Friday 9 October 2015

1MDB .... KENYATAAN MUHYIDDIN YASSIN MENGELIRUKAN.



Kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai syarikat sarat hutang adalah mengelirukan, kata 1MDB.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, syarikat pelaburan strategik milik penuh kerajaan itu berkata, sebagai bekas anggota Kabinet, Muhyiddin ‘memang tahu nilai aset 1MDB melebihi hutangnya.’

“Sebagai anggota Kabinet ketika 1MDB ditubuhkan, Muhyiddin amat sedar struktur modal 1MDB. Dengan RM1 juta dalam bentuk ekuiti yang disediakan oleh pemegang saham, iaitu Kementerian Kewangan, 1MDB menjana modal di pasaran yang merupakan hutang kepada akaun syarikat,” katanya.

Walaupun syarikat itu memberi penjelasan berulang kali, namun ia kesal dengan tindakan beberapa ahli politik dan bekas ahli politik yang mencanang maklumat separuh benar mengenai syarikat itu.

“Ia kini jelas bahawa ini merupakan sebahagian daripada serangan sengaja dan bermotifkan politik, untuk mensabotaj bukan sahaja rancangan tawaran awam permulaan (IPO) dalam bidang jana kuasa sebelum ini, tetapi juga pelaksanaan pelan rasionalisasi yang sedang berjalan sekarang,” katanya.

Menurutnya, banyak perniagaan di Malaysia dan luar negara telah menggunakan hutang untuk membina dasar aset mereka dengan berjaya.

Dalam kes 1MDB, menurutnya, daripada jumlah ekuiti RM1 juta, jumlah ekuiti pemegang saham berkumpulan sebanyak RM1.7 bilion telah dijana, setakat 31 Mac 2014.

“Walau apa pun cabaran semasa dan berikutnya yang didokumenkan dan perakui dengan baik, 1MDB tetap yakin untuk menjana lebihan nilai, ketika melangkah maju dalam pelan rasionalisasi,” katanya.

5 comments:

  1. Tunggu dan lihat ajelah.

    ReplyDelete
  2. amboi omak... mentang2 dah jd blogger upahan apa saja yg org tegur psl 1mdb terus posting utk provok. bila nak post psl teguran majlis raja2, saja nak tau omak ni ada bulu ke takda...

    ReplyDelete
  3. Kenapa melenting bila ada isu 1MDB? Benda terang lagi bersuluh. Tak perlu nak cover2. Harap Omak Kau faham situasi sekarang. Jangan asyik nak hina Amanah je. Sekian!

    ReplyDelete
  4. berapa omak dapat najib bagi dari RM2.6 bil. tu..?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat pun, aku kena beritahu kau ke? Dengki lee tu.
      Sejak boss kau masuk penjara, dia dah tak bagi duit lagi ke kat kau?
      Ohhh...kasihan.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...