Saturday, 7 February 2015

KETUA POLIS NEGARA SERAH KEPADA SKMM SIASAT KAKITANGAN TV3 PANGGIL POLIS ANJING SEBAB KENA SAMAN TRAFIK.





Polis menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat seorang individu yang didakwa menggelar polis sebagai ‘anjing’ di satu laman sosial milik peribadinya baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perbuatan menghina polis itu tidak seharusnya dilakukan kerana mereka hanya menjalankan tugas mereka untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

“Berhati-hatilah bila kita mahu menggelar orang lain itu dan ini kerana kita mungkin lebih teruk daripada orang terbabit,” kata beliau dalam laporan yang sama.

Individu terbabit yang dipercayai seorang kakitangan sebuah syarikat televisyen swasta mendapat kecaman hebat orang ramai di media sosial mengenai kenyataannya itu.

Seorang kakitangan Media Prima Sdn Bhd memuatnaik satu status didalam laman sosial Facebooknya yang menggelarkan pihak Polis Diraja Malaysia sebagai Anjing.

Individu berkenaan, Nadzwan Fauzi bertindak sedemikian dipercayai selepas keretanya disaman oleh pihak PDRM atas kesalahan lalulintas.

Didalam status berkenaan juga, Nadzwan menulis ” Dulu sekolah malas, kwn2 pakai unform jd pilot. Lu pakai uniform jd anjing”.. Ia seolah-olah menyifatkan hanya orang yang malas sahaja yang kerja sebagai Polis.

Perbuatan Nadzwan ini pada pandangan Omak Kau adalah amat keterlaluan apabila menyamakan pasukan keselamatan negara dengan anjing. Sewajarnya kita berterima kasih diatas jasa mereka, bukannya mencaci dan menghina anggota-anggota keselamatan negara.

Dahlah kamu melakukan kesalahan bukan dianiaya dan difitnah pun.

Apakah pihak TV3 akan ambil tindakan disiplin dan tatatertib keatas kakitangannya yang langsung tidak berdisiplin dan berakhlak ini???????

7 comments:

  1. Memang kat tv3 ramai mulot longkang. Dulu hanya puak pwmbangkang sahaja yang menjadi sasaran. Kini dah berani menghina polis pula. Maklumlah. Mereka di bela oleh BN.
    Malas nak sebut siapa mereka. Kadang kadang menyangah PATI ,mat rempit dan mat gian bila bersama dengan polis atau penguatkuasa yang lain. Lebih kuah dari sudu.
    Walau pun mereka itu PATI, mat rempit atau mat gian, tv3 hanya perlu buat liputan
    Apa kejadah, dok sergah budak budak itu.
    Bagi pwmbangkang pula,hanya sentiasa mencari tersilap cakap atau tersilap langkah di olah berita macam dunia nak kiamat.
    Semoga Allah melaknati mereka.

    ReplyDelete
  2. Boleh doakan utk keburukkan ke ....kelilu plak ....

    ReplyDelete
  3. sesekali haku xnampak apa salahnya narkotik rush kediaman mamat tu !!

    ReplyDelete
  4. Polis kalau berhemah tak de sapa nak bising kalau kita bersalah mengaku saja...tentu provokasi datang dari salah seorang dalam kesalahan trafik aku tengok banyak pemilik kenderaan yang bermasalah tak mahu disaman tetapi terang2 salah sendiri

    ReplyDelete
  5. Biar betul beb , ko orang tak pernah kener saman, bolehlah sembang...wa bukan nak sokong nadwan atau kutok polis...kekadang kesalahan kecil pun saman kalau nasihat atau beri peluang kan hati tak hangus...berterima kaseh lagi ada...kalau saman jugak nyumpah tak habis-habis sebulan...pohon bertimbang rasa dan usahlah kutuk orang keterlaluan...Nak bayar saman lagi dpt gaji...barang makan mahal gaji ciput maner tak marah...aku pun marah setahun 10 saman gua kener...cuba bayangkan tertnggak hingga kini...heee...hee...heee

    ReplyDelete
  6. takpa nadzwan fauzi na... hang tunggu kifarah dari allah na... janji Allah itu pasti dik ooii...

    ReplyDelete
  7. Hahahaahahahahah...TERBAEK BRO..!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...