Sunday, 8 February 2015
EDISI PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DIPEDULI .... RUMAH HAMPIR REBAH SEMBAH BUMI.
KLANG - Sepasang suami isteri di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang di sini terpaksa membesarkan enam anak mereka dalam rumah yang sudah reput dimakan anai-anai dan hanya menunggu masa untuk menyembah bumi.
Norizal Karsani, 40, berkata, dia dan isteri, Norsiah Rashid, 40, tiada pilihan lain terpaksa tinggal di situ kerana itu satu-satunya rumah peninggalan keluarga yang mereka ada.
“Ini rumah ibu bapa mertua saya dan kami tinggal di sini besarkan anak yang berusia antara dua hingga 13 tahun.
“Rasa takut tetap ada, bila fikirkan kalau rumah ini runtuh dan menimpa kami anak-beranak," katanya.
Menurutnya, dia dan isteri hanya bekerja kampung dengan pendapatan yang tidak seberapa, manakala anak sulungnya berusia 13 tahun tidak bersekolah.
Namun kepayahan hidup mereka lapan beranak bakal berubah selepas terpilih menerima bantuan kediaman daripada Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.
"Kami gembira apabila bakal mempunyai kediaman sendiri walaupun lokasinya bukan di sini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas menerima bantuan cek daripada ICU Jabatan Perdana Menteri yang disampaikan Ketua Umno Bahagian Klang, Datuk Nasarruddin M Zin, di sini, baru-baru ini.
Sementara itu, Nasarruddin berkata, keluarga berkenaan bakal mendapat kediaman sempurna yang akan dibina di tanah milik Norizal di Kampung Bukit Kucing, Kuala Selangor.
Beliau berkata, ICU turut menyerahkan sejumlah wang kepada keluarga tersebut sebagai bayaran sewa selama setahun sementara kediaman mereka siap dibina.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
UMNO YG MEMBANTU...TAHNIAH...MANA YG LAIN...MAAF..SEKADAR BERTANYA...JANGAN MARAH...
ReplyDeleteRUMAH KETUM RUMAH AZMIN BESAR BAK ISTANA
ReplyDeleteRUMAH PENGUNDI KETUM & AZMIN TUNGGU NAK RUNTUH
Yg ni aku suka kat OK ....tak kira ideology dia ape pun ... yg btul tetap betul ...yg salah x kira sapepun ttp salah ....tahniah OK teruskan cara anda .....
ReplyDeleteUmno bantu ada udang disebalik batu. Kalau dah haramjadah umno nih tetap haramjadah juga. Kebetulan rumah tu milik orang umno bodo. Dah komplin macam2 barulah nak ambik perhatian. Masuk dalam utusetan sejak sebulan lepas hari2. Kalau bangkai babi umno nih tetap bangkai babi tak boleh tukar bangkai hanjing. Haha
ReplyDeleteHari selasa bang non ke sg buloh....mshkamah tutop ....hari selasa nak guling atas jslanraya...mahkamah tutop. ..bang non mintak sempati...penjara sg buloh sambut bang non....kah kah kah
ReplyDeletePencacai2 yg di bg upah... komen tak ada kena dgn tajuk... 20 hari ayat yg sama... itulah tahap pemikir murahan.. walau apa pun kamu hina atau caci anuar.. anuar ttp hebat di mata dunia.. anugerah ALLAHtaala.. najib pun hebat juga dgn bekalan yg akan dibawa mengadap ALLAHtaala.. kamu pun hebat juga bawa bekalan cara kamu mengadap ALLAHtaala.. Jgn ingat neraka mcm mainan tidor... ambil lighter bakar jari kamu.. cuba rasa nikmat api tsb. Org yg ada keberanian sj yg buat road show.. najib beranikah buat road show utk jawab segala tomahan dari rakyat.. berdebat pun takut. Bykkan baca quran dan faham isi kandungannya .. dan byk kan berkawan dgn mereka2 yg rajin solat berjemaah.. InsyaAllah anda akan dpt byk jawapan kebenaran. Jgn jadi pencacai yg mengetuk pintu neraka.. biar jadi pencacai yg miskin di dunia.. Tp kaya di hadapan ALLAHtaala
DeleteBuat apa menambah dosa dgn ayat2 merapu.. kalau kita rasa hebat dan benar.. cuba hadir kuliah dan berdebat dgn ustaz2 yg mengajar hari2 di surau.. mereka2 yg tak sygkan ulama yg bersepah di bumi malaysia.. akan di soal oleh ALLAH. Jgn jadi buta mata buta hati dan pekak telinga utk menerima ilmu ALLAH.
DeleteJgn lalai apabila menerima sedikit duit brim.
DeleteSangat setuju dengan komen sdra....pglmn sndri byk dari golongan ini mengambil ringan suruhan agama serta malas membaca untuk mencari fakta menerima bulat2 apa yang disajikan maka lahirlah buah fikiran mencarut memaki dan menghina yang diulang2
DeleteTak dinyatakan samada pasangan suami isteri ini cacat atau masaalah kesihatan utk mencari nafkah. Rumah peninggalan org tua tanpa menyewa banyak membantu mengurangkan bebanan kewangan. Dari apa yg diberitakan pasangan ini sihat walafiat tetapi hidup dlm kedaifan sehingga anak pun tidak mampu disekolahkan. Sy mengenali seorg wanita yg diceraikan suami ketika anak dlm kandungan 2 bulan dan tidak berkahwin semula sehingga sekarang. Ketika anak beliau berusia 4th beliau accident menyebabkan kaki kanan dipotong. Membesarkan anak dgn usaha dan bekerja tanpa ada apa2 bantuan dari keluarga atau kebajikan. Menyekolahkan anak tanpa sedikit kekurangan hingga keperingat Master. Yang peliknya wanita ini masih dapat membuat kebajikan dgn bersedekah dan menderma selama beliau membesarkan anak. Skrg anak beliau telah berjaya sebagai seorang pensyarah IPTA. Sy rasa tidak ada masaalah ke2 suami isteri ini utk hidup selesa dgn usaha sendiri tanpa meminta bantuan sesiapa melainkan mereka cacat angota atau uzur. Omakkau mengutip berita hanya utk mengaibkan Menteri Besar Azmin. Sepatutnya berita2 kemiskinan yg tanpa sebab munasabah tidak harus diwar2kan. Ia hanya akan mengundang semua org akan mengharapkan bantuan bila menghadapi kesempitan hidup walau keadaan sihat walafiat.
ReplyDelete