KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Wednesday, 7 October 2015

SAYA TIDAK TERLIBAT DENGAN GERAKAN MENUBUHKAN PARTI BAHARU SEBAGAI KUASA KETIGA TEGAS KHALID IBRAHIM



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau tidak terlibat dengan gerakan menubuhkan parti baharu sebagai kuasa ketiga oleh pemimpin dan aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bekas Dato' Menteri Besar Selangor itu berkata, beliau lebih selesa melihat perkembangan itu dari luar daripada melibatkan diri dalam gerakan itu.

“Saya lebih selesa menumpukan kepada usaha dan memberi pandangan memulihkan kedudukan ekonomi yang kini diasak dari dalam dan luar,” katanya.

Ahli Parlimen Bebas Bandar Tun Razak itu berkata, beliau tidak hairan dengan gerakan itu susulan banyak masalah yang timbul kerana kegagalan pimpinan PKR menguruskan parti dengan baik.

Katanya, terlalu banyak aduan daripada ahli PKR yang gagal ditangani oleh pimpinan secara adil, telus dan menyeluruh.

Malah, katanya, tindakan parti-parti pembangkang sejak akhir-akhir ini juga menunjukkan ia gagal menyediakan wadah yang lebih kondusif dan inklusif kepada rakyat Malaysia khususnya pengundi atas pagar.

“Saya tidak hairan sekiranya ada usaha dari PKR untuk menubuhkan parti baharu bagi mewujudkan gerakan kuasa ketiga demi mewujudkan suasana politik yang lebih seimbang,” katanya.

Pada masa sama, Khalid berkata, beliau masih menunggu keputusan aduannya kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkenaan tindakan PKR memecatnya yang didakwa dilakukan secara tidak sah dan melanggar perlembagaan parti itu.

Khalid disebut-sebut antara bekas pemimpin PKR yang terlibat dalam gerakan penubuhan parti baharu itu.

Ia susulan pendedah ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard yang mendakwa terdapat gerakan untuk menubuhkan parti baharu oleh bekas pemimpin dan aktivis PKR dan turut didalangi parti sekutu pembangkang.

Dia mendakwa mendapat maklumat dari kakitangan ROS bahawa usaha mendaftarkan parti baharu itu dilakukan di Putrajaya pada minggu lalu.

Katanya, gerakan itu ada kaitan dengan penubuhan Pakatan Harapan yang menyebabkan perpecahan dalam PKR sehingga membawa kepada usaha mengulingkan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pimpinan PAS menafikan parti itu terlibat membantu PKR dalam gerakan menubuhkan parti baharu itu.

26 comments:

  1. Nah kaooooo PKR pecah, DAP pun nak pecah gara2 Kajang Move yg berdasarkan fitnah. Mat Sabu menyokong Kajang Move kerana mahu reda Penang Bukit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa suruh buat kajang move. Patutnya ikutlah pas buat baiah cerai bini talak tiga. Klu pkr buat baiah cerai bini talak 3 dah tentu selangor sekarang maju macam kelantan. Tak tau ker kelantan negeri psling maju di msia. Sbb apa? Sbb hadi sangat bijak dan terbilang terkangkang.

      Delete
    2. Hahaha.....putrajaya belum dikuasai ahli2 pemimpin kawasan nak buat kecoh wujud party baru hanya menunjukkan kebudakkan dan ini akan memberi peluang yg mudah buat umno utk berkuasa. Kalau menang sampai putrajaya tidakkah mrk ini bersaing merebut kuasa dgn ketamakkan yg tidak akan lama berkuasa.

      Delete
    3. Tak payah buat parti baru la.
      Bagi aje kat pas. Misti selangor akan jadi mcn kelantan iaitu negeri paling maju dan paling kaya di Malaysia.

      Delete
  2. kalau tak silap baru-baru ni ada seseorang (tak ingat siapa dia) yang menyatakan betapa PKR jauh lebih kukuh berbanding 'KELUMPUHAN' PAS dan menyuruh PAS membuat MUHASABAH DIRI.., maka dengan perkembengan terkini PKR adakah 'hamba Allah' yang membuat kenyataan pertama dan kedua akan meminta PKR membuat MUHASABAH selepas ni ? dan semua orang nak tengok samada PAS atau PKR yang Lumpuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua-dua bakal lumpuh, termasuklah parti baru yg bakal cacat seumur hidup.
      Berkat doa KO oleh adik nik aziz.

      Delete
    2. Memang pun PKR lebih kukuh drp PAS. Buktinya pas dah pecah pun. Sikit hari lagi kelantan terlepas tangan bau taik hadey.

      Pkr ok2 aje.
      Perpecahan pkr belum berlaku.

      Delete
  3. Cikgubard,kalau benar maklumat dr org ros kenapa takut nak sebut nama org yg terlibat utk tubuh parti baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb tak betol la dia tak berani sebut.
      Pkr bukan bangang mcm pas

      Delete
  4. Cikgubard,kalau benar maklumat dr org ros kenapa takut nak sebut nama org yg terlibat utk tubuh parti baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklumat tu tak betol.
      Org ros tu saja reka cipta.
      Yg pecah ialah pas.
      Sbb apa?
      Sbb guna logo otak angka O

      Delete
  5. Semua kasi berpecah.sikit lagi sain TTPA.

    Yahuuuuiuu

    ReplyDelete
  6. Bagus2...semua gado2 rakyat tersiksa
    BN terus mencuri...Last2 Malaysia kena bala tsunami semua kena dgn omakkau2 balaci UG pun xtlepas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ingat BN je yg pandai mencuri, itu lain2 parti tak reti mencuri ke?

      Pas...curi balak
      Pkr....curi pasir
      Dap...curi tanah
      PAN...curi logo tv Imayam.

      Delete
    2. Mrk xcuri seteruk bn ngok btl ko ni..

      Delete
    3. 16:31 curi sardin lebih lama penjara dari curi bilion2. Spm berapa dpt A?
      Bodoh keturunan ko ni..

      Delete
  7. nak tanya omak...sahak ni sapo? embi? piyem? atau presideng...pigi dah. lansung no news value sbb sahak ni hanya kao punye sugar daddy. baik layan mat sabun dengan kualinya...amma appa
    ostad biri2 mano? suda jadi kambing hitam ka...
    bila mau posting psl kebimbangan majlis raja2? mau sembunyi berito ko...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org otak mereng sebelah sja yg akn percaya kelentong ckgu bad bahawa pkr berpecah.

      Delete
    2. Bersih 4 sudah istihar sumber kutipan 2.6 juta, jumlah penggunaan dan baki kutipan. Najib derma 2.6 bilion bila nak istihar plak.

      Hehehe

      Delete
    3. bersih 04 dah bagi tahu akaun penderma dia ke dari negara mana, dan kenapa masuk akaun itu kedalam akaun syarikat sendiri bhd ini bererti bersih ngo haram tak sah disisi undang2 ros itu, kenapa tak masuk ke dalam akaun amanah ngo itu. sila jawab

      Delete
  8. Drp byk2 MB selangor, yg paling hemsem ialah TSKI.

    ReplyDelete
  9. Byk2 negeri di malaysia yg paling termaju sekali ialah kelantan di bawah pimpinan hadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni sekor lagi bodoh keturunan.

      Delete
    2. yg kedua negeri marang... bandar sotong

      Delete
    3. Yg ke 3, Penang, sbb byk perusahaan dadah.

      Delete
    4. Keempat Selangor, banyak rumah urut dan pelacur dari China.

      Delete