Saturday 14 February 2015

KERETA PENGARAH JABATAN PILIHANRAYA PAS PUSAT, DR HATTA RAMLI TERBAKAR DIPERCAYAI PERBUATAN KHIANAT.



Kereta Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dibakar di luar rumahnya dekat Hulu Klang, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, sebuah kereta lalu dan individu tidak dikenali cuba membakar kereta itu, namun ia disedari pengawal bertugas yang membunyikan hon motosikalnya.

Anak Dr Hatta yang bernama Khalil dikatakan berjaya memadamkan api itu.

Pihak bomba dan polis tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian, bagaimanapun, Dr Hatta tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan kejadian itu.

Sahabat rapat Dr Hatta, Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan kejadian itu.

"Dr Hatta memaklumkan kepada kami kejadian ini pagi tadi," katanya.

Beliau bagaimanapun yakin kejadian tersebut angkara orang luar dan berniat jahat bagi menimbulkan konflik dalaman PAS ekoran tuduhan yang dibuat ke atas Dr Hatta dalam satu demonstrasi di ibu pejabat parti PAS Ahad lepas.

"Saya yakin bukan ahli PAS terlibat, dan ia dibuat oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan dari apa yang berlaku," kata Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat itu.

Ahad lepas, sekumpulan ahli PAS yang dipimpin Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim dan disertai Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik mengadakan demonstrasi di perkarangan pejabat itu.

Mereka mendakwa Dr Hatta mendalangi satu konspirasi menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menafikan kewujudan konspirasi itu, namun berjanji akan membuat siasatan mengenainya.

13 comments:

  1. Ye ke.... bukan otg PAS yg buat.. Panggil Raja bomoh teropong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HANTU RAYAAAA, raja bomoh kata

      Delete
    2. Mari doakan2 Mamat yang bakar tu...mati rempuh langgar lori gas, dan motor dia meletop dan mayat dia hangus jadi abu....kalau boleh ada sound effect ...bang boong bomkk...
      Mayat terus terbakar jadi abu di tempat kejadian...jimat masa tok iman tak payah nak semayang dan talkin...jimat tanah kubur....l abu mayat buang dalam kolam tahi indah water....

      Delete
    3. Aleh2 bila dapat tangkap je...tup2 rupa-rupa orang ameno celaka. Dgn tujuan sabotaj untuk laga2 kan pas. Klu betul macam tu...memangpun dah tau dah memang ameno jahat setan iblis.

      Delete
  2. Ini balanya jika sokong peliwat tegar, pas menjadi mangsanya, tuhan dah tunjuk bala menipa pas ini, insaf pas ,tuhan akan tunjuk satu-persatu bala menipa kamu itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Relaks bro ...jgn lh gitu ...lebih baik kite x yah lh nk speculate cerite yg kite sendiri x tau hujung pangkalnye...biar lh polis siasat ... k bro, boleh aa ...peace 4 all ...

      Delete
  3. oh rozana

    berjalan kaki tiada kereta mencari bisjut & royi
    sungguh berbeza dunia kl & kota dhaka
    demi bisjut & royi abg bangla mencari rezeki

    oh rozana

    siang abg bangla mencuci sekitar kotaraya
    malam berjaga di pasar borong selayang
    menunggu gadis dtg membawa bisjut & royi

    oh rozana

    abg bangla mencari lrt tatapi tetap menaiki bas
    bersama gadis kota bisjut & royi tidak di lupa
    sehingga tiba di persinggahan utk tidur

    oh rozana

    abg bangla menjadi gila karana gadis kota
    bisjut & royi sentiasa di pikiran
    tiada tandingan dgn kota dhaka

    nk bisjut??? nk bisjut???

    ReplyDelete
  4. Merepek repek komen hang nih...tah apa apa...

    ReplyDelete
  5. Akhirnya UMNO juga kena tuduh. Itulah PAS. Parti Akal Singkat.

    ReplyDelete
  6. Ntah2 Bakar keta sendiri sbb dh kantoi nk jatuhkan wali tgha. Nk tarik simpati.

    Otak keling Dr hatta ni. Kawe ludoh muka tu kanh.hoho

    ReplyDelete
  7. Kah kah kah dia yg bako kete sendiri....maklum lah puak pasma gila publicity. ...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...