Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan bahawa bercakap benar adalah sesuatu perkara yang subjektif dan tidak semestinya terlepas daripada melakukan kesalahan undang-undang.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata sewaktu zaman pemerintahan Dr Mahathir, banyak kes di mana mereka yang bercakap benar telah ditangkap, didakwa dan disabitkan dengan kesalahan jenayah hanya kerana menyatakan kebenaran.
Menurutnya, sebagai contoh, Marina Yusoff didapati bersalah dan dihukum di bawah Akta Hasutan pada tahun 2000 kerana bercakap yang benar dan hakim memutuskan bahawa hanya kerana dia bercakap benar ia tidak bermakna dia tidak melakukan jenayah.
Ujarnya, di bawah Akta Hasutan, bercakap benar boleh menyebabkan seseorang itu dipenjarakan dan sekurang-kurangnya Khairuddin dan Matthias dibenarkan untuk dibicarakan yang mana mereka boleh mempertahankan diri mereka sekiranya tidak bersalah sekali gus akan dibebaskan.
“Sewaktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri terhadap para penentang dan pengkritik kerajaan dan tanpa perbicaraan.
“Pada 2001, sepuluh penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan tanpa perbicaraan atas dakwaan sebagai pengganas dan enam daripadanya ditahan selama dua tahun sebelum mahkamah membuat keputusan bahawa mereka bukanlah pengganas dan penahanan itu adalah tidak sah,” katanya menerusi laman blognya, sskeruak.blogspot.my.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan Dr Mahathir mengadakan sidang media selepas Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang didakwa di bawah Seksyen 124 (L) Kanun Keseksaan.
Dr Mahathir mengatakan tindakan menahan kedua-dua individu berkenaan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 sebelum ini juga sebagai penderaan dan tidak menghormati undang-undang serta satu-satunya jenayah yang dilakukan mereka adalah bercakap benar.
Tambah Salleh, belum ada sebarang bukti yang mengatakan apa yang dikatakan oleh Khairuddin dan Matthias itu terbukti benar dan adalah lebih baik ia ditentukan sewaktu perbicaraan kelak.
Habis tu kau nak ulang perkara yg sama? Bodoh menteri2 najib. Kabinet malaysia dah jadi kabinet borneo. Otak penuh tahi.
ReplyDeleteAku igt lagi msa aku sek thn 70an dlu....semua nma menteri aku igt....klau cikgu tanya dgn bangga aku jwp satu persatu....pada aku zaman tu semua menteri buat kerja dgn ikhlas dan penuh tanggungjawap.....tapi skrg ni aku dan keluarga cukup meluat atau tak boleh tgok muka2 menteri yg ada ni.....zaman dah berubah corak pentadbiran dan komitmen sgt berbeza....
ReplyDeletesenang ckp mteri yg ada skrg kebanyakan mcm berfikir tak guna akal yg waras....sng ckp hampehh.....
tu kau belum hafal nama2 pemimpin parti anjing dan parti babi...kalau tidak lagi haru
Delete