KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Wednesday, 28 October 2015

FITNAH NAJIB PANGGIL PANGLIMA ANGKATAN TENTERA ARAHKAN BUAT SESUATU JIKA BN KALAH DALAM PRU KE-13 AKHIRNYA NIZAR JAMALUDDIN MOHON MAAF SECARA TERBUKA KEPADA NAJIB RAZAK.



ADUN Changkat Jering yang juga bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas membuat permohonan maaf terbuka kepada Datuk Seri Najib Razak kerana memfitnah Perdana Menteri tiga tahun lalu.

Permohonan maaf itu dibuat Mohammad Nizar di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin.


Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abdul Karim memberitahu mahkamah, pihaknya ada menerima permohonan daripada Mohammad Nizar dalam surat bertarikh 22 Oktober lalu yang dihantar kepada Perdana Menteri memohon supaya kes itu dikompaun mengikut Seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah.


Beliau didakwa memfitnah Najib dalam ceramah di Taman Desa Pakatan pada 23 April 2012 di mana beliau mendakwa telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri telah memanggil panglima Angkatan Tentera dan mengarahkannya membuat sesuatu jika Barisan Nasional kalah dalam pilihan raya.


Beliau didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

21 comments:

  1. Kah Kah Kah Jebon Pembohong. Dulu ang Kajang move fitnah TSKI, gang Jebon lagi tambah fitnah kat TSKI. Tak minta maaf pun.

    Mungkin Jebon dah Jadi baboon

    ReplyDelete
    Replies
    1. KHALID SAMAD 'SANGAP' NGAN 'PARTI LAMA'!!!

      INI namanya Politically Horny. Kah kah kah Click Smart oiiii

      Hahaha!!! Lawak betul tengok gelagat Si Khalid Samad ni bila dia meroyan tak tentu arah dan mendesak agar puak - puak PAS tu menyatakan pendirian mereka secara terang - terangan.

      Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Si Khalid Samad tu kelihatan seolah - olah seperti 'Panas Punggung' apabila dia mengulas pendirian yang telah dinyatakan oleh Hadi Awang.

      Kata Si Khalid Samad, PAS perlu menyatakan pendirian mereka dan membuat pilihan sama ada mahu kekal untuk Pembangkang atau memihak kepada parti Kerajaan Barisan Nasional.
      "Mereka perlu menyatakan hala tuju parti, sama ada mereka mahu perubahan dalam kerajaan atau kekal dalam pembangkang dan pada masa sama mempertahankan Barisan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Selasa.

      Ternyata, kenyataan Si Khalid Samad tu jelas mempertikaikan pendirian PAS yang sebelum ini menegaskan bahawa mereka tidak akan mengambil tindakan agresif terhadap musuh Politik mereka.

      PAS dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS semalam menjelaskan bahawa parti itu akan kekal sebagai Pembangkang dan mengambil penekanan untuk 'Menerang' dari 'Menyerang'.

      (Artikel Berkaitan: PKR Terus Derita, PAS Sedia Kerjasama Dengan BN!!!)

      Walaubagaimana pun jika dilihat dari satu sudut, gesaan dan desakan yang dibuat oleh Si Khalid Samad tu nampak tak relevan kerana dia jelas tidak ada sebarang kaitan dah dengan PAS.

      Sama ada dia dalam PAN atau pun didalam Pakatan Harapan, PAS tidak ada sebarang kaitan pun dengan Si Khalid Samad tu. Jadi, kenapa pulak dia nak meracau macam orang yang disampuk setan?

      Kalau sekali pandang, tindakan mempertikaikan pendirian PAS yang dilakukan oleh Si Khalid Samad tu seolah - olah macam dia tu 'sangap' sangat pada 'Janda Lama' dia pulak dah gayanya.

      Suka hati la PAS nak ambik tindakan apa sekali pun. Sama ada diorang nak sokong Barisan Nasional ke, atau nak terus jadi Pembangkang didalam Parlimen ke, itu diorang punya pasal la. Yang Si Khalid Samad tu sibuk sangat nak Panas Punggung pasal apa!!!

      Delete
    2. Hadi patut minta maaf kpd pengundi Marang. Elaun dibayar tp kerap ponteng dewan. Elaun diambil utk beri makan anak bini. Berkatkah wang yg diberi kpd isteri-isteri Hj Hadi?

      Delete
  2. NIZAR LILIN KENA TENYEH, DIDAKWA LUPA DIRI!!!

    Kenyataan ADUN Changkat Jering, Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempersoal pandangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini disifatkan sebagai "kacang lupakan kulit".

    Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Perak, Datuk Saharuddin Abdul Jabar berkata, sewaktu Mohammad Nizar dilantik Menteri Besar Perak, Pesuruhjaya Pas ketika itu, Ahmad Awang memberitahu wakil BN bahawa PR bersetuju melantik Mohammad Nizar mengetuai kerajaan dan turut dipersetujui Harussani.

    Menurutnya, Harussani ketika itu mengharapkan Mohammad Nizar mampu memberikan sumbangan yang baik terhadap agama Islam memandangkan Pas menerajui kerajaan ketika itu.
    “Tak patut dia (Mohammad Nizar) cakap macam tu. Seolah-olah menghina mufti sedangkan dia bercakap secara umum dan tidak tujukan kepada mana-mana pihak atau parti.
    “Malah tindakan Mohammad Nizar membenarkan pemimpin DAP mengulas mengenai kenyataan mufti itu juga dilihat keterlaluan dan menghina Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
    Saharuddin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mohammad Nizar yang menyifatkan pandangan Harussani yang mengatakan haram tindakan menggulingkan kerajaan tidak boleh diterima pakai kerana Majlis Fatwa tidak pernah memutuskan sebarang ketetapan mengenainya.

    Katanya, Mohammad Nizar seharusnya memberikan penghargaan kepada Harussani yang telah menyokongnya secara tidak langsung ketika menerajui Perak sebelum ini.

    Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, semua pihak seharusnya memberikan sokongan kepada kerajaan sedia ada khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ketika menerima jawatan itu, mereka telah bersumpah dengan nama ALLAH.
    “Yakinlah, kita mereka menyeleweng atau tidak amanah dengan tanggungjawab yang diberikan, pasti laknat ALLAH akan menimpa mereka.
    “Tiga perkataan yang mereka lafazkan ‘Wallahi, Wabillahi dan Watallahi’ sudah cukup untuk membuktikan kesediaan mereka memikul amanah yang dipertanggungjawabkan,” katanya.
    Beliau berkata, rakyat tidak perlu ragu-ragu dengan kepimpinan negara sebaliknya serahkan kepada ALLAH menilai perbuatan mereka. Saharuddin berkata, tindakan kita menyebar fitnah atau berkata sesuatu yang tidak pasti menambahkan dosa jika perbuatan itu tidak benar.

    ReplyDelete
  3. Dari artkel aku kopi n pess kat atas INI nampak sangat PAN Imayam gila pangkat gila glamer Dan gila restu Abuya Sifooo Bukit Penang.

    Ada maruah skit la broooo.

    Fook you Imayam Tiruan Kaler Oren. Kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu perangai mcm nih...Hadi tak layak jd presiden. Berbeza benar dgn arwah TGNA dulu. Lemah lembut sopan serta tegas dlm politik. UMNO x berpeluang bersuara di Kelantan. Era Haron Din dan Hadi nih...aku yakin Kelantan akn terlepas ke tangan UMNO. Sebab rakyat Kelantan menyampah dgn kesombongan dan kelenahan presiden pas.

      Delete
    2. 14.09 abah kau. jawatan dalam pati TGNA dgn TGHH. mana sama bangang.

      Delete
    3. Terlepas ketangan umno? Kau mengingau ke apa ni? Habis tu Parti Amanah kau nak letak mana?
      Bukankah Pas dah lumpuh di Kelantan selepas Parti Amanah ditubuhkan?

      Delete
    4. Maknanya parti kuali tu sudah mengelupur muncungnya patah sebelum pru lg sbb byk sgt buat menyondol pas.

      Delete
  4. Mari kita londeh Mat Sabu d Khianat

    Interview dgn Mat Sabu, SIla baca link kat bawah ni Malaysiakini

    http://www.malaysiakini.com/news/166723

    "Jadi saya balik lepas PAS kalah teruk, tinggal dua kerusi sahaja. Saya terus ke pejabat PAS ambil borang jadi ahli pas. Jadi saya sertai PAS bukan sebab dasar Islam atau bukan Umno – atas demokrasi. "

    " Mohamad berkata beliau menyetujui petikan dalam satu teks tersohor oleh pengasas sosialisme moden – Karl Marx – bahawa agama merupakan candu bagi rakyat."

    Komen Aku: Dah la bukan kerana Islam, pakai Karl Marx plak sebagai pedoman. Nampak gaya Ibrahim Ali jauh lagi suci dari Mat Sabu. Elooo Mat Bertaubatlah kamu. Aku harap Majlis Agama seluruh Malaysia boleh ambil tindakan kepada Mat Sabu

    Jesse Labu Keadilan N9ERS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa Mat Sabu? Menteri...Exco..MP?
      Dia hanya pemimpin kecil yg sanggup masuk penjara sbb pertahan PAS. Bila PAS dah kuat..Mat Sabu ditendang dan dihina olh ulama suci PAS.

      Delete
    2. Anon 14:33 bingai. ITU gimik la

      Delete
    3. Hello siap pakai Karl Marx lagi kah kah kah

      Delete
    4. Mat Sabu suci ooooo. Selfie langgar Dada dgn amoi. Suci Dlm debu. Kah kah kah

      Delete
    5. ya, mat sabu jahat dan dia tak pandai ugama. tapi ada seorang tu, tinggi ilmu ugamanya tapi tuduh orang edar pil kuda..nak kata baik ke jahat ke...
      lu fikir la sendiri!!!!!

      Delete
  5. Standard pemimpin PAN IMAYAM PANDIKUTTY,
    Kalau tak fitnah orang, itu bukan pemimpin PAN IMAYAM PANDIKUTTY TAMILNADU.

    En. KEDEPAN, Nizar lilin ni ada title Ir, tau? SPM dulu dia dpt 10A. Cerdik, tapi jenis cerdik tak boleh diikut. Pemimpin Parti Kuali nizar nih...

    ReplyDelete
  6. Nasib baik dpt mintak maaf kalau tak duduk sebelah khir toyo lah jawabnya.geng imayam pandikuty ada dtg malaysia tak pegi sambut ke geng imayam ke sambut cina bukit sj

    ReplyDelete
  7. UG telah menjadi sejarah.dgn kata lain tghh telah membenarkan tuduhan UG selama ini.pelantikkan baru GMM dan kenyataan tghh baru2 ini menidakkan UG bukan sejarah tp akan melakar sejarah.PAS penipu bergabung dgn Umno pembelit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ....serta PAN pengkhianat.

      Delete
  8. Fitnah blogger taipingmali lagi teruk, tiada siapa pun nak saman. Blog omakkau meriah dengan macam2 komen seronoklah sebab disiarkan juga, tapi cuba korang buka taipingmali tu, tiada satu komen langsung! Tiada pembaca teringin nak respon posting taipingmali tu. I salute omakkau...

    ReplyDelete