KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Wednesday, 14 October 2015

PAS TIDAK RELA BEKERJASAMA DENGAN PERKASA DALAM HUBUNGAN POLITIK.



PAS tidak sanggup menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) kerana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu membawa sentimen perkauman.

Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad berkata, laporan media bahawa PAS menjalinkan kerjasama dengan Perkasa pada Selasa adalah tidak benar.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, pihaknya telah mendapatkan penjelasan daripada PaASPusat berhubung laporan media itu.

“PAS Selangor telah menerima penjelasan bahawa PAS Pusat hanya menerima kunjung hormat daripada Perkasa.

“Mereka telah membincangkan 3 perkara iaitu 1MDB, SOSMA dan TPPA. Tidak ada persetujuan untuk mewujudkan sebarang kerjasama seperti yang dilaporkan oleh media.

“Sehubungan itu, ingin ditegaskan di sini bahawa PAS Selangor tidak bersetuju dengan sebarang kerjasama dengan Perkasa.

“Walaupun PAS Selangor bersedia mewujudkan kerjasama untuk menentang Barisan Nasional (BN) dengan mereka yang menghormati prinsip-prinsip dan dasar perjuangan PAS tetapi kami menolak sama sekali mana-mana pihak yang membawa sentimen perkauman,” katanya.

Iskandar berkata, abaikan sentimen perkauman kerana seluruh tenaga rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kedudukan sosial perlu digembelingkan untuk berhadapan dengan penyelewengan dan salahguna kuasa BN,” katanya.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS dan Perkasa bersetuju menjalinkan kerjasama melibatkan isu nasional bukan kerjasama politik.

Katanya, kerjasama sejajar dengan dasar terbuka parti yang sedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak untuk kebaikan rakyat.

13 comments:

  1. Dengan DAP ko tolak, pan ko tolak,,habis ko ni bekerjasama dgn siapa? Bersendirian ko tak berani. Bodohnya Iskandar samad ni tak habis2 lagi. Sekurang-kurangnya ucap terima kasih kpd perkara kerana bersama dgn pendirian pas dlm isi2 tertentu. Ko benci sangat ke dgn perkataan melayu tu?? Melayu di malaysia adalah sinonim dgn Islam. Asabiyyah yg nabi larang jika tolong bangsa sendiri sampai menzalimi org lain. Ajak melayu bersatu demi maslahah umat islam d malaysia tak salah la Iskandar. Kalau dah benci sangat dgn melayu, ko pergi jilat Dap la, boleh menang dlm pilihanraya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecoh la kau ni...nak kata kau bodoh...xboleh sbb kau pandai membaca...cuma aku rasa kau lembam...kata perkasa bawak suara melayu..jd kat mana salahnye PAS bincang dgn perkasa aka suara melayu pasal 3perkara tu..tolong pahamkan dulu isu sebelum bg komen ye...satu lagi...melayu xsemestinya Islam...Islam xsemestinya melayu..

      Delete
    2. Seorang Pejuang Islam x berdendam..kecuali terus dimusuhi oleh puak puak munafiq..

      Delete
    3. Seorang Pejuang Islam x berdendam..kecuali terus dimusuhi oleh puak puak munafiq..

      Delete
  2. Dah lupa ke pak brahim ni dok kutuk TGNA semasa hidup sehingga TGNA meninggal....nauzubiLLAHiminzaalik....inilah politk KOTOR

    ReplyDelete
    Replies
    1. politik dendam xbawak kemana pun...politik simpati mcm pan lg la xde ruang..

      Delete
    2. Contohi Rasulullah.SAW..hari hari yahudi tabur duri dan najis kat laluan Nabi.bila x tabur Nabi Dapati dia sakit .Rasulullah Ziarah pula...x dendam pun..itulah yg diikuti oleh TGHH..

      Delete
    3. Contohi Rasulullah.SAW..hari hari yahudi tabur duri dan najis kat laluan Nabi.bila x tabur Nabi Dapati dia sakit .Rasulullah Ziarah pula...x dendam pun..itulah yg diikuti oleh TGHH..

      Delete
    4. Contohi Rasulullah.SAW..hari hari yahudi tabur duri dan najis kat laluan Nabi.bila x tabur Nabi Dapati dia sakit .Rasulullah Ziarah pula...x dendam pun..itulah yg diikuti oleh TGHH..

      Delete
  3. pas memang munafik semua org dikhianatnya

    dh peluk2 ckp u turn pulak.

    mana berahim nk letak muka. pas ingat hjhadi tu hensem sgt ke

    pas ingat perkasa hina sgt dn bukan islam ke

    pas xkenal lg sapa perkasa.. samseng besar dlm ini negeri tau

    sapa nk kwn dgn pas mesti dpt bala.

    paling sikit mesti kena kencing dgn pas

    pas parti urine

    ReplyDelete
  4. Jenis pemfitnah bila nampak saja brahim jumpa tghh terus kata Pas bekerjasama dgn perkasa tanpa mendpt penjelasan terlebih dahulu.nak kata apa pun dpt la penjelasan sahih dulu.

    ReplyDelete
  5. Jenis pemfitnah bila nampak saja brahim jumpa tghh terus kata Pas bekerjasama dgn perkasa tanpa mendpt penjelasan terlebih dahulu.nak kata apa pun dpt la penjelasan sahih dulu.

    ReplyDelete
  6. Menjadi tuntutan dlm agama islam utk hormat kepada tetamu...biarlah sikafir mencela..mmg diorang mcm tu..

    ReplyDelete