Tuesday, 3 February 2015
EDISI KEBENARAN ITU PAHIT .... PAKATAN AKAN JADI TIDAK RELEVAN JIKA TERUS BERBALAH DAN DSAI BUKAN LAGI PENGIKAT PR SEJAK PRU 13 LAGI.
Pakatan Rakyat (PR) sudah mula menjadi tidak relevan dan harapan rakyat melihatnya sebagai alternatif kepada Barisan Nasional (BN) mungkin hancur akibat pertengkaran terbuka sesama mereka, terutama antara PAS dan DAP, kata seorang penganalisis politik.
Menurut Dr Bridget Welsh, penyelidik bersekutu kanan di Center for East Asia Democratic Studies, Universiti Kebangsaan Taiwan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi pengikat PR sejak pilihan raya ke-13 (PRU13) lalu lagi.
Sebaliknya, tiga parti dalam PR itu perlu mengendalikan perbezaan antara mereka dan merenung kembali tujuan asal mereka membentuk gabungan itu, katanya.
"Mereka perlu membina kepercayaan antara satu sama lain untuk maju ke depan. Kepercayaan itu kini sudah hancur. Bukan sahaja tiada dialog tetapi juga tiada sasaran dan tanggungjawab bersama," katanya.
Welsh berkata, PR perlu segera menyelesaikan semua masalah atau menghadapi risiko hilang kepercayaan rakyat.
Pada masa sama, katanya, Anwar tidak boleh dipersalahkan kerana beliau bukan lagi satu-satunya ikatan menyatukan PAS, PKR dan DAP.
"Jika Anwar dipenjarakan selepas 10 Februari ini, ia akan menguji apakah benar Anwar pengikat antara mereka atau tidak. Saya rasa tidak.
Sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara, ia mungkin akan menguatkan lagi Pakatan Rakyat, bukan melemahkannya, menurut penganalisis Dr Bridget Welsh.
"Bagi saya, sejak 2013 lagi Anwar bukan lagi pengikat antara pemimpin PR," katanya mengulas masa depan PR menjelang keputusan Mahkamah Persekutuan dalam rayuan kes liwat Anwar 10 Februari ini.
Mahkamah akan membuat keputusan sama ada mengekalkan hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelum ini, atau kembali kepada keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar.
Sehubungan itu, Welsh berkata, Anwar ke penjara bukan punca PR berpecah, sebaliknya boleh menguatkan lagi pakatan itu dan menjadi sebab mereka kekal bersama.
"Inilah yang sering diperkatakan mengenai PKR, jadikan beliau (Anwar) syahid dan beliau akan diiktiraf di peringkat antarabangsa," katanya.
KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
Sekiranya anwar masuk sg buloh pakatan akan jadi bertambah kuat...dan kuat lagi...
ReplyDeleteNak kena diri sendiri baru Rakyat Hakim Negara. Masa nak tendang Khalid Ibrahim dulu, langsung tak kedengaran slogan nihh.
Deletepunca ini semua bermula dr Kajang Move
DeleteSalah itu daripada pematang pauh ke sg buluh kemudian ke segambut anwar jadi peliwat tegar, semuanya berpunca kajang move
DeleteHahaha.....
ReplyDeleteTanpa anwar mana ada pr wujud......
Maka anwar lambang bagi semua rakyat malaysia yg nak kan perubahan.
Dap pas hanyalah budak mentah yg nak kuasa dgn kemahuan mrk tanpa berfikir dgn teliti apa yg mampu mrk beri dan buat utk rakyat dari tak habis2 memikirkan kepentingan mrk. Apa dap pas tak tahu ke???? Dari mana dtgnya sokongan mrk???? Kalau tak wujudnya pr mampu ke mrk dpt sokongan dgn begitu kuat!!!! Mrk tahu kecuali lupa bila dah berkuasa, namun berapa lama boleh berkuasa kalau tak habis dgn perbalahan yg akhir rakyat akan terus memilih bn walaupun bukan itu mrk mahu tetapi takut dap pas menjahanamkan lagi malaysia.
Namun saya yakin pr akan bersatu kembali bila masalah anwar selesai tak lama lg......bersatu harapan rakyat utk pr....perpecahan rakyat tiada keyakinan utk pr.
Tanpa Anwar takkan wujud gabungan Pakatan Rakyat dan tanpa Anwar nanti gabungan Pakatan Rakyat akan hancur lebur.. Sadakallahulazim...
ReplyDeleteTanpa anwar bukan pr yang terkesan. Tetapi pkr yang akan terus hancor.
ReplyDeletePas dan dap sudah ujud berpuloh tahun. Walau pernah menang tetapi mereka tetap dengan dasar dasar mereka.
Apa kah dasar pkr?
Menemtang rasuah? Kronimisma? Neptisma?
mengapa sekaranh baru bercakap tentang itu semua setelah dicampak keluar oleh umno?
Damasa jadi tpm berapa ramai kroni yang jadi kaya raya? Berapa ramai ahli umno dapat saham( ingat lagi demam pink form?)
Mengapa hanya orang umno?
anti perkauman?
Lupakah kita bahawa anwar adalah bapak perkauman semsa jadi ketua pemuda umno.
Tapi yang jadi mangsa ops lalang adalah orang dap dan pas.
Pkr hanya ujud kerana anwar
Bukan kerana malaysia
Bila anwar sudah tidak dapat diselamatkan tamat lah riwayat pkr.
Ralat. Tak pernah menang
ReplyDeleteNak kena diri sendiri baru Rakyat Hakim Negara. Masa nak tendang Khalid Ibrahim dulu, langsung tak kedengaran slogan nihh.
ReplyDeletePR boleh diselamat kalau DAP tak masuk campur dasar parti PAS. Kemudian Anwar tak jual negara melayu pada kafir semata-mata nak jadi PM. Kenapa PKR nak ikut DAP menentang hukum hudud?
ReplyDeletealaaa... tak best la omak kau ni... asyik tayang isu pr aje... dah naik cuak dan muak dah oiii...sekejap pr gaduh... sekejap pr nak pecah... sekejap ceramah pr takde orang dan bla... bla.... bla... semua nya pr.... cuba le citer pasal bn lak... macam umno dah nak lingkup ke ... atau mic dah mak hancur ke atau... mca dah berkubur ke... atau.... atau.... atau .... banyak lagilah.... baru best gitu....
ReplyDelete