KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Saturday, 7 February 2015

ANGGOTA POLIS DI TUDUH MEROGOL, PERAS UGUT DAN PAKSA LAKUKAN SEKS ORAL KEATAS SEORANG GADIS PELAJAR KOLEJ SWASTA.



Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, bertugas di Balai Polis Kota Damansara semalam telah didakwa atas kesalahan rogol, melakukan seks oral dan memeras wang daripada seorang pelajar kolej swasta.

Lans Koperal Muhamad Fazrul Fauzi, 30, yang didakwa merogol gadis berusia 19 tahun di dalam tandas lelaki di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya di antara tengah malam dan 1:45 pada Jan 27 2015, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Sesyen Azhanis Teh Azman Teh.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM15,000. Hakim juga telah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 bagi tuduhan seks oral.

Muhamad Fazrul juga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini dengan pertuduhan memeras pelajar yang sama RM500 pada hari yang sama.

Majistret Mohd Solihin Abdul Wahid membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Mengikut fakta kes itu, Muhamad Fazrul memeras mangsa dengan memberitahu dia akan diusir keluar dari kolej dan ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor jika dia tidak mematuhi permintaan itu.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 10 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Peguam Muhamad Fazrul, Ahmad Zaharil Muhaiyar, mengaku kepada mahkamah bahawa anak guamnya masih belum dipecat daripada jawatan oleh Bukit Aman.

Beliau juga memberi jaminan kepada mahkamah, Muhamad Fazrul akan tinggal bersama adiknya, yang juga bertindak menjadi penjamin beliau sepanjang perbicaraan sehingga kes itu diselesaikan.

"Pelanggan saya tidak mempunyai rekod jenayah dan saya memberi jaminan kepada mahkamah beliau tidak akan menganggu mangsa atau saksi kes itu," kata Ahmad Zaharil.

Muhamad Fazrul memakai baju-T merah dan kelihatan tenang apabila dia didakwa di kedua-dua mahkamah.

12 comments:

  1. Jgn kita tuduh Dia lagi sebab kita tak tau cerita sebenar.

    Jeff, Ulu Yam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn maki nama orang okey, Kita main hujjah. Moga2 dgn hujjah kita belajar sama2

      Delete
    2. Ada orang...lepas rogol termasuk liwat depan belakang kemudian bunuh dan kemudian letupkan lagi dahsyat beb. Nak tau siapa dia? Semua orang taulah beb.

      Delete
    3. Jeff Bulu Ayam
      Cuba baca betul2 berita tu. Polis tu didakwa dimahkamah atas tuduhan merogol dll. Kena tuduh lah tu. Tu lah suruh jadi org bijak kamu nak jd
      pengomen umno. Asas pemahaman pun tarak.

      Delete
  2. Ramai reformist amat berharapkan Anwar Ibrahim akan menaikkan imej keadilan sejagat di Malaysia,,, betui ka,, sebab Anwar pun ada imej reformasi juga,, he he.. bagi aku Anwar hanya berminat dengan pangkat dan kedudukan sama sebiji dengan umno,, itu pasal Anwar sanggup duduk dalam umno, jikalau Mahathir tak pecat Anwar, rasanya Anwar dan jadi presiden umno dan PM Malaysia...

    Kalau tak Mau makan ikan puyu jgn di makan ikan sepat. Dua dua ikan darat Dan rasa lebih kurang. Mungkin nama Dan bentuk saja lain.

    Aku kalau Azmin.boleh terima. Anuar SG Way brader

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila komen hujah Saya dgn baik2. Saya komen pun dgn bahasa baik2.

      Delete
    2. Hg sapa aku nak komen hujah hang MCM LONGKANG.. buang masa aku sj. Lebih baik aku komen perogol yg di paparkan oleh OK..

      Delete
    3. Kalau nak org komen bahasa baik buatlah blog sendiri. Blog mawar ka blog penasaran atau pun blog kuntum.

      Delete
  3. perogol, peliwat dan macai peliwat tua kaki sama je tiga2 taik hanjing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ralat: kaki kelentong

      Delete
  4. Hahaha.....
    Ada tak ada akan tahu nanti.....kalau tak lakukan salah kenapa takut wajah ditutup dgn kain dari di ambil gambar!!!! Tiada pesalah akan mengaku kecuali ada bukti. Cuma harapan pihak polis berlaku adil sebab beliau pegawai polis.
    Siapa kata polis tak ada lakukan kesalahan dan jenayah??.? Selagi namanya manusia sesiapa sj tak kira pangkat darjat semuanya tetap ada melakukan kesalahan baik kecil atau besar. Pegawai berkuasa memang ada salah guna kuasanya utk mengugut bagi menakutkan org sebab takut akan kuasa yg mrk ada. Namun zaman dah berubah org tak takut lagi dgn pihak berkuasa apatah lagi mrk sesukahati malah salah guna kuasa. Rakyat harus berani kerana benar bukan takut sebab mrk berkuasa tanpa rakyat mana dtgnya kuasa mrk!!!! Gadis itu berani kerana benar kalau kenapa beliau nak dakwa pegawai itu atas sebab apa?????
    Semoga persalah di dakwa jgn sejarah berulang macam dua pegawai polis yg di lepaskan dan akhirnya terbukti bersalah tetapi sampai skrg mrk tu di negara lain.

    ReplyDelete
  5. Hahahahahaahaha..!!! BANGANG...

    ReplyDelete