalan mudah dengan tidak menyemak sendiri perkara tersebut dengan mana-mana ahli majlis.

"Sivarasa kini salah fakta sepenuhnya dan menconteng arang ke mukanya sendiri kerana tidak menggunakan budi bicaranya bagi merujuk ahli majlis, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) setempat mahupun ahli Parlimen kawasan itu," katanya.

Pua turut mengulangi kenyataannya sebelum ini yang mendakwa dikasari beberapa pemimpin tempatan PKR yang berlagak seperti samseng apabila cuba mengganggu lawatannya ke tapak bazar itu pada Khamis lalu dan cuba mengawal lesen tapak bazar itu.

"Tidak kisahlah jika mereka ini timbalan ketua cabang PKR, setiausaha cabang PKR atau ahli majlis PKR daripada pihak berkuasa tempatan lain sekali pun. Mereka tidak patut mendapat layanan istimewa kerana status parti mereka.

"Saya beri jaminan kepada ahli Parlimen Subang mana-mana pemimpin akar umbi DAP yang memohon layanan istimewa akan diambil tindakan keras.

"Saya tidak akan mempertahankan tindakan mereka walau apa pun alasannya. Lupakan saja hasrat menggantikan Barisan Nasional (BN) jika kita turut mengamalkan kronisme dan politik samseng seperti mereka," katanya.

Sivarasa sebelum ini dalam kenyataannya mencabar Pua membuat laporan kepada MBPJ dan polis bagi mempertahankan dakwaannya berkenaan lesen tapak bazar itu serta gangguan samseng.

Pua bagaimana pun tidak berbuat demikian dan membalasnya dengan kenyataan ini.

31 comments:

  1. COVER LINE! SIVARASA PULAK HENTAM TONY PUAKA!!!

    Heh! Lepas KANTOI mengenai kedudukan dia sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat lebuhraya yang telah menaikkan tol, Si Sivarasa ni cuba nak alihkan perhatian.

    Kali ini, Si Sivarasa tu mencari peluang untuk menyerang Ahli Parlimen DAPigs kerana membuat tuduhan terhadap salah seorang Ahli PKR yang didakwa berlagak 'Samseng' sebelum ini.

    Kata Si Sivarasa, tuduhan yang dilakukan oleh Si Tony Puaka tu terhadap sekumpulan peniaga India dengan melabelkan mereka sebagai "Samseng" dan "Gengster" adalah tidak wajar.

    Malah Si Tony Puaka juga turut mendakwa dia telah diganggu oleh kumpulan yang sama diketuai oleh 'Samy' dan 'Murali' sewaktu mengadakan sidang media itu juga tidak membantu sama sekali.

    Tambah Si Sivarasa, tindakan yang dilakukan oleh kumpulan peniaga - peniaga India itu dibuat kerana mereka membantah arahan untuk memindahkan lokasi tapak bazar Hari Deepavali.

    Cadangan dan arahan bagi pemindahan itu, kata Si Sivarasa telah dipersetujui dan mendapat sokong sepenuhnya dari Si Tony Puaka tu serta ADUN DAPigs dikawasan berkenaan.

    Kata Si Sivarasa, sepatutnya Tony dan Weng San tu tak perlu nak tunjuk Hero serta masuk campur dalam urusan tersebut. Sebaliknya, mereka perlu membiarkan pihak MBPJ yang menguruskannya.
    "Therefore, my advice would be, rather than (Tony) make controversial public pronouncements on the matter, let us leave this to the Datuk Bandar of MBPJ and his councillors to resolve." seterusnya...
    (Oleh itu, nasihat saya, daripada (Tony) membuat pengumuman awam yang kontroversi mengenai perkara itu, lebih baik diserahkan kepada Datuk Bandar MBPJ dan Ahli Majlis untuk menyelesaikannya) - jelasnya dalam satu kenyataan.
    Dari satu sudut, cadangan yang diberikan oleh Si Sivarasa tu dilihat seolah - olah mahu pihak berkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang dipersalahkan oleh peniaga - peniaga terbabit.

    Dalam erti kata lainnya, Si Sivarasa tu mahu Si Tony Puaka dan ADUN DAPigs dikawasan tersebut buat seperti apa yang biasa mereka lakukan sebelum ini, 'Jangan Pedulikan Rakyat'.

    Sama la macam yang dia lakukan ketika syarikat konsesi lebuhraya yang dia miliki menaikkan kadar tol baru - baru ini. Dia tak menyalahkan diri dia atau pun syarikat terbabit.

    Sebaliknya, dia hanya membuat dakwaan KONONnya pihak Kerajaan Pusat yang keluarkan arahan kepada syarikat berkenaan sehingga menyebabkan mereka terpaksa menaikkan kadar tol tersebut.

    Kesimpulannya, Si Sivarasa ni lebih suka ambik jalan mudah dengan menuduh orang lain tak buat kerja dari dia sendiri nak menanggungnya. Tapi, tak pelik la kalau dia suka buat macam tu. Lagi pun, puak - puak Pakatan ni bukannya tau buat kerja!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TONY PUAKA DILAPOR POLIS, GELAR PENIAGA INDIA 'SAMSENG'!!!

      Ahli PKR bersama 'Peguam'-nya...
      Heh! Dek kerana keceluparan mulut Si Tony Puaka dan pembongkaran niat sebenar Si Ahli Parlimen DAPigs tu terhadap peniaga kaum India baru - baru ini, maka satu laporan Polis telah dibuat.

      Jika sebelum ini, Si Tony Puaka tu telah membuat tuduhan terhadap peniaga - peniaga kaum India yang didakwa Ahli PKR bersikap biadap dan berlagak samseng ketika ditemui secara terbuka.

      (Artikel Berkaitan: Tuduh Peniaga India 'Samseng', Penipuan Puaka Terbongkar!!!)

      Ekoran tuduhan yang dibuat, Ahli PKR yang terlibat telah membuat laporan Polis dengan menegaskan bahawa tindakan tu telah menjatuhkan reputasi dirinya selaku 'Ahli Politik Terkenal'.
      Murali Subramaniam, setiausaha PKR Kelana Jaya, dalam laporannya berkata, beliau hadir dalam acara itu atas permintaan penjaja gerai Deepavali yang tidak puas hati dengan perpindahan tempat mereka mencari makan.
      “Dalam Facebook beliau membuat banyak tuduhan-tuduhan palsu dan fitnah terhadap saya. Saya seorang ahli politik yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia, khususnya di kalangan kaum India Malaysia.
      “Tuduhan-tuduhan palsu yang ditulis oleh Tony Pua dalam Facebook beliau telah menjatuhkan reputasi saya,” katanya.
      Selain itu, Ahli PKR tu juga turut menjelaskan bahawa dia akan mengambil tindakan dan memfailkan saman terhadap Tony Puaka tu berdasarkan nasihat yang telah diberikan oleh peguamnya.

      Persoalan yang sama seperti yang dibangkitkan oleh Dr. MiM, boleh percaya ke Si Ahli PKR tu nak ambik tindakan dan failkan saman terhadap Si Tony Puaka tu? Atau dia setakat main acah - acah je?

      Lagi pun, tak mungkin pulak 'Peguam' Si Ahli PKR tu yang memberikan nasihat supaya dia failkan saman terhadap Ahli Parlimen DAPigs tu. Takkan Si Tipah Koyak tu dah hilang akal sampai tahap nak suruh Ahli PKR tu ambik tindakan sedemikian!!!

      Delete
  2. TUDUH PENIAGA INDIA 'SAMSENG', PENIPUAN PUAKA TERBONGKAR!!!

    Apa boleh buat. Kalau dah namanya diorang ni dari kalangan puak - puak Pakatan Haprak tu, memang asyik MENIPU rakyat aje la kerjanya. Biarpun terhadap sesama mereka sendiri.

    Jika sebelum ini, Si Tony Puaka tu didakwa terkedu selepas dimaki hamun oleh sekumpulan peniaga India, mula la dia meroyan dan mendakwa mereka sebagai kumpulan samseng PKR.

    (Artikel Berkaitan: Tony Puaka Terkedu Dimaki Ahli PKR!!!)

    Tapi dari kenyataan yang dibuat bagi pihak peniaga India yang dilabelkan sebagai Samseng oleh Ahli Parlimen DAPigs tu lain pulak ceritanya. Kata mereka, Si Tony Puaka tu yang GAGAL.

    Kata mereka, Si Tony Puaka tu yang GAGAL untuk menjelaskan kenapa mereka perlu berpindah dari tapak perniagaan sedia ada ke satu kawasan lain bersempena Hari Deepavali tahun ini.

    Malah peniaga - peniaga India itu juga turut menjelaskan bahawa usaha untuk berjumpa dengan Ahli Parlimen DAPigs tu sudah beberapa kali dilakukan, namun ianya tidak diendahkan.

    Sewaktu insiden ditapak perniagaan itu berlaku, Si Tony Puaka tu dikatakan berbelit - belit memberikan alasan mengenai sebab kenapa mereka perlu berpindah sehingga mencetuskan ketegangan.

    Ketika berdepan dengan kira-kira 15 peniaga India di Sungai Way itu, Tony GAGAL membuktikan pemindahan tapak bazaar Deepavali itu adalah disebabkan kesesakan lalulintas.

    Apabila didesak berkali - kali, Tony terkedu dan cuba untuk menukar topik serta mengangkat tangan meminta bantuan kerana sedar dirinya terperangkap dengan penipuannya sendiri.

    Melihatkan kehadiran beberapa anggota keselamatan, Tony melambai ke arah mereka untuk meminta bantuan biarpun sebelum ini, Ahli Parlimen itu pernah mencerca pasukan keselamatan itu.

    Anggota keselamatan terbabit dengan segera memberikan bantuan selepas Tony yang GAGAL memberikan bukti tidak tahan diasak berkali-kali untuk mengemukakan bukti tuduhannya.

    Dalam erti kata lainnya, peniaga - peniaga India PKR yang didakwa 'Samseng' tu hanya bertindak 'menyerang' Si Tony Puaka tu selepas dikencing oleh Ahli Parlimen DAPigs tu. Tapi semua tu salah mereka sendiri. Siapa suruh diorang pilih Si Tony Puaka tu jadi Ahli Parlimen!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TONY PUAKA TERKEDU DIMAKI AHLI PKR!!!

      Tony Pua yang melakukan satu kunjungan di bazar di Sungai Way melahirkan rasa kesal dengan tindakan peniaga India yang melemparkan kata-kata kesat kepadanya baru - baru ini.

      Malah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga turut terkejut dengan kelakuan samseng yang dipamerkan oleh peniaga dikawasan berkenaan ekoran diarahkan berpindah ke tapak yang baharu.

      Tambah memalukan ialah apabila menurut Tony Pua, peniaga - peniaga India yang berkelakuan samseng disekitar kawasan tersebut telah dikenal pasti dan merupakan ahli PKR.

      Oleh itu, beliau akan membuat aduan kepada PKR untuk mengambil tindakan tegas kepada peniaga India yang merupakan ahli PKR ini dan beliau yakin PKR akan mengambil tindakan terhadap aduannya itu.

      Pua berkata, tindakan peniaga di situ sememang kurang ajar dan beliau berharap aduan beliau kepada PKR itu akan diambil serius memandangkan peniaga disitu rata-ratanya ahli PKR.
      "Sesetengah daripada mereka adalah ahli PKR... Saya akan menulis surat aduan kepada menteri besar," kata Pua.
      Pua dalam masa sama menjelaskan keputusan untuk memindah tapak bazar lama ke tapak baharu dibuat berdasarkan kepada aduan mengenai kesesakan lalu lintas dikawasan tersebut.

      Selepas digertak oleh peniaga - peniaga bazar disitu, Pua tetap menegaskan bahawa keputusan untuk memindahkan bazar tersebut kekal dan ia perlu dipindahkan dengan segera.

      Sememangnya, jika selama hari ini, pemimpin DAP sering kali menuding jari dan menyalahkan parti lain apabila sesuatu isu yang dibangkitkan itu tidak dapat diselesaikan oleh mereka.

      Kali ini, DAP menuding jari kepada PKR dengan mengatakan peniaga bazar di Sungai Way yang bertindak gangster itu merupakan ahli PKR dan beliau mahu PKR menyelesaikan perkara tersebut.

      Sungguh mudah menjadi pemimpin DAP kan... dahulu Pas sering menjadi mangsa DAP apabila DAP tidak dapat menyelesaikan satu masalah. Kini DAP mula menjadi PKR sebagai mangsa baharu mereka dalam insiden peniaga India diarahkan untuk berpindah. - (Sumber Asal: UtaraNews)

      PS: Yang ajar puak - puak tu jadi BIADAP pun bukan orang lain. Sebaliknya diorang sendiri jugak!!! Jadi, memang patut la dia kena maki macam tu!!!

      Delete
  3. DAPIGS menganiaya orang melayu di Penang Dan orang India di Selangor.Malangnya Mat Sabu PAN Imayam lebih percaya orang racist dari orang pi Masjid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sia2 Berjuang Bila President Sendiri Jadi Balaci Abuya Sifoo Bukit Penang

      Tulang Loser (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun iaitu sebelum wujudny G18, GHB dan PAN, apabila President lantikan diri sendiri berjuang untuk daulah Abuya Sifoo Bukit Penang Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Loser selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

      Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Loser yang bertungkus lumus membantu membina PAN Imayam Negeri Sembilan setelah Gang Mat Sabu kalah terkengkang awal tahun ini..

      Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis, walaupun penceramah lagi ramai dari hadirin Sekali tu punya semangat kami naik kerreta prebet sabpu dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.

      Penat jerih nak naik inclusive produktive dan pahemm iba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. President PAN sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Racist Bukit Penang lebih panjang.

      TULANG LOSER (TL)
      Loserwaves
      SEKRETARIAT PANIC (PENYOKONG PAN YG PANIC)

      Delete
  4. PAS dah kecut perut tgk pkmbgn ANANAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ananah????? Bodoh piang punya PAN. Eja pun tak tau

      Delete
    2. Bukan salah eja! Memang PAN ni parti berNANAH @ berKUDIS!!

      Delete
  5. ORG BSALAH MMG AKAN TAKUT BEB.. TAKUT SBB AMANAH MAKIN BKMBG DGN CEPAT.. SBB TU BDK2 PONDOK N BDK2 TADIKA JD MANGSA DIA ORG SKRG NI.. SBB DAH TAKDE SOKONGAN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke berkembamg. DAP minta bilangan ahli PAN Imayam, sampai sekarang Imayam tak boleh bagi. Kao dah lupa hari Din Pudu terkedu2 nak jawab lepas kena herdik dgn DAP.

      Aku Oran Keadilan aku tau la. Bukan macam kao prnulis upahan Low Class.kah kah

      Jeff Ulu Bernam
      Keadilan Reform

      Delete
    2. Memang Macai PAN lowclass. Pasma belanja bihon sop tahun lepas, sampai la ni terhutang budi

      Delete
  6. Ni semua fitnah OMAK KO..

    ReplyDelete
  7. dua ekor serigala berkelahi demi untuk memperoleh biri2 yg lebih banyak untuk survivalnya agar tidak tertinggal didlm arus gerombolan kawanan serigala yg lain .... aneh sekali kenaikan tol yg sangat drastik di bawah kerajaan serigala tidak membuatkan sekalian biri2 itu berguling dijalanan (dan berperilaku laksana org mabuk) .. tetapi tatkala si biri2 itu keluar dari kerajaan serigala kemudian terpaksa membayar harga yg ditetapkan (tol) ... secara tiba2 mereka merintih , mencela ,mengadu domba dan akhirnya memfitnah "kami dizalimi dan dirompak tanpa kami dapat berbuat apa2 melainkan terpaksa menurut" ... betapa bebalnya si biri2 itu yg diperbodohkan oleh kerajaan serigala (apakah si biri2 itu tidak mengetahui kerajaan serigala punyai golden share didlm syarikat konsesi tol yg

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha3 lama x dgr kabar ostad berbiri...ingatkan dah jd kambing hitam

      Delete
  8. OK DAH TAKDE ISU... CINTA TAK KESAMPAIAN... KESIAN...

    ReplyDelete
  9. Apabila melihat sambutan hangat rakyat terhadap program PAN, satu stadium ahli Pas yg lelaki hilang telor kerana terlalu terkejut.
    Difahamkan PAN menganggarkan kehadiran adalah sekitar 10 orang, tapi kehadiran menjangkau 15 orang menyebabkan kesesakan lalulintas sehingga 3 km.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekstra 5 orang tu pulak Bini penceramah. Kah kah kah kah

      Weiiii Imayam, akar umbi PKR pun menyampah dgn korang tauuuuu

      Jeff Ulu Bernam
      Keadilan Reform

      Delete
  10. kerajaan serigala mampu menyerap separuh atau lebih dari harga kenaikan tol tanpa mencabuli perjanjian MOU yg diperbuat oleh kerajaan pusat (dari zaman TUN ) kepada syarikat yg memegang konsesi kerana kerajaan serigala punyai dana simpanan sebanyak 30b (dikhabarkan dengan begiti megah dan sombong) ... kerajaan serigala juga punyai golden share didlm syarikat konsesi yg beroperasi didlm wilayahnya (setiap keuntungan dapat kepada kerajaan serigala dlm bentuk cukai dan share ) ... diletakkan juga salah seekor serigala sebagai board director didlm syarikat tol untuk menjadi mata dan telinga kepada kerajaan serigala (amalan standard) .. alangkah celakanya nasib si biri2 itu .. tak habis2 diperbodoh dan dipergunakan ... :)

    ReplyDelete
  11. Kah kah....klon aljuboori mme gaduh sllu...manna bole baik2....tgk pemiluhan parti pkr aljuboori...setakat baling kerusi..pecah kepala smpi berdarah...tumbuk menumbuk itu kan budaya aljuboori.....apa ade hal...kikikiki

    ReplyDelete
  12. Betul tu baru benda kecil dah kecoh satu dunia. Memang betul. Macam pak haji tu panggil pak haji kawannya barua dan jebon. Benda kecik pun kecik hati. Biarlah orang panggil jebon pun. Sebab yang panggil jebon tu lagi besar punya sial. Biarlah orang panggil barua pun. Tak luak pun. Lagi pun yang panggil barua tu mungkin bapak segala barua dalam parti!! Betul benda kecik jangan ambik pot!! Ada Faham. Okey semua masuk balik dalam kelas cikgu bengap dah datang!!

    ReplyDelete
  13. hahahaha....psl tapak pasar malam pun gaduh, aparaaa... memalukan tul geng PH ni, berebut tapak niaga utk backup plan selepas kalah dlm PRU14 kot...mat sabun, mujahid ngan Kholid samat apply jugak ker?....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pemimpin PAN Imayam bila kalah pilhanraya Jadi pembaca berita kat TV Imayam. Hanipah dah lancar dah cakap bahasa pengantat kat stesen TV tu

      Delete
  14. kemudian berkatalah ketua serigala kepada biri2 di sebuah kg yg diberi nama kg buah pala "berikan kami kuasa pentadbiran maka kg ini akan dikekalkan" ... Maha Suci Allahswt ... bukan sahaja kg itu hilang ditelan pembangunan malah banyak lagi kg2 yg turut serta .... berkata pula salah seekor serigala yg punyai hearaki antara yg paling tinggi .. "berikan kami kuasa pentadbiran .. tol di sungai nyior akan dimansuhkan dlm jangkamasa lima tahun kami berkuasa" .... Maha Suci Allahswt .. kerajaan serigala megah berkuasa melebihi dari 5 tahun begitu juga tol sungai nyior turut serta meningkat dari kadar 50sen kepada rm 1.20 .... kemudian berkata sekalian dari serigala itu (secara beramai2) .. "berikan kami kuasa pemerintahan pusat ... maka kamu akan mendapati segala kata2 dari kami adalah benar sifatnya" .... :)

    ReplyDelete
  15. kemudian berkatalah ketua serigala kepada biri2 di sebuah kg yg diberi nama kg buah pala "berikan kami kuasa pentadbiran maka kg ini akan dikekalkan" ... Maha Suci Allahswt ... bukan sahaja kg itu hilang ditelan pembangunan malah banyak lagi kg2 yg turut serta .... berkata pula salah seekor serigala yg punyai hearaki antara yg paling tinggi .. "berikan kami kuasa pentadbiran .. tol di sungai nyior akan dimansuhkan dlm jangkamasa lima tahun kami berkuasa" .... Maha Suci Allahswt .. kerajaan serigala megah berkuasa melebihi dari 5 tahun begitu juga tol sungai nyior turut serta meningkat dari kadar 50sen kepada rm 1.20 .... kemudian berkata sekalian dari serigala itu (secara beramai2) .. "berikan kami kuasa pemerintahan pusat ... maka kamu akan mendapati segala kata2 dari kami adalah benar sifatnya" .... :)

    ReplyDelete
  16. maka bagi si biri2 ... tiada selain dari apa yg keluar dari lisan seluruh serigala itu melainkan ia adalah benar tanpa keraguan "anwar difitnah" benar kata si biri2 .. "1mdb songlap 42b" benar kata si biri2 .. "najib @rosmah membunuh altantuya" pun benar kata si biri2 .. " 2.6b adalah duit dari kencana (anak syarikat 1mdb) bukan derma dari timur tengah" ..benar kata si biri2 ... dan bawakan apa sahaja pastilah akan dibenarkan oleh sekalian biri2 itu ... paling kelakar tatkala si biri2 itu berkata "kami bukan bodoh" ... tetapi kelakuan mereka melebihi dari sifat golongan yg bodoh .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Tak ada bukti 42j itu masuk atau tidak masuk.
      2. Tak ada bukti 2.6b itu derma atau bukan derma.

      Jawapan tak lengkap. Masih terbuka utk perdebatan.

      Delete
    2. SPRM melalui siasatan mengesahkan rm 2.6b yg dimasukkan kedlm akaun najib bukanlah bersumberkan dari hutang 1mdb (sebagaimana yg fitnahkan) .... Pejabat Peguam Negara mengesahkan tidak berlakunya kehilangan (rm 42b) melainkan ia adalah hutang yg ditampung pada aset dan jangkaan keuntungan urusniaga masa depan ... lainlah jika si biri2 itu punyai ilmu dan pembuktian yg kukuh dan sahih yg mampu membatalkan siasatan yg diperbuat oleh SPRM dan Pejabat Peguam ... :)

      Delete
  17. Taubatlah unknown.
    Apa yg sedara tulis tu tak dtgkan pahala
    Dosa free aja
    Tanya ustaz kalau tak percaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila biri2 ni nak tobat, tau buat ada le...dia kan dah maksum sbb diale ostad berbiri2 yg akan jd kambing hitam tanggung semua salah 1mdb

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...