Friday 13 February 2015

ALMARHUM TGNA SELAMAT DISEMADIKAN DENGAN KEHADIRAN PULUHAN RIBU RAKYAT.



Jenazah bekas Menteri Besar Kelantan, Almarhum Dato' Bentara Setia Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka di sini hari ini.
  
Jenazah dikebumikan sekitar 11.30 pagi bersebelahan kubur bapanya, Nik Mat Raja Banjar yang meninggal dunia kira-kira 40 tahun lepas.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin tertinggi Pas lain menyertai ribuan rakyat hadir mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

Terdahulu, solat jenazah dilangsungkan di Masjid Pulau Melaka di sini pada 10 pagi, diimamkan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di masjid itu bagi memberi penghormatan terakhir serta menyertai solat jenazah.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah adalah antara orang kenamaan yang memberi penghormatan terakhir.
  
Jenazah Nik Aziz diusung oleh anak-anaknya ke tanah perkuburan berkenaan.

Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka di sini pada 9.40 malam tadi.  

Almarhum yang juga Adun Chempaka dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, pada  8.40 malam.
  
Sebelum ini, Almarhum dirawat di hospital berkenaan sejak 19 Januari lepas kerana kanser prostat dan keadaan kesihatannya kian merosot sejak Disember tahun lepas.

30 comments:

  1. Yang tak suka pada Almarhum, yang kata Almarhum sesat, yang fitnah Almarhum, yang ugut Almarhum dan yang hina Almarhum apasal menyibuk. Janganlah nak berlakun bagi takziah, janganlah buat muka sedih janganlah nak tunjuk hormat. Pi main jauh-jauhlaa. Sorang tuan guru meninggal dunia ada beratus-ratus kalau tidak beribu-ribu anak murid yang ditinggalkannya. Ingat ajaran Almarhum supaya menjadi Muslim sejati Semoga Allah swt menerima taubat dan amalannya. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bior la. Mungkin mereka tu dah bertaubat nasuha....dah insap.

      Delete
  2. Kerana malaikat akan bertanya..
    "Siapa saudara kamu"
    Nanti jawab "hanya ahli Pas saje"...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan DAPig dan PKR Melayu liberal.

      Delete
    2. Apa masalah kalau saudara kita tak kira apa parti pun yg penting Islam.Jgn persenda sesuka hari bro.Dalam kubur nanti sendiri tanggung

      Delete
    3. Kecik2 tak nak belajar agama. mak bapakkk pulak tau buat anak aje. Tu pasal anak jadi jahil macam 13.21 dan 12.54. Nasib baik la keturunan datuk nenek tu Islam, kalu tak......jadi pemakan babi agaknya.

      Delete
    4. Setiap parti ada ideologinya. Nama tak penting sangat yang penting ideologi. Orang yang berjuang untuk pelbagai isma sama ke dengan orang yang berjuang untuk Al Quran. Orang yang kata semua undang-undang terbatal kalau berlawanan dengan undang-undang tubuh negara sama ke dengan orang yang percaya undang syariah itu yang tertinggi. Tak sama. Hati-hati sikit.

      Delete
    5. Dituju kpd yg cakap sombong tu...yg tak pandai baca alQuran dan tafsir serta bahasa Arab . . Mu reti . ..tahu ko yg Allahyarham TGNA
      tu ada Master Univ. al Azhar ?

      Delete
    6. Itu lah lain kali jangan kata negara yg tak ada hudud itu warganya kafir--- sebab kalau kata begitu bermakna gugu2 (shiekh2) Nik Aziz semasa di Al Azhar itu pun kafirlah juga-- sebab di Masir tak ada hudud.

      Delete
    7. Kerana malaikat akan bertanya.. "Siapa saudara kamu"
      harap 1254 dapat paham moolek

      "Innamal mukminuna ikhwah"

      mukminun tu orang lagu mana?
      harap 1254 kenal/cam orang lagu mana mukminun nih
      bukan apa takut tersalah mengaku sedara

      kerana hari ni ramai orang melayu beriman dengan nabi yg ke 26 dan beramal dengan syariatnya sehingga meninggalkan segala apa yang bercanggah dengan kalam nabi ke 26
      oleh kerana melayu berahi berpura pura beriman separoh separoh maka hiduplah orang melayu dalam hina

      Delete
    8. Ko dah belah dada dia tengok iman dia

      Delete
  3. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  4. Takziah........
    Selamat jln dgn hati yg aman pergi tinggalkan namamu selamanya di kenang di bumi malaysia.
    Ingatlah wahai melayu..... islam di hati bukan atas nama melayu sebab melayu bukan islam di istilahkan, di mana islam adalah pedoman buat seluruh alam dunia ini bukan kepunyaan mu melayu. Bila mana di salah tabsirkan melayu adalah islam.... islam adalah melayu maka islam tersalah ertikan di bumi malaysia ini islam milik melayu.
    Umat islam bersatu.... melayu bernama manusia berpecah belah demi kepentingan secara tak langsung islam di pergunakan utk kepentingan bukan ajarannya di ikuti.

    ReplyDelete
  5. DariNya kita datang dan kepadaNya kita dikembalikan. Perjalanan terakhir seorang Murobbi Ummah... Moga kau beristirehat dalam ketenangan, kedamaian dan keimanan bersama para Anbiya dan Syuhada...amin.

    ReplyDelete
  6. nak tanya omak kau satu soalan cepumas @ soalan sensitif .... psssst psssst... masa lepas kebumi tu, ada baca talkin ke ... he he
    bukan apa , sekadar nak tau ajer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu Lah suruh belajar agama tak nak,berlagak pandai.

      Delete
    2. anon 1432....nak tanya soalan cepumas nih. Masa emak bapakkk ko mamposss dulu ada baca talkin tak?
      Bukan apa. sekadar nak tau ajer....

      Delete
    3. nk bisjut??? naj bisjut???

      Delete
  7. Tolong perbetulkan
    Melayu adalah islam.
    Tapi islam bukan melayu.
    Jgn dispin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah tu.

      Melayu tak semestinya Islam.

      Islam sudah pasti bukan Melayu.

      Delete
    2. Nak tanya sikit boleh ker 14:32?
      emak bapakkk ko tu kerja cuma tau buat anakk aje ker??
      bukan apa....sbb anak dia perangai cam babi

      Delete
    3. salah @tak betul jugak gitu tu...
      gini hak betul nya....
      melayu tak semestinya islam, itu betul.
      islam tak semestinya melayu... gitu baru betol... samdol ! pasal ada jugak islam tapi bukan melayu, macam arab ke , jepun ke dan lain2.
      kalau islam pasti bukan melayu, bermakna kalau orang melayu yg islam , jadi bukan melayu lagi lah... macam dia jadi batak ke , zulu ke, atau red indian...pendek kata kalau dia melayu pun , dia tak kan jadi melayu lagi... sebab islam sudahpasti bukan melayu....

      Delete
  8. Anon 12.54...
    Indahnye bahasa mu..mncerminkan betapa busuknya hati Kau..dendam kesumat. Kami anok2 Klate x prnh cerca TGNA walaupun shaluan dlm politik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bior le...mungkin dia tu kapir kot...

      Delete
  9. Kau ni komen mcm orang tak gi megaji, Islam itu agama. Melayu itu bangsa, ada paham.kalau tak paham tanya Nanak kau, aku rasa dia lg paham, Lain Kali selawat sebelum makan, baru Allah selawat atas kau,baru terang hati kau.

    ReplyDelete
  10. betul lah kata anon 14:32 tu, dia punya soalan sangat sensitif, yg jawab bukan bagi jawapan , tapi makian....
    ooo... marah betul diorang yerr...
    tak tahu...tak tahu...tak tahuuuu...

    ReplyDelete
  11. Betul tu...kan dah cakap sensitif...
    mungkin dia jahil...
    yg menjawab pun lagi le jahil...tak faham soklan..

    ReplyDelete
  12. oh rozana

    bisjut dtg lg royi pun ada
    kesukaan jejaka bangla
    tanah air dhaka tercinta

    oh rozana

    bisjut ku royi mu mmg bersatu
    tidak dapat di pisahkan
    bisjut nyawa dan royi badan umpama

    oh rozana

    bisjut jejaka bangla di sekitar klcc
    royi pula di kesesakan kotaraya
    menjadi idaman gadis kota kl

    oh rozana

    bisjut tidak merempit di kota
    royi tidak pula kutu malam
    karena jejaka bangla sibuk bekerja

    nak bisjut??? nak bisjut???

    ReplyDelete
  13. dituju komen ini kepada sorang ustaz yg buat komen gak diatas tu.... ustaz haji fikri.
    ustaz tuju komen kepada orang yg cakap sombong... gitu lah ustaz kata... tapi sedar kah ustaz yg sebenar nya ustaz sendiri telah bercakap sombong, dengan dakwaan orang lain tak pandai baca qur'an dan tafsir serta bahasa arab.... kalau pun benar ustaz pandai semua itu, tapi rasanya tak sepatutnya ustaz buat tohmahan yg sebegitu... ok saya minta maaf kerana menegur.... dan kalau saya salah tolong perbetulkan...
    seterusnya ustaz kata almarhum tgna tu ada master dari univ . al azhar... kalau gitu ok, saya tak nafikan itu semua. cuma saya nak tanya, apakah dengan master atau dr atau phd atau lain2 lagi sijil dan gelaran yg dimiliki itu, kita boleh mengukur setinggi mana ilmu atau sealim manakah seseorang itu... ? rasa2nya.... jauh panggang dari api.... kerana kalau mengikut teori sedemikian , maka ramai dari kalangan guru2 pondok di malaysia, dan kiyai2 pesatren di indon serta baba2 pondok di pattani yg tak alim, tidak tinggi ilmunya sebab mereka semua tu, tak adapun sijil dan gelaran seumpama itu... kalau ada pun jarang2 sorang ajer , sedang pada hakikat nya mereka semua lah yg lebih alim dan sangat tinggi ilmunya dialam realilti.... hatta lebih alim drpd almarhum tgna sendiri. ( maaf , bukan saya bermaksud nak memperkecil ilmu almarhum tgna ) tapi itu lah hakikat .mungkin pahit ianya nak diterima
    justeru itu dinasihat kepada akhi sekalian supaya jangan terlalu bersifat dengan taksub, kerana terkadang ia boleh merugikan diri sendiri.... dan ingat lah, di atas tiap2 orang yang alim itu, ada orang yang lebih alim....
    sekali lagi saya mohon maaf ....!



    pakya besut al karandanji
    bekas pelajar madrasah mi'yarul ulum
    pattani.

    ReplyDelete
  14. Ramai yang Islam dalam IC saja 56 tahun merdeka masih ramai tak tahu ambil wuduk......tanya lah ustaz/ustazah di sekolah2 harian biasa terutamanya dibandar2 besar anda akan terkejut tetapi realitinya macam itu jangan salahkan ustaz sebab semuanya bermula dari rumah....jadi nak hairan apa apabila tanda2 kemuliaan dan keistimewaan yang Allah tunjukkan di hari pengebumian TGNA disalah anggap sebagai taksub dan hukum logik akal saja lebih menyedihkan kenyataan celupar turut disumbang oleh seorang dua pemimpin berdarah biru yang keliru identiti diri sendiri penuh dengan dendam kesumat - Al Fatihah buat TGNA

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...