Friday, 30 October 2015

WARGA MARANG TOLAK PRESIDEN PAS MERANGKAP AHLI PARLIMEN MARANG ... JAMUAN MAKAN MALAM ANJURAN PEMUDA PAS KAWASAN MARANG LANGSUNG TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN HAMBAR, SURAM, LENGANG DAN SUNYI SEPI .



Majlis Makan malam bersama Dato' Seri Presiden PAS anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang di Dewan Tok Guru, Rusila malam tadi hari Khamis 29hb Oktober 2015.

Tindakan pemimpin yang mengaku amanah, progresif, peduli, profesional dan inklusif dalam PAS meninggalkan parti itu dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah) @ PAN mengakibatkan hampir kesemua negeri, kawasan hatta cawangan PAS seluruh negara lumpuh, musnah dan ranap termasuklah PAS kawasan Marang yang merupakan kubu terkuat PAS tidak terlepas dari serangan dan rempuhan pengaruh luar biasa PAN.

Seperti sedia maklum Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang adalah Ahli Parlimen Marang dan ADUN Rhu Rendang yang berpengakalan di Rusila, Marang.
Pada 19 September, Miqdad Zakaria anak saudara sebelah isteri Hadi Awang yang dilantik dilantik sebagai Ketua PAN Kawasan Marang bersama ahli jawatankuasa Amanah Marang melancarkan program pertama mereka pada majlis pembukaan pejabat di Wakaf Dua.

Penubuhan tersebut ternyata amat suatu pukulan maut kepada PAS secara amnya dan Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdu Hadi Awang khasnya.

Manakan tidak .. program beliau makan malam bersama-sama dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang di Dewan Tok Guru, Rusila malam tadi langsung tidak mendapat sambutan. Hambar, sunyi sepi, lengang dan suram.

Jelas sekali betapa penduduk Marang sudah memulau, boikot, pinggir dan menjauhkan diri dengan Presiden PAS. Tiada siapa nak peduli dan mau hadir apa-apa jua program dan acara yang melibatkan diri beliau. Tiada siapa yang terliur nak hadir .. banyak kerusi yang tidak berpenghuni dan meja hampir semuanya kosong.

Kesian sungguh ... begitu sekali hebatnya rempuhan tsunami politik apabila parti serpihan PAS, PAN dilahirkan .. benar kata Pengerusi PAN Kelantan sebaik sahaja lahir PAN parti PAS akan terus mati ... tepat sekali ramalan Setiausaha Agung PAN Sdr Annuar Tahir yang memberitahu satu dunia yang PAS kini sudah lumpuh ... berfakta kata-kata pemimpin DAP bahawa PAN sudah mampu dan berjaya mengambil alih peranan PAS dalam persada arus perdana politik negara ... langsung tidak silap apabila para laskar siber PAN dan mereka yang memuja DAP tahap dewa menyatakan PAS sudah tidak relevan .. PAS is PAST.

Rakyat kini terutamanya dari kelompok pernah menyokong PAS telah secara berjemaah dan berduyun-duyun memberikan sokongan dan dokongan kepada PAN. Mereka akui parti ini satu-satunya yang mampu rampas Putrajaya dari tangan UMNO/BN memandangkan dipimpin oleh barisan ulama yang luar biasa kerana boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan begitu fasih selain bersikap profesional, amanah, progresif, peduli lagi inklusif. Suatu sifat yang tidak pernah ada dimana-mana parti politik tanah air sebelum ini.

Tahniah kepada PAN kerana berjaya melumpuh dan memusnahkan PAS dimana UMNO/BN yang begitu gagah pun sejak merdeka gagal dan tidak mampu lakukan.
RAHMATAN LIL 'ALAMIN

13 comments:

  1. Khabarnya, disebabkan kehadiran yg terlalu sedikit sedangkan makanan yg disediakan banyak, maka banyaklah makanan dibuang ke laut utk makanan ikan dan sotong.

    Khabarnya juga Hj Hadi masih belum tidur sehingga pagi kerana menangis mengenangkan nasib Pas yg telah berkubur dan lenyap dari persada politik tanah air.

    Maka benarlah kata-kata s/u agung PAN, lahirnya PAN maka lumpuhlah PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutlah laut di marang pagi ni keruh. Rupanya ikan dan sotong berpesta berebut makanan yg dibuang oleh petugas2 sbb banyak tak habis.

      Kpd kaki pancing di kws marang, hangpa kena pi mancing di laut dalam pulak. Minggu ni ikan dam sotong di laut marang dah kenyang.

      Delete
    2. Dijemput Ibu Fitri menjadi ahli seumur hidup PAN Kuali Imayam

      Kami Progressive, Inclusive, locomotive Dan fahemm

      Delete
    3. IBU, FITRI KAMU NI ISLAM KA BUKAN ISLAM? HANYA ALLAH PEMBERI REZEKI, JANGAN NAK AJAR ORANG JADI MURTAD

      Delete
    4. Bahasa sindiran pun tak faham mmg penjit pan mangkuk ayun?

      Delete
  2. Aku ketawa sampai tergolek - golek apabila membaca sindiran tajam Omakkau untuk parti kuali dan DAPig ! Omakkau memang bijak ! Parti Kuali Imayam Putu Mayam dan sifu DAPig memang bodoh dan tidak sedar diri sebab mereka budget bagus ! Selepas PRU14, Mat Sabun, Kalid Gereja and the gang terpaksalah jadi pak guard di rumah sifu DAPig !

    Love you Omakkau with all my heart.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah,

      Meroyan la Tulang Besi tengok kah kah kah. Sila layan Youtube tengok mamat baju merah mengamuk.

      Copy paste link layan kat Youtube

      https://www.youtube.com/watch?v=yv00rkMo26w

      Sumpah, Utusek, BHairan, People like U, Papers like U. Jari tunjik2 kat langit macam zaman Saturday Night Fever. Kah kah Kah

      Presidentr PAN Imayam selfie dgn Amoy, maka pencinta2 PAN pulak perangai macam video youtube tu

      LOOOOOOOOOOOOOOOSEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER

      Delete
  3. Yg pergi majlis tu bukan sukarela pun, Hj Hadi upah tentera gurkha supaya heret dan ugut tembak. Selain bas. Keretapi juga disediakan utk angkut penyokong Pas w/pun rel tak ada lagi. Muahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berita gempar, Ahli PAN Imayam lagi ramai Dari penduduk Asia Tenggara. Esok Greenpork, Addingdong, Ketuatlanie Dan loaerwwaves akan war warkan.

      Badan besar otak macam kismis. Kah kah kah

      Delete
  4. Sekurang2nya DAP berjaya dan brrkenduri besar kerana sebahagian pemimpin PAS dapat dijinakkan dan bakal lumpuh sebelah kaki di PRU14 nanti. Muslihat tersembunyi gagal dihidu oleh pemimpin2 berkenaan yg dibuai dgn ayat-ayat "profesional & progresif ".

    ReplyDelete
    Replies
    1. TONY PUAKA DAH "GOYANG BUAH KERANDUT"!!!

      Cerita asalnya Si Tony Pua tu baru - baru ini mencabar Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Develoment Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasmy untuk berdebat dengan dia secara lansung.

      Mudah cakap ia sebenarnya platform debat terbuka bagi pemimpin pembangkang itu untuk menghentam 1MDB dan kemudian turut memalukan Arul Kanda di hadapan khalayak ramai.

      Dengan berbuat begitu, mereka menjangka Arul Kanda menjadi takut sekali gus memudahkan mereka hasut rakyat kononnya 1MDB bermasalah teruk, tidak telus sehingga membazirkan duit rakyat.

      Malangnya hasrat Tony Pua tidak kesampaian apabila Arul Kanda pada Khamis dilaporkan sedia menyahut cabaran ahli politik itu malah sedia jawab semua soalan tanpa berasa bimbang.

      Namun, Arul menetapkan agar Tony Pua meletakkan jawatannya sebagai anggota PAC kerana khuatir kedudukan itu akan memberi impak kepada konflik kepentingan dalam isu tersebut.

      Senang cakap, jika Tony Pua masih lagi ahli PAC, ini tentu tidak wajar kerana dia akan guna kedudukannya seolah-olah mendahului siasatan PAC dan pastinya juga tidak adil kepada ahli - ahli PAC yang lain.

      Kalau dia betul berani, sepatutnya Tony Pua sedia berdebat secara berdepan satu lawan satu tanpa sebarang keistimewaan yang tidak terikat dengan Arul Kanda sendiri. Baru la adil namanya.

      Sebaliknya perkara ini tidak berlaku dan harapan untuk melihat mereka erentap secara terbuka berbahas mengenai isu 1MDB nampaknya mungkin tidak akan menjadi kenyataan seperti yang dilaporkan.

      Dalam reaksi segera, Arul Kanda sedia sahut cabarannya untuk debat secara live di televisyen, ahli Parlimen DAP itu dikatakan sudah bagi alasan dengan mempertikaikan pula syarat yang diberikan.

      Tony Pua mendakwa Arul Kanda takut berdepan dengannya sebagai ahli PAC. Walhal Arul Kanda sebaliknya mahu Tony Pua letak jawatan ahli PAC untuk elak konflik kepentingan untuk berdebat. - laporan penuh, MyNewsHub.

      PS: Cerita mudahnya, Si Tony Puaka tu dah "Goyang Buah Kerandut" bila Ketua Pengawai Eksekutif 1MDB tu menyahut cabaran dia secara terbuka. Maka sebab itulah dia terpaksa memberikan alasan untuk menutup kemaluan peribadi dia sendiri!!!

      Delete
  5. Kah kah kah Anon 09.11

    Meroyan tahap gila babun jelous tahap kepala bana. Biasalah dh xdak point nak kutuk PAS.. tgk gambar je xkn dah nk teberak kot.. kah kah kah

    ReplyDelete
  6. yang berpolitik konon nak islam jadi hancur lebur kacau bilau....muafakat dah terbarai ukhuwah dah jadi musuh...ingat ALLAH swt nak bagi kemenangan....silap perkiraan laa bhai.....tak kira belah mana semua membuat kemurkaan ALLAH swt semua nak mendabik dada dia betul....dan akhirnya parti yg engkau dok kutuk makin kuat dan dominan...yg sokong PAS atau PAN semua rugi yg menang parti yg nko dok mengata pig dan sebagainya.....sorry laa ALLAH swt tgk semua ni jgn harap nak memimpin kalau perangai pemimpin (kononnya mengamal ISLAM) lebih kurang dgn pemimpin sekular......

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...