Thursday 26 February 2015

BETUL KE RON97, RON95, DAN DIESEL AKAN NAIK 20 SEN SELITER MULAI TENGAH MALAM 1HB MAC INI?????????



Desas desus bertiup kencang bahawa harga petrol berkemungkinan akan berbalik kepada harga pada Januari tahun ini berikutan harga minyak mentah dunia berada di paras yang sama awal tahun ini.

Keadaan itu berkemungkinan akan menjadikan harga RON95 naik semula RM1.90 seliter sekiranya kerajaan mengumumkan harga pasaran apungan untuk Mac.

Peningkatan harga bahan api itu, berbanding dengan apa yang dinikmati oleh pengguna pada bulan ini adalah disebabkan oleh penanda aras global Brent di mana harga mentah kini berlegar sekitar AS$60 (RM216.50) – berbanding kira-kira AS$48 pada bulan Januari.

RON97 juga dijangka akan meningkat setelah mencatatkan penurunan harga kepada RM2 seliter bulan ini. Perkara sama juga mungkin akan dikuatkuasakan kepada diesel yang mana harga terkini adalah RM1.70 seliter.

Perubahan harga bahan api itu bermula Disember tahun lalu setelah kerajaan memutuskan untuk menghapuskan subsidi minyak, yang berjumlah RM20 bilion setahun ketika harga minyak mentah dunia tinggi.

Lebihan bekalan minyak global yang sebahagian besarnya disumbangkan oleh pengeluar minyak Amerika Syarikat menyaksikan harga minyak mentah dunia jatuh mendadak sejak Jun tahun lalu dan kemudiannya pulih bulan ini.

Walaupun pulih bulan ini, ramai penganalisis menjangkakan harga minyak mentah global kekal rendah pada masa akan datang dan mungkin akan terus jatuh pada bulan depan.

Ketika semakan semula Bajet 2015, kerajaan telah mengumumkan bahawa harga minyak mentah berkemungkinan akan berada di paras AS$55 sepanjang tahun ini.

15 comments:

  1. Nurul Izzah mana paham cerita minyak. Cerita pasang lilin, hadir sesi touch d hanjing dia tau la

    ReplyDelete
  2. Rugi sikit untuk rakyat Kerajaan berkira....Bila menteri sapu duit rakyat apah tak kesah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ek eleh!!!,
      Orang penang tak heran lah.
      1. Tariff air dah naik.
      2.bayar bill air selain pejabat pba tambah 90 sen.
      3.diskaun 5% beli rumah untuk bumiputra dihapuskan.
      4.tambang feri naik.

      Ada orang penang heran.?
      Kami tak kesah.
      Kah kah kah.

      Delete
    2. kami org melayu penang mmg bersyukur sbb di bwh guan eng. hidup kami mmg selesa sgt2. kami mmg x kesah duit gaji kami habis byr bil pd kerajaan p.pinang. kami dpt rmh besar mhl...dah x da setinggan. yg miskin pegi melingkup la ngn pas ka umno ka...kih...kih..

      Delete
  3. kita sama2 tengok kalau berita ni betoi, harga barang2 naik atau tidak? alasan yg dibuat oleh pengeluar2 barang kenapa harga barang2 tak boleh diturunkan walaupun berlaku penurunan harga minyak ialah kerana peranan (%) minyak hanyalah kecil dari kos pengeluaran. mintak hassan malik & the gang pantau aktiviti ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul Izzah mana paham cerita minyak. Cerita pasang lilin, hadir sesi touch d hanjing dia tau la

      Delete
    2. Sentuh anjing boleh samak...kalo sentuh Rosmah kena samak jgk ker?

      Delete
    3. anon 1451,
      apsal? ko stim ngan rosmah ke? PR dan lucah berpisah tiada

      jentayu

      Delete
    4. ape nyerr.... stim....
      alahai...bior betoi.... ko buat lawak la....
      hoiii... tengok pun tak lalu la... seiras mak lampir.... eee menyeramkan....
      macam mana la laki dia yerr...

      Delete
  4. Melayu...melayu...kalau komen nak gaduh-gaduh tak tentu pasal...emosional sangat...

    ReplyDelete
  5. Hahaha.....
    Harga minyak purata 50 turun naik tak kan harga minyak malaysia naik 20 sen!!!!
    Sy rasa harga minyak malaysia lansung tak ikut harga pasaran lebih pada anggaran sdr bagi elak rugi teruk dan untung lebih!!!!
    Kita terima tak bermaksud setuju dgn harga mrk dimana tidak telus dan berat sebelah.
    Rakyat bersedialah peningkatan harga mendadak semua brg lepas april ini.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ngan bapak kau je yg setuju..

      Delete
    2. kalu naik 10 hinggit pon aku pangkah jugak

      Delete
    3. lantak la...sbb bapak aku ada stesen minyak...xde yg rugi pun sebenarnya...ni nek blik minyak...lagi untung...kerajaan pun takut pam minyak mogok....lumpuh malaysia klu kami mogok....pam2 minyak kt malaysia ni belum ada yg rugi setakat ni...kenyataan. aku ikhlas bgtau ni. pengusaha minyak ramai. puak pembangkang pun ramai ada stesen minyak tpi aku x blh nk bgtau. rahsia. hrp org ramai x mrh...nnti aku update hrga minyak yg akn naik...tunggu...

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...