KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Tuesday, 13 October 2015

PARA PENGANALISIS POLITIK TANAH AIR SEPAKAT BERPENDAPAT PAKATAN EXPIRED PIMPINAN MAHATHIR TIDAK MAMPU GUGAT KEDUDUKAN NAJIB



Sidang media Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) yang lain semalam sememangnya mengagumkan, tetapi penganalisis tidak yakin ia akan berjaya mempengaruhi ahli Umno untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Selain kecaman mereka terhadap Putrajaya berhubung penggunaan undang-undang keselamatan baharu terhadap pengkritik kerajaan dan kebimbangan mereka tentang keadaan negara ini, pemimpin berkenaan juga secara terbuka mempamerkan satu garis yang jelas dalam menentang kerajaan diterajui Najib.

"Kesan serta-merta sidang akhbar itu terbatas," kata pengumpul suara, Ibrahim Suffian.

"Terlalu awal untuk mengatakan ia mungkin mempengaruhi pemimpin lain tetapi jika anda melihat implikasinya pada jangka masa panjang, ia menunjukkan mereka yang ingkar dalam Umno sedang secara terbuka menentang Najib. Garisannya nampak jelas."

Selain Dr Mahathir, sidang akhbar itu dihadiri bekas lawan beliau bagi jawatan presiden parti, veteran Umno Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang merupakan ahli Parlimen Gua Musang sejak 1970-an.

Pemimpin lain yang hadir ialah Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal - kedua-duanya secara terbuka mengkritik Najib - juga bekas setiausaha agung Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Tan Sri Ong Tee Keat.

Seorang lagi bekas pemimpin MCA, bekas presiden Tun Dr Ling Liong Sik, juga menyokong pemimpin tersebut, walaupun beliau tidak hadir di sidang akhbar itu kerana berada di luar negara.

Ketujuh-tujuh pemimpin itu bersikap kritis terhadap Najib dan polisinya, termasuk skandal sedia ada yang menyelubungi perdana menteri, iaitu "wang derma" RM2.6 bilion daripada individu tidak diketahui dari negara Timur Tengah yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), cetusan idea Najib juga sedang giat disiasat berhubung dakwaan penyelewengan kewangan.

Penganalisis Asrul Hadi Abdullah Sani berkata, penampilan bersama bekas "musuh" itu - Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh yang duduk bersebelahan antara satu sama lain pada sidang akhbar itu, pasti mempengaruhi emosi tetapi tidak akan cukup untuk mempengaruhi sokongan yang meluas dalam Umno bagi menggulingkan Najib.

"Ini disebabkan struktur hierarki dalam Umno sendiri. Tidak kira apa pendapat ahli akar umbi, jika ketua bahagian berfikir sebaliknya, suara akar umbi tidak akan membawa sebarang perbezaan," kata penganalisis BowerGroupAsia itu.

Malah, barisan pemimpin senior yang mencuri perhatian pada sidang akhbar itu mungkin akan lebih memecahkan Umno dan menjatuhkan Najib ke tahap paling lemah pada perhimpunan agung tahunan parti Disember ini.

Bagaimanapun, ia tidak akan cukup kuat untuk memaksa Najib meletak jawatan.

Struktur kepimpinan dalam Umno juga kini memihak kepada Najib, kata Asrul.

Beliau berkata sidang media semalam juga mungkin merupakan cubaan berisiko terakhir bagi Dr Mahathir dan kumpulan yang sealiran fikiran dengannya.

"Dr Mahathir kini tidak lagi mendedahkan apa-apa yang baru pun dan mula berbunyi seperti 'radio rosak' (mengulang perkara sama berkali-kali).

"Menariknya, pihak yang kalah paling besar hasil sidang akhbar itu bukan Najib atau Umno, tetapi pihak pembangkang sendiri yang gagal mengambil kesempatan daripadanya akibat ketidakcekapan mereka sendiri," katanya.

Sementara itu, Dr Oh Ei Sun dari Universiti Teknologikal Nanyang Singapura juga pesimis perkembangan mutakhir ini boleh mendorong ahli parti menggesa Najib disingkirkan, sambil menyatakan pemberian politik kekal sebagai salah satu faktor utama bagi ramai ahli Umno.

Isu lain pula ialah kebanyakan daripada pemimpin veteran tersebut tidak lagi berada dalam arus perdana politik, dan yang ketiga, kebanyakan ahli sudah menetapkan dalam fikiran mereka siapa akan disokong.

"Jujurnya, saya tidak fikir ia akan meninggalkan begitu banyak kesan kepada sesiapa pun, dalam apa cara sekalipun," kata felo kanan Fakulti Pengajian Antarabangsa universiti Singapura itu.

6 comments:

  1. Perkara ini berlaku kerana dalam umno, boss mesti disokong dan tak boleh sanggah walaupun boss ternyata salah. Selain itu,,di Malaysia,, penilaian bersalah atau tidak perkara no 2,,no 1 ialah perdana menteri dan menteri2 kerajaan mesti dilindungi dan dilindungi salah laku mereka,,arahan mereka mesti akur. Yang ke 3,, jika ada kuasa, boleh buat apa sahaja sekalipun bertentangan dengan undang-undang negara.

    ReplyDelete
  2. 1. Dr M masa dia berkuasa dulu lagi teruk. Malas nak mengungkit, dia dah pencen dan di penghujung usia. org tua...biasalah suka membebel dan berleter.

    2. Situasi hampir sama dlm mana parti politik di mana mana sahaja di dunia ini. Boss is always right. Bila Nik Aziz kata Tuhan pun mencarut dlm surah al Lahab, tak ada sorang pun ahli Pas yg berani menyanggah dan membetulkan. Allah tidak mencarut kpd abu Lahab ttp Allah mencerca, menghina, melaknat serta mencelakakan abu Lahab.
    Apakah perkataan mencarut dlm bahasa Melayu?
    P*****k, b***t, b***h, ds. Itu adalah perkataan mencarut. Budak tadika pun tahu. Adakah dlm surah al Lahab ada perkataan itu? Tentu tidak.
    Subhanallah. Tapi mengapa tiada seorang pun ulama Pas berani membetulkan kenyataan itu seterusnya menyanggah?
    Sebab kenyataan itu dikeluarkan oleh Nik Aziz. Walaa kpd pemimpin adalah dituntut dlm Pas walaupun ia ternyata menjengkelkan.
    Astaghfirullah hall dzimm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahasa kelantan susah nk tafsir dlm bahasa standard.. Kalau anda Tak kenal allahyarham nik aziz.. Better Jgn ckp.. berdosa..

      Delete
    2. Kau ingat aku orang mana?

      Delete
  3. Mencerca manusia pun berdosa..apatah lagi mencarut..

    ReplyDelete
  4. Ramai yg optimis najib boleh dikalahkan. Tetapi klau nilai dr sudut dlmn amno perkara tu hampir mustahil berlaku. Paling penting perkara plg utama madey kena cermin diri....kjaan era madey tak bersih. Bnyk simpan sampah bwh karpet. Ini peluru najib. Kalau pakatan lwn madey di zmn cyber ni. Dah lama pakatan pindah putrajaya. Sokong madey hnya melemahkan parti dimata rakyat kerana imej kapitalis anak beranak billionair tu dan cerita kezaliman silam. Sbb tu tak ramai yg tegur sapa madey masa bersih 4 tempohari. Sekutu dgn pas dpt support melayu sekutu dgn madey dpt support dr kroni dia saja. Lembik2 si najib yg hari2 kena balun kiri kanan si madey masih tak boleh conquer amno waima dia pernah kuasai lebih 20 thn. Bukti tu.

    umnonoq

    ReplyDelete