Friday, 9 October 2015

KOLEKSI GAMBAR NAJIB TERIMA KUNJUNGAN IMAM MASJID AL-AQSA



PUTRAJAYA:-   Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan Imam Masjid Al-Aqsa, Imam Ali Omar Yacoub Abbasi di kediaman rasminya di Seri Perdana di sini semalam.

Perdana Menteri dan tetamu kemudian bersama-sama mengerjakan solat Maghrib, solat Isyak serta solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan Malaysia dan Palestin yang diimamkan oleh Ali Omar.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi Tabung Haji, Datuk Azeez Abdul Rahim dan Imam Besar Masjid Negara. Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad.

Dalam pertemuan itu, Ali Omar merakamkan penghargaan atas perjuangan perdana menteri membela nasib Palestin dan Masjid Al-Aqsa selama ini termasuk ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini.

Katanya tidak banyak pemimpin Islam yang berani membangkitkan isu Palestin dan mengutuk penindasan Israel secara terbuka seperti yang diperjuangkan oleh Najib.

Imam Masjid Al-Aqsa itu turut mendoakan kesejahteraan Malaysia dan Najib sendiri agar mampu berdepan dengan pelbagai cabaran untuk terus memimpin negara ini.

-- BERNAMA

21 comments:

  1. najib nmpk kurus... stress kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau najib nampak gemuk?.... Senang hati sbb duit banyak kot...

      Delete
  2. Ini bukti Najib diterima oleh ulama2 seluruh dunia. Pelik rakyat msia je yg tak menghargai kepimpinan dan kepakaaran Najib dalam menyatukan umat Islam di seluruh dunia. Israel pun sudah takut dgn Najib skrg. Najib memang pemimpin Islam yang boleh diharapkan di dunia Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulama persinggahan, apa diaorang tahu. Mereka seroanok datang jumpa PM sebab makan tangguyng, tempat tidoq disediakan dan semua special untuyk tetamu.

      Delete
    2. Dia Imam masjid al Aqsa, tak ada pulak statement kata dia ni ulama. Knp sedap mulut je kata dia ni ulama persinggahan?
      Tolong pegi gosok gigi dulu. Busuklah bau mulut kau.

      Delete
  3. Najib...? Jangan dipanggil NAJIS!

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAN Kuali je yg suka panggil org lain dgn gelaran buruk

      Delete
  4. Semak betul betul kenapa imam ini datang ke Malaysia,,
    Tengok klu ada jemputan atau undangan yg tersirat,,
    Tengok dan perhatikan penginapan serta segala pebelajaan rombongan ke mari,,
    Dalam politik sekarang mcm mcm boleh berlaku,, kita buka berfikiran buruk tapi tidak salah jika kita berhati hati,,
    Imam dan rombongan langsung tidak bersalah cuma kena perhati kan permainan politik di Malaysia sekarang yg membuat kita harus berfikir di luar mindah pemikiran,,
    Keiklasan dan amanah hampir pupus utk semua parti politik Di Malaysia,, utk parti bukan Islam tak perlu di pertikai lagi memang niat mrk kita semua faham cuma bezanya perti bukan islam amat amanah pada bangsa dan kaum mereka,,
    Jika penulis silap harap maaf dan penulis juga berharap apa yg di tulis ini semua silap dan tidak benar,,,
    Sama sama kita berdoa,,,,,
    Fikirkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah nak sesakkan fikiran dgn sangkaan buruk sesama Muslim. Masa Obama datang ke Malaysia, kita buat sangkaan yg macam2, padanlah Obama non Muslim, tapi imam masjid al Aqsa dtg pun, kita nak bersangka buruk jugak ke?

      Ini ke cara yg Nabi Muhammad ajar?

      Delete
  5. Replies
    1. Kau yg sponsor ke?
      Dia minta duit kau ke?

      Delete
  6. Bila najib jumpa pope atau obama mcm2 spekulasi dan tohmahan buruk dilemparkan budak caddy lah apalah.

    bila najib jumpa imam pun sama mereka dustkan dgn tohmahan dan prasangka.

    Benarlah apa yg kata kata al quran. "Hati mereka sakit, maka Allah tambahkan lagi kesakitan itu, dan mereka mendapat siksa yg amat pedih drpd apa yg mereka dustakan"

    ReplyDelete
  7. Melayu dan shortcut berpisah tiada. Usaha malas tapi nak cepat kaya, otak bodo tapi nak ambil degree, nak gaji banyak tapi kerja culas.

    Jual barang sunnah tapi berniaga tak ikut sunnah.

    Sunnah perniagaan.
    1. Tiada paksaan, suka sama suka.
    2. Tidak menipu dalam timbangan dan kiraan.
    3. Tidak mengambil keuntungan hingga menganiaya pelanggan.

    sistem MLM dan piramid bukan sistem tolong menolong sebaliknya sistem paksa beli yang menguntungkan orang atas dan merugikan orang bawah.

    Bandingkan harga cuka epal dijual kapir (RM 7.++) dengan cuka kurma dijual Melayu (RM 19) isipadu sama. Belum pamoga, madu, kismis minda, susu kambing.

    Sunnah or punah.

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A < degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , pembantu rumah dan pekerja am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya . Biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai.Heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kaitan harga cuka epal dgn Parti KEDEPAN ni?

      Yg kau beli cuka epal dari kapir yg harganya 7++ tu adalah campuran asid formik buatan cina balakong.

      Tak sangka org cerdik mcm kau pun mudah diperbodohkan.

      Delete
    2. Aq da msk taktik melayu berniaga... panggil buat gathering baca hadis baca quran burukkan produk org lain sbb nk kapak harga. Melayu buruk islam dpt nama.

      Delete
    3. Org Bukan Islam jual epal RM 7 sebiji sebab pasaran diaorg luas, dengan permintaan yg tinggi dan kuantiti yg banyak diorg dapat menurunkan kos. Org islam pasarannya terhad ( nak masuk hypermarket pun susah ) jadi kosnya meningkat, sebab itulah org islam jual mahal...tp yg penting kita sebagai org islam saling membantu, mudah-mudahan suatu hari nanti org islam boleh bersaing dalam pasaran yang lebih besar...insyaallah...yang penting jangan ada siapat iri hati, dengki dan sebagainya.

      Delete
    4. Ptt peniaga islam bantu umat islam trnkn harga. Ni terblk pengguna islam terpaksa berkorban beli produk islam mahal utk bntu peniaga islam.

      Delete
  8. Alhmdlh aku dh x dk duduk dlm pemikiran demokrasi...
    Bg org yang paham dan reti skit2 menghargai, rasanya dia takkan ckp ulama persinggahan...
    Parti hampa mmg tak bgtau, demokrasi adalah taghut....
    Jgn dok histeria ngan demokrasi nie...
    Berdoalah ke jalan yg lurus...

    ReplyDelete
  9. Cayalah omakkau... Anda sudah x sperti dulu lg... Anda sudah dbuka hatinya...

    ReplyDelete
  10. Saya rasa tak salah tok imam masjid Al-Aqsa datang kunjungi Saudara Najib bin Abdul Razak...mana lah tau saudara Najib bin Abdul Razak beroleh hidayah dan keinsafan...mana tahu mungkin lepas dapat hidayah dari Allah, saudara Najib bin Abdul Razak akan turun dari takhtanya dan Malaysia akan selamat semula...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...