Thursday 19 February 2015

JELAS KETIADAAN TGNA DAN DSAI WUJUDKAN LOMPANG DALAM PAKATAN RAKYAT




Ketiadaan dua pemimpin utama – Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat – dalam parti pakatan ketika ini menimbulkan persoalan sejauh mana parti yang dibarisi PKR, DAP dan PAS berupaya mengisi kelompangan besar kepimpinan, sekali gus mendepani cabaran politik semasa dan terus menerima sokongan rakyat.

Beberapa penganalisis melihat lanskap politik gabungan pakatan itu menjadi semakin longgar kerana kekuatannya selama ini bergantung kepada kepimpinan Anwar sebagai ketua pembangkang, selain rasa hormat yang tinggi kepada allahyarham Nik Aziz yang merupakan mursyidul am PAS.

Mereka juga berpendapat situasi yang melanda pakatan ketika ini bukan sahaja boleh mengundang kepincangan dan senario “kawan makan kawan”, bahkan turut memberi kesan terhadap sokongan pengikut yang selama ini menyokong atas tiket “setia dan hormat” terhadap kedua-dua pemimpin utama itu.

PKR patah sayap apabila Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari memutuskan Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan dihukum penjara lima tahun, manakala PAS kehilangan Nik Aziz, 84, yang meninggal dunia pada 12 Februari akibat kanser prostat.

Siapa pengganti Anwar?

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) Prof Dr Jayum Jawan berkata ketiadaan dua tokoh pemimpin berkenaan memberi kesan kepada pakatan.

"Selama ini, Anwar berjaya meredakan perbezaan antara DAP dan PAS dengan mengalihkan perhatian kepada perkara lebih abstrak untuk diperjuangkan bersama dan pastinya ketiadaan beliau menimbulkan persoalan siapakah yang boleh dan layak menggantikan ketua pembangkang.

"PAS pula secara khusus kehilangan kepimpinan 'orang lama yang bijaksana'. Generasi lama dan generasi muda akan berebut tempat dalam kepimpinan parti tanpa segan silu kerana tokoh yang disegani dan dihormati sudah tiada," katanya.

Jayum berkata kepimpinan PKR pula berhadapan masalah kepimpinan ekoran belum ada 'tengku mahkota' yang dipersiapkan untuk mengambil alih tempat Anwar.

"Sekarang Anwar diberhentikan 'tiba-tiba' dan bukan berhenti secara sukarela. Persoalannya, siapakah 'tengku mahkota' itu? Sekiranya ada, apakah 'tengku mahkota' itu sudah bersedia?," katanya.

Pemimpin berpengalaman

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata ketiadaan pemimpin berpengalaman dalam PKR dan PAS dan memiliki kekuatan personaliti seperti Anwar dan Nik Aziz, melemahkan kedudukan pakatan buat masa ini.

"Anwar berjaya mendamaikan perbalahan sesama parti dalam pakatan, yang akhir-akhir ini menyaksikan PAS dan DAP tidak mahu berkompromi dalam perkara dasar yang melibatkan ideologi dan perjuangan parti masing-masing seperti pelaksanaan hudud dan pilihan raya kerajaan tempatan," katanya.

Kelompangan kepimpinan ini dilihat memberi kesan kepada kesinambungan hubungan antara parti dalam pakatan.

Merujuk ketokohan Nik Aziz, Martadha berkata kewibawaan allahyarham amat dihormati dan bekas menteri besar Kelantan itu merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada kestabilan dalam pakatan.

"Bukan sahaja PAS bahkan Pakatan Rakyat (PR) secara keseluruhannya merasai ketiadaan beliau (Nik Aziz) dan kini berhadapan kesukaran untuk mencari pengganti sepertinya," katanya.

Peluang DAP
Apakah DAP akan menggunakan kelompangan ini untuk melebarkan sayap dan pengaruh mereka dalam pakatan?

Mengulas persolan itu, Martadha berkata DAP pastinya akan menjadi lebih vokal dalam pelbagai isu ekoran ketiadaan kedua-dua pemimpin itu.

"Sebelum ini, DAP tidak begitu lantang kerana menghormati pemimpin seperti Nik Aziz dalam isu seperti hudud. Namun, ketiadaan Tok Guru (Nik Aziz) memberi peluang dan ruang lebih besar kepada DAP untuk melontarkan pandangan tanpa rasa takut atau gusar terhadap komen daripada sekutunya, PAS," katanya.

Pensyarah kanan Sains Politik, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia Dr Low Yong San pula berpendapat adalah tidak bijak sekiranya DAP berbuat demikian kerana politik dalam sistem demokrasi adalah suatu permainan berkenaan dengan angka, di mana orang yang mendapat undi terbanyak akan menjadi pemenang.

"Asas sokongan DAP kebanyakannya berasal daripada masyarakat Cina yang merupakan golongan minoriti dan para pemimpin DAP harus sedar tanpa sokongan kaum lain terutamanya Melayu, mereka tidak mungkin boleh menjadi parti pemerintah sama ada di peringkat negeri mahupun peringkat persekutuan. Saya rasa pemimpin-pemimpin DAP sedar akan realiti politik ini," katanya.

Jejas hubungan

Secara umum, akan terjejaskah hubungan PAS-DAP dan kerjasama gabungan pakatan berikutan ketiadaan Anwar dan Nik Aziz?

Membincangkan hal ini, Low tidak menolak kemungkinan ketiadaan Nik Aziz akan memberi kesan kepada hubungan PAS dan DAP. Begitu juga ketiadaan Anwar yang berperanan sebagai perantara antara PAS dan DAP terutama apabila timbul konflik atau perbalahan antara kedua-dua parti komponen itu.

"Namun begitu, saya berpendapat masa depan pakatan bukanlah semata-mata bergantung kepada mana-mana individu pemimpin, tetapi bergantung kepada soal fundamental yang melibatkan perbezaan ideologi politik antara PAS dan DAP.

"Sekiranya isu (kerjasama politik) ini tidak diselesaikan, tidak sukar untuk kita membayangkan keadaan kelam kabut yang akan timbul sekiranya PR memerintah di peringkat persekutuan dengan PAS kekal dengan agenda negara Islamnya, DAP sibuk dengan bantahannya, sementara PKR sibuk dengan peranannya sebagai orang tengah menyelesaikan konflik," katanya.

Sokongan berdasarkan simpati
Apakah keputusan mahkamah terhadap Anwar kali ini berupaya menarik lebih ramai menyokong parti pakatan pada pilihan raya umum akan datang berikutan elemen simpati?

Berbanding peristiwa tahun 1998/1999 yang memperlihatkan peralihan sokongan masyarakat Melayu daripada BN kepada pembangkang, Low berpendapat isu Anwar dipenjara pada kali ini tidak memberi impak besar seperti sebelum ini.

"Sokongan politik berasaskan simpati terhadap individu atau keluarga individu tertentu tidak akan bertahan lama, sebaliknya ia bergantung kepada keberkesanan PKR untuk menyakinkan rakyat  kes Anwar adalah konspirasi politik yang melibatkan integriti institusi politik di negara ini.

"Untuk menyakinkan rakyat  Anwar dianiaya oleh institusi politik sebanyak dua kali berturut-turut dan seterusnya memobilisasikan sokongan massa, ia merupakan satu cabaran besar bagi PKR," katanya.

Jayum pula berpendapat bukanlah semudah pilihan raya sebelum ini untuk parti pakatan mempertahankan kedudukan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.

"Kedua-dua pihak Barisan Nasional dan PR mempunyai peluang yang sama bergantung kepada pakej yang ditawarkan kepada pengundi yang sudah bijak memilih," katanya.

10 comments:

  1. Cari musuh didalam kelompok diri kamu sendiri.....pasti kamu akan jumpa azmin dan konco konco menunggu masa untuk hancur kan kamu......bertindak sebebelum terlambat......pecat azmin musuh yang nyata bagi pakatan rakyat.....tak payah tunding jari pada puak lain....pecat azmin.....ingat kes MB ....TSKI dipecat azmin yg untung......

    ReplyDelete
  2. Pecat omak kau sekali tukar gambar latar pakatan pada gambar umnongok beennd baru betul

    ReplyDelete
  3. Pecat omak kau sekali tukar gambar latar pakatan pada gambar umnogok beennd baru betul

    ReplyDelete
  4. Pecat omak kau sekali tukar gambar latar pakatan pada gambar umnongok beennd baru betul

    ReplyDelete
  5. Pecat omak kau sekali tukar gambar latar pakatan pada gambar umnongok beennd baru betul

    ReplyDelete
  6. Kapal Singh Dan tgna tengah tunggu nuwar penjubo tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1421 Mcm org tak ada ugama.. nak samakan TGNA dan karpal. Jenis org tak sembahyang berjemaah barangkali...

      Delete
    2. Bl masa plk puak amno ni ada agama haaa???

      Delete
  7. Dah tak de 2 orang ni taklah malaisia ni bertambah maju, ekonomi me layu melonjak meningkat, syarikat me layu berkembang pesat, eksport meningkat berganda ganda daannnnnn berbondong-bondong orang pkr dan pas masuk ameno,sampai kan Orang Asli di Maran dan Tapah buka cawangan ameno. Dah tak pandai menari jangan kata lantai tak rata, dah tak pandai memerintah jangan nak kata orang yang buat kacau!! Lu ada arti ka saya ini cakap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu ameno bodoh cam ank babihutan mn phm apa lu ckp bro....

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...